Wednesday, October 21, 2009

Perokok Berhati Binatang

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

(INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KEMPEN ANTI-ROKOK.)


Umum sudah mengetahui bahawa rokok membawa kemudaratan, tetapi peristiwa yang berlaku di Singapura, benar-benar menyebabkan kita mempersoalkan, adakah perokok juga berhati binatang?

Seorang lelaki kemungkinan berhadapan dengan hukuman mati atas dakwaan membunuh anaknya sendiri. Lelaki tersebut yang berbangsa Melayu, (kemungkinan Islam sebab namanya ala Arab) hilang sabar apabila melihat anaknya yang berusia 23 bulan menyepah-nyepahkan rokok miliknya.

Bayi malang itu sebenarnya ingin memberitahu ayahnya agar berhenti merokok, sebab si anak sayangkan bapanya. Tetapi si bapa zalim ini sudah menganggap rokok sebagai nyawanya. 

Akibatnya, kanak-kanak malang itu dipijak dan riwayatnya berakhir di tangan lelaki berhati binatang ini.

Apa lagi yang boleh kita katakan?

Kepada rakan-rakan yang masih kecanduan rokok, bebaskanlah diri anda daripada sifat-sifat seperti ini. Jika ini boleh berlaku di Singapura, ia juga boleh berlaku di negara kita.


MENGHENTIKAN TABIAT BURUK INI...


6 comments:

  1. ADUHAIIIII..
    Bukankan ada yang kata merokok tu dapat RELEASE tension..
    awat pijak anak pulak?
    ISHHHHH...

    ReplyDelete
  2. Inilah bahana rokok. Walaupun cukai rokok terus naik, ramai yang masih menyedutnya. Sedutan mautnya itulah nikmat. Kalau dah sampai macam gini kena di haramkan terus rokok. Kalau geng-geng rokok dengor mampuih kena marah....

    ReplyDelete
  3. Dah terang lagi bersuluh tentang bahaya dan mudharatnya merokok tapi ada yang masih terus dengan tabiat itu.

    ReplyDelete
  4. Kak Hida, saya tak dapat bayangkan bagaimana budak sekecil itu mampu menerima pijakan org dewasa. Moga Allah memasukkannya ke syurga Jannah..

    ReplyDelete
  5. Anjang,

    memang kalu geng merokok baca, diorg akan pandang sinis dan buat 'bodo'...

    Susah gak nak betoikan persepsi kaki rokok ni. Kesian pun ada.

    Kak Tirana,

    Agaknya pegangan kaki rokok ialah "alang-alang mandi, biar basah,"

    ReplyDelete
  6. 23 bulan jer dah marah tak hengat? mana hilang akal dia??

    on another matter (berpantang), saya harp ibu2 pandailah jaga diri mereka tak kira di zaman mana mereka berada, penjagaan diri mmg amat penting, nanti sendiri sakit, sendiri susah, keluarga pun susah :)

    saya dijaga oleh suami shj semasa dlm pntg, kerana makayah meninggal awal :), bertungku, mandi daun-daunan, bengkung - semua dia sediakan. makanan - saya sendiri preparekan :)

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...