Monday, January 25, 2010

Elakkan Penghinaan Dalam Penulisan Di Blog

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya tak mahu mengulas mengenai kemelut penulisan Adukateruna terhadap institusi raja, khususnya Sultan Johor. Pasti ramai yang telah mengulasnya. Pihak polis pun, khabarnya memantau blog peribadi yang menghina institusi sultan.

Apa yang ingin saya tegaskan, penulisan di blog tidak sepatutnya menjadi arena untuk menghina mana-mana sultan, khususnya yang telah mangkat. Penulis blog tersebut khabarnya sudah pun memohon maaf dalam blognya. Hal ini menyentuh sensitiviti institusi kesultanan. Saya pasti jika Adukateruna berada di Thailand, dia sudah pasti dihukum lebih berat sebab rakyat Thailand sangat menyanjung rajanya.

Sebagai rakyat di negara berdaulat yang menyokong isntitusi raja, saya berharap apa yang berlaku ini dapat dijadikan iktibar.

Salam untuk semua blogger. Teruskan penulisan berkualiti dan berhemah.

3 comments:

  1. Bukan saja tak boleh menghina raja tapi tak boleh menghina sesama manusia baik dia raja, menteri atau rakyat biasa.

    ReplyDelete
  2. Menulis dengan darah bukan dengan otak. Blog dia mmg sangat buruk. Guna kata2 kesat utk perjuang Islam pekenama?

    ReplyDelete
  3. Kak Tirana, salam kembali.

    Harap-harap kak dah semakin pulih semangat.

    Khairi, saya dah keluarkan dari senarai blog yang saya kunjungi.. Tak baguslah artikel yang meghentam keromo..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...