Monday, October 12, 2009

Tekanan Menjadikannya Begitu?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pagi ini, beberapa orang rakan sejawat merungut kerana bahan bercetak mereka masih belum disiapkan. Saya memahami kebimbangan mereka, kerana tidak lama lagi, peperiksaan akhir tahun akan dijalankan. Kebanyakan bahan tersebut adalah soalan-soalan PAT yang perlu disiapkan awal. Kerja mencetak sepatutnya disiapkan oleh Ismail, seorang staf pejabat kami.

"Ismail di mana, Adah?" tanya saya kepada Nora'adah, pekerja pejabat.

Rupanya Ismail bertugas menjaga alatan sepanjang PMR 2009 dijalankan.

Ismail, pekerja pejabat yang saya kenali sejak dia mula bertugas di sini, bukanlah seorang yang bermasalah sebelumnya. Anaknya 3 orang. Dia buat rumahnya sendiri. Selain kemahiran bertukang, Ismail juga mahir dalam kerja elektrikal.  Seingat saya, dialah yang memasang lampu di rumah saya satu ketika dahulu.

Lebih dari itu, Ismail rajin mencari benih kerang kalau musim kerang. Dia juga dapat 'kontrak membakar lemang' dalam musim Hari Raya. Lemangnya memang sedap. Hubungan dia dan saya, agak rapat berbanding staf sokongan lain. Dia bagai adik saya, jadi kalau saya tegur, dia boleh dengar, rasanya.

"Saya tahu ramai tak puas hati dengan saya, cikgu," katanya sewaktu kami bertemu di makmal komputer.

"Saya tak boleh buat kerja (mencetak soalan) kalau sering dikacau."

"Kacau? Kacau macam mana?" Saya cuba dapatkan penjelasan.

"Cikgu tahu, bilik cetak selalu cikgu-cikgu gunakan. Kadang-kadang, saya sendiri tak ada upaya nak melarang."Luahnya.

"Tapi dulu tak ada komplen begini." Saya menyanggah sopan sambil menepuk bahunya.

"Dulu, Pakcik Hanapiah banyak bantu. Sekarang, saya sendirian buat kerja. Kerja banyak, tapi saya tak dapat bantuan." Dia merintih.

Pakcik Hanapiah yang dia maksudkan, ialah bekas pekerja pejabat kami yang telah pencen. tahun 2008 lalu. Saya sendiri akui, untuk mencari orang sehebat Pakcik Hanapiah, memang sukar. Dia masih bersemangat bekerja biarpun menjelang persaraannya. Memanglah patah tumbuh, hilang berganti. Tapi ketiadaan Pakcik Hanapiah adalah kehilangan besar kepada kami di SMKBS.

Banyak jasa Pakcik Hanapiah. Usiklah, melawaklah dengan dia, dia jarang marah. Kalau marah, cepat benar sejuknya. Khabarnya sekarang dia menjadi pengawal keselamatan di sebuah resort dekat sini. 

"Saya dah dipanggil ke PPD,cikgu." Kata Ismail lagi menyebabkan saya tersentak.

"Saya diarahkan ke PPD dulu. Nama saya dah ada dalam rekod di PPD. Alang-alang buruk, biarlah buruk. Kalau ditukarkan pun, saya terima." Katanya mengakhiri perbualan kami. Riak wajahnya bagai menagih simpati dan sokongan.

Ismail bagai sudah tidak hairan dengan perkhidmatannya lagi. Seolah-olah bagai hilang semangat. Dia tulang belakang keluarganya, jika berterusan begini, apa nasib anak isterinya? Fikir saya.

Dia rajin, tetapi mungkin kerana tekanan, akhirnya prestasi kerjanya terjejas. Dia pernah dapat Anugerah Cemerlang sebelum ini.

Saya harap saya dapat lihat Ismail yang dahulu, ceria dan bersemangat. Bilakah agaknya saya akan bertemu Ismail yang dahulu?

6 comments:

  1. Ada orang yang mudah meluahkan masaalahnya...dan ada yang sebaliknya...

    Pakcik Ismail mungkin jenis yang introvet...mungkin menunggu seseorang bertanya dulu..
    Mungkinlah...


    Psst: Ooooo...cikgu mengajar di Batu Sepuluh ya?

    ReplyDelete
  2. Xiiinam, nampaknya begitulah.


    Masing-masing ada kekurangan. Kita tak sempurna..

    ReplyDelete
  3. nak cari yang betul-betul ok sekarang agak sukar, samalah macam penender kantin. Kalau servisnya jangan ngada-ngada nak ditukar lain. kononnya nak tukor selera lain. Selalunya yang baru memang macam hampeh

    ReplyDelete
  4. Cikgu, kdg2 sy pun rasa yg semangat sy bekerja semakin menurun. Tak tahulah pasal apa.

    Ingat cakap pengetua lama sy......cikgu2 ni umpama rumpun serai, perlu diubah2kan, kalau tak diubah2 nanti pupus pulak.

    Kena pindah tempat keje kut.....baru tak pupus, hihi.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. lately ramai orang yg cemerlang feeling demotivated... manusia sekerja tidak menghargainya/mereka :(

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...