Tuesday, August 4, 2009

Akhirnya ASTRO Belajar Daripada Kesilapan

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Sejak semalam lagi, aku dah menerima panggilan daripada staf ASTRO, yang melayan dengan baik serta ramah, berbanding dua minggu sebelumnya.


Masalah bermula apabila aku sudah tidak menggunakan akaun milik arwah ayah. Ketika arwah ayah masih ada, saluran Discovery, National Geographic, dan beberapa saluran lain memang menarik minatnya. Setelah ayah tiada, rancangan-rancangan di ASTRO tidak banyak membantu meningkatkan kemampuan anak. Malah, saluran-saluran itu kekadang menyebabkan anak-anak leka dan lalai di depan TV. Mungkin kepada orang lain, ASTRO membawa kebaikan, tetapi untuk aku, sebaliknya.


Bulan Februari, aku buat keputusan. Segala hutang tertunggak sudah dijelaskan. Pihak ASTRO berkata mereka akan mematikan ('terminate' ) akaun tersebut, dan janji itu sudah kudengar sejak bulan Mei lagi.


Pada bulan Jun, ASTRO masih menghantar bil, yang bermakna aku perlu melunaskan bayaran bulan tersebut. Aku jelaskan kepada petugas ASTRO, dan jawapannya mengecewakan.


"Encik perlu jelaskan dahulu bayaran dan kami akan 'terminate' talian itu selepas ini." Katanya tanpa mahu bercakap panjang lebar.


Akhirnya, aku faks surat berserta salinan sijil kematian arwah ayah (buat kali keduanya) dengan surat luahan perasaan. Aku kepilkan bersama salinan ke Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Memang aku tidak puas hati. Sudah tidak digunakan, mengapa perlu bayar untuk bulanan, fikirku.


Pagi ini, petugas ASTRO yang bersuara lunak memberitahu, aku tidak lagi berhutang dengan Astro, dan segala urusan telah diselesaikan. Mereka minta supaya aku tidak panjangkan hal ini ke CAP. Aku pun bersetuju, asalkan tidak lagi dikaitkan dengan bayaran tanpa perkhidmatan.


Begitulah, kuatnya pengaruh CAP.

4 comments:

  1. Kadang-kadang kita terpaksa berkasar dengan diorang untuk dapatkan sesuatu..entah di mana diorang campakkan slogan "utamakan pelanggan"

    ReplyDelete
  2. Kak, adakalanya perlu. Hari ini, PAS meminta Ronnie Liu (DAP) digugurkan daripada exco Selangor kerana tindakannya menghalang pihak berkuasa mengehadkan penjualan arak.

    Dari dulu lagi saya amat berhati-hati dengan DAP. Moga PAS terus istiqamah dalam perjuangan.

    ReplyDelete
  3. kalau dpt kuar tv pasal kes astro ni lg bagus

    ReplyDelete
  4. Khairi, makaseh singgah. Lama tak kunjung ke blog tuan...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...