Saturday, August 22, 2009

Susah Mengajak Anak Bersahur

 
Saya dengan ini menyahut cabaran Shifu67, dengan target 70 kg, ukur lilit pinggang 32. 
(Sekarang, berat 76kg, pinggang 34).

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

"Ngapa tengok je nasi tu? Makan. Nanti masuk imsak, tak boleh makan dah." Aku menggertak Angah yang terkebil-kebil memandang nasi. Dia menjamah juga nasi, tapi hanya dua tiga suap.
Adik beradiknya yang lain begitu juga, makan pun perlahan. Tak seperti biasa. Tapi waktu bersahur, memanglah kurang berselera. Kadangkala, nak gelak pun ada melihat karenah anak-anak yang bersahur. Ada yang terlentuk-lentuk depan nasi, yang muka 'toye' pun ada. Uda dan  Yang nampaknya ok. Yang mengejutkan, Abang Chik pun bangun, bersemangat nak puasa. 
Tapi pada usia 5 tahun, aku tidaklah memaksa dia. Cukup sekadar puasa setengah hari. Itupun kalau larat. Abang Chik bersahur macam yang lain juga pagi ini.
Dulu, di rumah kecil kami, ayahlah 'tukang gerak', manakala mak tentunya sibuk menyediakan juadah bersahur. Mak dan ayah yang banyak jasanya membesarkan kami, kini sudah tiada. Tapi sedikit sebanyak apa yang diajar dahulu, kuterapkan untuk anak-anak pula. 

Agaknya,  pe'el kami kecil-kecil dulu, 'menurun' ke anak-anak pula...

7 comments:

  1. Berahimnyok,
    sememangnya waktu sahur tak lalu nak makan..kita yang dewasa pun tak berselera, apatah lagi budak budak yang matanya separuh terbuka..

    yang penting waktu sahur kita bangun dan jamah sedikit makanan untuk mencari keberkatan..

    smile...

    ReplyDelete
  2. anak2 dah puasa dan bersahor..
    ada juga yang macam2..
    bersahor macam pesta
    berbuka macam pesta..

    ...bangun pagi cari periuk....

    ReplyDelete
  3. sempena cabaran tukar saiz seluar... saya sahur kurma + roti je... hehehe

    sebenarnya memang tak lalu nak makan nasi pun masa sahur ni...

    ReplyDelete
  4. Kak Hida,

    Dewasa boleh hadapi keadaan lapar, tapi bebudak ni lain, hari pertama puasa, Uda anak keempat saya dah cari roti.

    "Puasa, kan?" tanya saya. Dia diam. Mungkin rasa bersalah, selepas itu dia nak menangis... Hmmm.. Hari pertama.

    ReplyDelete
  5. Bang Harun,

    Teringat pantun dua kerat semasa zaman kanak-kanak dulu,

    "Puasa yang yuk,
    Bangun pagi buka periuk."

    Hari ini budaya memberi juadah kepada jiran dah semakin pupus dalam kalangan masyarakat.

    ReplyDelete
  6. Shifu67,

    Nak gelak tengok foto Shifu, tapi saya salute hasrat nak kurangkan berat badan.

    Takkan berat jer, rokok camane?

    Tak nak try Bulan puasa ni?

    ReplyDelete
  7. ko gelak laaa... aku sumpah jadi dugong kang... :)

    errr... ko nak anjur cabaran Nafas Baru ke.... hehehe

    (ni mesti dipaksa hadir kursus 'nafas baru' ni... hehehe)

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...