Sunday, May 31, 2009

Chin Peng Wajar Dibicarakan?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Sejak akhir-akhir ini, nama samaran Ong Boon Hwa, iaitu Chin Peng kerap mengisi dada akhbar nasional negara berikutan cadangan oleh Gerakan, sebuah komponen Barisan Nasional agar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu dibenarkan kembali ke tanah air.

Chin Peng ketika muda

Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa Chin Peng. Beliau adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan. Malah, kedai basikal tersebut masih ada sehingga hari ini.

Pada tahun 1940, Chin Peng diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh British. Sebelum itu, dia turut menyertai pasukan bersenjata MPAJA yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.

Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army, sebuah pasukan gerila yang majoritinya disertai kaum Cina bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. berikutan itu, tentera MPAJA berjaya menyerang tentera Jepun di Sungai Perak pada 1942.

Selepas Perang Dunia Kedua, kumpulan radikal dalam MPAJA telah bertindak membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British. Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Tindakan bermaharajalela MPAJA membunuh dan menyeksa penduduk telah mencetuskan kebencian masyarakat, terutama orang Melayu terhadap para pemimpin MPAJA. MPAJA kemudiannya dipengaruhi fahaman komunis dan berpecah kepada kumpulan serpihan iaitu Bintang Tiga.

Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga hanya berjaya 'memerintah' selama dua minggu. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api di samping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British tetap membuak-buak.

Chin Peng kini, tua dan uzur

Chin Peng turut terlibat dalam peristiwa bersejarah Rundingan Baling antara Tunku Abdul Rahman yang mewakili kerajaan kolonial British dan PKM pada tahun 1955. Rundingan diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling itu gagal apabila Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya secara sah sebagai syarat pengampunan. Ini kerana TAR bertekad mahu PKM dibubarkan manakala parti baru ditubuhkan, tetapi Chin Peng pula sebaliknya.

Tentera Malaysia mempunyai pengalaman pahit yang amat panjang dengan tokoh PKM ini. Begitu ramai tentera kita yang cedera, malah ada yang terbunuh semasa memerangi pengganas komunis pimpinan Chin Peng. Tanyalah mana-mana tentera, pasti mereka mencemuh dan benci akan tokoh yang dianggap petualang ini.

Malah, ada bekas tentera yang bertekad menamatkan riwayatnya jika dia memijak bumi bertuah ini.

Jika benar Chin Peng ingin pulang, wajarkah dia dibicarakan? Jika dibicarakan, mahukah bekas tentera kita menjadi saksi kekejamannya?

Lebih penting lagi, bagaimana generasi muda melihat lelaki ini? Adakah mereka akan melihatnya sebagai seorang tua yang tiada upaya, atau penjenayah perang seperti Radovan Karadzic yang terlibat dalam perang di Bosnia?

6 comments:

  1. Cikgu Izzudin...

    Terimakasih kerana berkongsi fakta sejarah ni..

    Panjang pulak umur pengganas ni..Kalau dibawa balik ke malaysia, memang patut dibicarakan..supaya generasi muda sekarang kenal siapa chin peng ini sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. Kak,..

    Kata orang, umo panjang supaya ada masa bertaubat. Tengok Tun Dr. M.. Allah bagi 'subsidi' hingga 80+ supaya dapat menebus ruang masa ketika sibuk sebagai PM dulu.

    Sebaliknya, kalu umor pendek, tu tanda Allah sayang akan kita.

    Saya selalu berdoa, moga-moga usia saya sampai ke usia Nabi.. 63 tahun.

    Mati adalah pasti, hidup insya-Allah,... nyanyi Herman Tino.

    :-)

    ReplyDelete
  3. Bila saya baca fakta ini teringat subjek sejarah tingkatan 3 dahulu. Dengar khabarnya banyak fakta sejarah negara kita telah diputar belitkan. Benarkah kenyataan ini?

    Itulah, masa muda buat kezaliman. Bila dah tua tak larat. Manusia bak roda berputar.

    ReplyDelete
  4. patut kita pedajal dia ..seperti dia pedajal kita dulu..tahu caranya?..
    senang jer yoB..panggil balik. kata nak bagi pengampunan. Bila dia sampai jer..kita cepuk dia ramai2...tak payah banyak, pakat2 jentik telo ja sorang sedas...agak2 dia menyesal tak diatas kekejaman dia dulu?..

    ReplyDelete
  5. Rasanya isu ini sengaja nak dibesar-besarkan supaya pemimpin PR melatah, menyebabkan orang melayu marah dan UMNO dapat sedikit lagi nafas untuk terus hidup khususnya di Manik Urai.. tk

    ReplyDelete
  6. Kejam beno CP, tapi lagi kejam kalu jentik telo bergilir-gilir...

    Bio le dia di sempadan nuh, sampe mati..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...