Wednesday, August 26, 2009

Terlepas Sahur..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Peristiwa tidak bersahur atau 'terlajak' bukanlah sesuatu yang luar biasa. Setiap orang mungkin pernah mengalaminya. Setakat 5 hari berpuasa, belum lagilah aku terlajak tidur.
Semasa kecil, jarang sangat terlajak tidur. Mak sentiasa 'kunci' jam untuk mengelakkan terlepas sahur. Sesudah berumah tangga, menjadi kebiasaan mak menelefon anak-anak yang sudah berkeluarga untuk bangun sahur. Kekadang tugas itu diambil alih oleh ayah.
"Ya ayah, baru jaga. Ada apa, ayah?" 
"Bangun dah?, Jangan tidur, nanti tak bersahur." Kata ayah sebelum memutuskan talian.
Begitulah rutin mak dan ayah, kekadang bergilir menelefon kami supaya tidak terlepas sahur.  Yang penting, anak-anak yang berumah tangga tidak terlepas sahur.
Pentingnya sahur, sehingga Nabi dalam satu hadisnya menyatakan maksud bahawa bersahur membezakan puasa umatku daripada umat lain.
Kini, sudah hampir tiga tahun suara-suara itu, mak dan ayah tidak menggerakkan kami lagi. Baik Yong, aku, Sani, Oun dan Wa, masing-masing amat terasa ketiadaan mak dan ayah pada setiap kali Ramadhan. 
Kelmarin, Yong sekeluarga terlepas sahur. 
"Yong teringat arwah mak, rajin 'gerak' kita bersahur." katanya seakan-akan melepas rindu.
Sebenarnya aku pun rindu juga dengan arwah mak dan ayah. Insya-Allah, mereka tenang di sana, tanpa perlu memikirkan masalah kerja dan seumpamanya. 
Ya Allah, masukkanlah arwah mak dan ayahku ke dalam syurga-Mu. Amin.

9 comments:

  1. terlajak bersahor..
    dulu selalu
    untuk itu yop - teman bersahor awe.....
    tapi dah berkeluarga ni...
    rasanya tak susah lagi kut

    ReplyDelete
  2. sekarang ni selalu tarik selimut bila dgr suara mak kejut sahur. malas betul nak bangun. nanti bila dh tiada baru rindu kan? (berazam akan terus bangun bila mak panggil esok. hehe)

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan :), selamat bersahur dengan selamat :)

    ReplyDelete
  4. Bang Harun,

    kecik-keci dulu, selalu gak mandi sambil basah tekak. Peh tu bila buka posa, buat ler muka sardin macam letih bebeno...

    Heiiii, kalu dipikiokan, entah ler, berlakon jer lebih masa tu.... Tapi tengah beso itu, mane ler tau batal dengan tidak. Yang penting, raya dapat duit..

    La ni, bagi duit le pulak.. Hehehe

    ReplyDelete
  5. Sikakikecil,

    Makaseh singgah. Kecil-kecil kita ada pengalaman berpuasa dan masing-masing ada ceritanyer..

    Kini, tugas kita melatih anak-anak posa plak..

    ReplyDelete
  6. Wilda,

    Makaseh singgah. Kecil-kecil kita ada pengalaman berpuasa dan masing-masing ada ceritanyer..

    Kini, tugas kita melatih anak-anak posa plak..

    ReplyDelete
  7. Maksu, misteri bulan posa takde ke, Maksu?

    ReplyDelete
  8. Semoga arwah mak & ayah ditempatkan dikalangan mereka yang dirahmari.. bulan pose nie mmg mudah teringat kenangan lama kan.. bersahur tuh ada indahnya.. kdg bila terlepas tuh rasa ralat juga ;)

    ReplyDelete
  9. Salam sdr. Brahim.

    Nostalgia yang mengharukan jiwa.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...