Sunday, August 9, 2009

H1N1 Sudah Meragut Nyawa Ke-27!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Apalah bala yang menimpa negara kita sekarang? H1N1 yang merebak, kini meragut nyawa mangsa ke-27, setakat 5 petang hari ini.

Cukup menakutkan. Kelmarin, semua pelajar asrama yang demam dengan suhu melebihi normal, diarahkan pulang. Ada juga yang terpaksa dibawa ke klinik dahulu.

"Tolong pastikan anak encik dirawat di mana-mana hospital kerajaan berdekatan," pesanku kepada ibu bapa yang datang mengambil anak mereka.

Petang semalam, aku bawa anak ke-3 dan ke-4 ke HSM, setelah suhu badan mereka mendadak naiknya. Rupanya anak sendiri pun terjangkit demam.

Setelah diperiksa, syukur, mereka hanya demam biasa. Tapi yang mengejutkan, begitu ramai orang yang demam dan berada di unit kecemasan untuk mendapat rawatan. Doktor dan jururawat nampaknya 'tak menang tangan' melayan pesakit yang datang daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa. Hampir semuanya bertopeng mulut, dan kebanyakan yang kusapa memberi isyarat yang hampir serupa. Demam.

Terima kasih kepada Razzi yang memberi info tambahan tentang virus H1N1.

4 comments:

  1. Bala yang berpunca dari kita sendiri yang terlampau angkuh. Satu peringatan dari Allah sebenarnya tapi entahlah samada kta sedar atau tidak.

    ReplyDelete
  2. Kak, mungkin juga bala, buat ummah yang mula lupa akan tanggungjawab terhadap Pencipta. Jika Allah turunkan bala, manusia yang tak berdosa pun dapat bahana.

    Sama seperti tsunami di Acheh, selepas peristiwa itu, berbondong-bondong warga Acheh kembali kepada fitrah...

    Harap-harap H1N1 ni boleh dikawal...

    ReplyDelete
  3. moga anak brahim demam biasa ajer

    ReplyDelete
  4. Maksu, demam biasa, insya Allah. Tapi berjangkit satu rumah. Lepas seorang, seorang..

    ..Musim demam sekarang ni.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...