Wednesday, October 14, 2009

PMR Tidak Semantap SRP..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Marahlah, jika ada tak setuju. Jika bercanggah dengan tajuk kali ini, silakan komen. Saya tak harap semua blogger menyokong pandangan saya.

Sebagai guru, yang pernah melalui Sijil Rendah Pelajaran (SRP), saya boleh nyatakan kelebihan SRP yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Penilaian Menengah Rendah(PMR).

Jika Datuk Ketua Pengarah Pelajaran membaca cetusan hati ini, jangan cepat melatah. Bukan mudah untuk mendengar luahan hati guru, kerana selama ini, kami sering disuruh itu dan ini. Pembuat dasarnya orang besar-besar di atas jarang sekali melihat apa yang berlaku di bawah.

Hari ini, pelajar tingkatan 3 telah selesai menduduki PMR. Jika dahulu, SRP dianggap satu tempoh peperiksaan yang menekan, PMR tidak lagi dianggap begitu. Kementerian dengan mudah membuat ketetapan, pelajar boleh ke Tingkatan 4 selepas menduduki PMR. Malah, dalam kes tertentu, pelajar yang tidak pernah ke Tingkatan 3 juga layak naik ke Tingkatan 4.

Semasa di Tingkatan 3 dahulu, sejak awal tahun lagi pelajar sudah dimaklumkan tidak akan naik ke Tingkatan 4 jika gagal subjek matematik. Disebabkan bimbang tak dapat sambung persekolahan, pelajar berusaha untuk lulus dapat subjek tersebut. Saya masih ingat, ketika itu, saya belajar 'tuisyen' dengan jiran berselang sebuah rumah. Namanya Abang Jamal. Entah di mana dia sekarang. Mungkin anak-anaknya pun dah dewasa, tapi jasanya yang tak dapat dilupakan ialah membantu saya mendapat keputusan yang baik dalam subjek matematik.

Hari ini, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pelajar yang berprestasi rendah, kelas sederhana dan nakal, tetap akan naik ke Tingkatan 4 tanpa sebarang tapisan yang kukuh. Mereka mungkin akan memohon ke Sekolah Menengah Vokasional, tapi tak ramai yang akan diterima. Selebihnya bersepah dan menjadi duri dalam daging kepada pihak sekolah.

Mengapa tidak KPM kembali ke dasar asal, biarlah namanya PMR, tapi wajibkan sekurang-kurangnya lulus empat mata pelajaran, baru boleh naik ke Tingkatan 4. Susah benarkah hendak buat satu keputusan yang bijak?

Apa yang berlaku hari ini, KPM melambakkan pelajar bermasalah di sekolah-sekolah harian biasa yang akhirnya memberi bebanan yang bukan sedikit kepada guru.

Tapi saya sudah ada jawapan yang bakal KPM nyatakan. Nak tahu apa jawapannya?

A. "ITULAH CABARAN YANG PERLU DIHADAPI OLEH GURU-GURU HARI INI"

B."KAMI AKAN BAWA PERKARA INI KE PIHAK ATASAN NANTI. BUAT SEMENTARA, TUAN JALANKAN TUGAS MENDIDIK ANAK BANGSA."

C. "KPM SENTIASA BERUSAHA MELESTARIKAN PENDIDIKAN AGAR DAPAT DITERIMA OLEH SEMUA PIHAK.

D. BLA..BLA..BLA...BLA...



8 comments:

  1. sebenanya 2 tahun yang lalu barulah saya tahu ttg budak2 boleh naik ke tingkatan 4 walaupun tak pas pmr.... heran juga, kerana time saya dulu, budak2 kena repeat tingkatan 3.

    ReplyDelete
  2. Sy pun anak keluaran SRP...thn 1986. Ingat lagi bila Matematik salah 6, terus dapat A2. Skrg ni kalau salah berpuluh2 pun still boleh dapat A. Markah A terlalu rendah.

    Thats why budak2 PMR yg dpt straight A`s pun bila naik form 4 still failed Add Math.

    Ada pulak anak2 cop PMR ni bila naik form 4 nak menulis nama sendiri pun ada yang tersilap eja....hihi.

    Mereka yg berada di KPM tu adalah mereka yg tak lama menjadi guru...tak minat. Tu sbbnya pandangan dan citarasa guru tidak mereka fahami...

    ReplyDelete
  3. Hanya cikgu yang tahu...sukarnya menangani anak-anak yang masih kabur baca tulis, meski sudah tingkatan 5.

    ...mereka tak sepatutnya dilepaskan ke tingkatan 4, kerana tugas mengajar ejaan dan mengenal huruf bukan tugas cikgu tingkatan 4 dan 5.

    Boleh kalau nak ajar.....tapi, tuntutan lain pula terlalu menekan...kerana akhirnya yang akan dipandang ibu bapa, PPD, JPN dan mereka yang di atas adalah 'berapa A'!!!

    ReplyDelete
  4. Maksu, mana ada repeat-repeat dah... Bebudak sekarang dah 'mua'...

    Dah tak heran pun dengan PMR. Kalau yang bijak, lainlah, sebab mungkin dia target ke SBP atau MRSM..

    Tadi saya marah betul, dah habis PMR, dia 'bantai' merokok dalam tandas, saya masuk pun tak sedar.

    Dapat dua 'liang' di punggung...

    ReplyDelete
  5. Asyiq, sebaya kita.. Hehehe.. Saya amik result SRP siap doa sepanjang malam. Takut sangat..

    Takut tak dapat sambung Tingkatan 4. Ayah dah 'sound', kalu gagal, kami keghoje le nogheh getah...

    ReplyDelete
  6. xiinam, setuju sangat.

    Sekolah saya luar bandar, budak memang ramai yang 'low motivation'.

    Sumber dah pincang, hasilnya tentu tak boleh 100%. Yang tak boleh membaca sejak tahun 6 pun ramai.

    JPN, PPD hanya mahu tahu sukatan habis, budak dapat "A" dan sekolah tersebut akan digred sebagai bagus.

    Yang merana, cikgu lah.. Mak bapak hentam sebab anggap tak pandai ngajo, pengetua marah sebab budak 'fail' dan nama sekolah buruk.

    PPD, JPN semua tuding jari kepada kita...


    Sedih, tapi selagi terdaya menggalas amanah ini, saya lakukan yang boleh, saya seronok mengajar sebenarnya.

    Satu kepuasan kepada saya... Tapi tak semestinya apa yang kita ajar, boleh dimanfaatkan dalam peperiksaan..

    Banyak faktor lain...80% usaha datang daripada pelajar.

    ReplyDelete
  7. inilah yang menjadikan sisten pendidikan kita lemah dan layu. Yang banyak layunya orang melayu. Buat la apa pun dasarnya yang rugi orang melayu. kesian melayu

    ReplyDelete
  8. Anjang,

    PMR sekarang tiada yuran, percuma. Pelajar SRP dulu rasa keperitan bayar yuran. Mak ayah pula akan ingatkan betapa sukarnya mencari wang untuk membayar yuran peperiksaan.

    Itu semua memberi motivasi kepada pelajar untuk berusaha mencapai kecemerlangan.

    Yang rugi, Melayu yang tak berfikir..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...