Sunday, August 30, 2009

Tazkirah Ramadhan (1)

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Harta vs Iman (daripada emel rakanku Cikgu Zul)

 


Syukur kepada Allah swt kerana memberi berbagai nikmat yang tidak terhingga kepada kita, dan kini masih memberi peluang untuk kita hidup di bulan Ramadhan yang penuh berkat. Sebagai tanda kesyukuran kepada Nya, kita hendaklah dengan banyak-banyak ingat kepadanya, mematuhi semua ajaran dan menjauhi semua larangan Nya .

Firman Allah swt bermaksud: Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu hitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).[Ibrahim: 34]

Salah satu cara kita mensyukuri nikmat Allah ialah bersyukur dengan harta yang dianugerahkan Nya kepada kita, dengan tidak lupa untuk menyumbangkan sebahagian harta tersebut kepada orang lain yang memerlukan sama ada dalam bentuk zakat atau derma, terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Dengan ini Allah akan sangat menyukainya dan pasti akan menambahkan lagi rezeki kepada hamba-hambanya yang bersyukur.

Firman Allah swt bermaksud : Katakanlah: Sesuingguhnya Tuhan Ku melapangkan rezeki dan menyempitkan bagi siapa yang dikehendaki- Nya di antara hamba-hamba- Nya. Apa-apa yang kamu nafkahkan di antara sesuatu, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah sebaik-baik Pemberi rezeki. [As-Sabak: 39]

Ingatlah segala harta yang dimiliki oleh seseorang adalah milik Allah, dan ianya tidak ada nilainya di sisi Allah, keculi keimanan dan amal soleh seseorang itu.

Firman Allah swt bermaksud: Hartamu dan anak-anakmu tidak dapat menghampirkan kamu di sisi Kami, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka untuk mereka itu balasan yang berlipat ganda, kerana amalannya, sedang mereka aman sentosa dalam kamar-kamar syurga. [As-Sabak: 37]

Sempena Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita tingkatkan ibadah, dan amalan soleh untuk mencari keredhaan Allah swt.

“Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mencari keredaan Kami, nescaya benar-benar akan ditunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.[Al-Ankabut: 69]

2 comments:

  1. tazkirah, tazkirah jugak... cam mana perkembangan/perkuncupan cabaran tukar saiz seluar... :)

    salam merdeka.... merdekakan diri anda daripada imej yang mengerikan hehehe

    ReplyDelete
  2. Shifu67, berikut adalah laporan terkini selepas seminggu berpuasa.

    berat turun kepada 73 kg, saiz pinggang 32.

    Rasanya boleh dapat target, tapi peh raya, mencanak balik naiknya. Tulah problemnya. Takleh menten.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...