Wednesday, October 28, 2009

Hapah Tak Dikisahnya..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pengalaman mendidik pelajar tahap sederhana amat besar cabarannya. Pelajar kelas sederhana, disebut juga kelas hujung, merupakan mereka yang berprestasi rendah, kurang motivasi dan sering menimbulkan masalah disiplin. Selalunya ramai guru mengelak daripada diberikan amanah mengajar di kelas ini, tetapi bagi saya, ia satu anugerah. Lagipun, kalau semua guru tidak mahu mengajar kelas begini, apa pula nasib mereka.



Dalam kalangan pelajar kelas hujung, antara mereka termasuklah dua orang pelajar saya yang bakal menduduki SPM 2009. 



Mereka memang 'pemalu' orangnya. (Foto selepas kantoi ponteng)
 

Pelajar ini saya namakan sebagai "A" dan "F", kedua-duanya lelaki, dan rakan baik. Ke mana sahaja, selalunya mereka bersama. Ponteng kelas sudah seakan biasa. Merokok di tandas pun pernah 'kantoi' tetapi tak serik-serik. 

A berwatak ceria, lebih gelap kulitnya, rendah dan suka tersenyum. Manakala F pula tinggi, tetapi pendiam dan agak 'lembut' aksinya. 


Dari segi akademik, usahlah berharap mereka cemerlang, asal lulus pun sudah memadai. Mereka bukan jenis biadab terhadap guru. Ambillah apa juga tindakan, mereka terima.


Kertas awal yang perlu dijawab adalah Bahasa Melayu iaitu pada 18 November nanti. Maknanya, hanya tinggal 23 hari lagi. Dalam tempoh minggu-minggu terakhir sebelum SPM, kebiasaannya guru akan memberi latih tubi dan latihan pengukuhan berterusan. 

Begitulah rutin kami pada minggu-minggu terakhir sebelum peperiksaan utama. 

Untuk pelajar kelas hujung, mereka perlu 'dikepung' supaya tiada yang bolos ponteng sekolah atau kelas.



Hari ini, A  dan F sempat lagi ponteng kelas saya. Sebelumnya, saya sudah berpesan kepada semua pelajar kelas tersebut, bahawa kelas berjalan seperti biasa. A dan F sempat 'melarikan diri' bersama pelajar tingkatan 4 yang balik awal kerana terlibat dalam peperiksaan akhir tahun.


Saya dapat 'menangkap' mereka  yang hampir melepasi pintu pagar utama. Biarpun sudah dihukum, A dan F tersenyum dan tersengih.

Bagai tiada rasa insaf di hati mereka. Agaknya, mereka berasa selesa melanggar peraturan. Mungkin juga mereka tiada rasa tanggungjawab untuk lulus dalam SPM 2009.


Kata orang Perak, hapah tak dikesahnye...

8 comments:

  1. Komer buat le aper sajer..bebudak ni NYADIN jer!!
    Udah sebati le tu...
    Dah besor besor nanti, agak agak udah tak der khojer, tak der duit..makan pasior, baru sedor kut!
    he he he

    doa ajer le cikgu weeeehhh

    ReplyDelete
  2. haha aku dulu selalu jugak ponteng..
    tp msa form 4 lah

    ReplyDelete
  3. Kalau saya, saya tak kisah kalau lemah tapi tak biadap.Tak nyakitkan hati dan jiwa.

    Saya pernah pesan pd pelajar....walau apa pun tahap akademik kamu, dan walau apa pun jenis pekerjaan kamu kelak....jadilah manusia yg baik dan taat perintah Allah. Itu shj yg mengangkat darjat kamu di sisi Allah.

    Ada hikmahnya Allah menjadikan manusia lemah dan cemerlang...semuanya utk melengkapkan sebuah kehidupan manusia.

    ReplyDelete
  4. Betul tu bior kurang makan jangan kurang adap. Naya je aku pelupuh deme. Gini gayanya anak bangsa generasi akan datang. Dah kantoi macam tak de apa-apa.

    ReplyDelete
  5. Kak Hida, kerap pelajar begini akan menyesal semasa dah lepas zaman sekolah. Ketika sukar mendapat kerja dan mula memikirkan masa depan, mereka jumpa kami di sekolah untuk mohon pandangan. Waktu itu, kasihan pun ada.

    Tapi saya cadangkan mereka ambil kemahiran. Ada ILP, Giat MARA, IKBN dan IKM yang mampu beri peluang mereka sambung ke peringkat sijil dan diploma dalam kemahiran SKM.

    ReplyDelete
  6. Amir,

    Makaseh singgah. Dulu dan sekarang beza. Pelajar hari ini semakin berani buat salah.

    Itu yang kita patut bimbangkan..

    Asyiq,

    Saya setuju pandangan itu. Poko pangkalnya pada diri pelajar juga. Tapi kita sebagai guru kenalah bimbing. Mereka ni bebudak beno, otak pun cair lagi..

    ReplyDelete
  7. Asasnya, budak2 macam ni kalau betul2 nak ajar, kita guna cara orang2 dulu punya style lah baru nampak hasil. Naik tangan atau tempeleng aje budak2 macam ni. Baru tau langit itu tinggi atau rendah. Kadang2 aku terpikir, berbuih2 mulut bercakap, nampak ke hasil pada budak2 macam ni?? Entahlah.. Susah nak cakap.. Kalau hasil pun, 5% dan tak sampai 2-3 hari pun kesannya.. Itu lah anak melayu.. Terlebih makan subsidi dan kuota.. Tetap tak sedar2.. Macam ni kah pelapis pemimpin kita di masa akan datang?? Na'uzubillah hi min zaaliq.

    ReplyDelete
  8. AGLAGN,

    Hmmm. Kalu ikut aku, public canning tu memang patut di khalayak pelajar, buat kat assembly, tapi pihak atasan nampak tindakan tu tak sesuai.

    Sepakseling lebih berkesan daripada kaunseling..
    hehehehe

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...