Saturday, January 9, 2010

Nostalgia Menunggang Basikal..

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Foto ehsan Blog Mazidul
 
Kenderaan beroda dua ini dibawa masuk secara besar-besaran oleh Jepun semasa menjajah Tanah Melayu 1941. Sebelum istilah basikal popular, kenderaan ini disebut kereta lereng. Masyarakat sebelah utara mengistilahkannya 'geghek'.

Basikal menjadi kenderaan yang elitis pada waktu itu. Sebelum motosikal digunakan secara meluas, basikal menjadi kenderaan untuk perjalanan dekat dan sederhana. Mungkin dengan keadaan jalan dan sistem perhubungan yang belum sempurna, menyebabkan basikal lebih popular dan digunakan di segenap pelusuk kawasan. Ia menjimatkan, mudah diselenggara dan pantas dibawa ke mana sekalipun!  

Ingatkah anda, bilakah anda mula belajar menunggang basikal? Saya mula belajar menunggang basikal ketika 5 atau 6 tahun. Ketika itu, saya meminjam basikal arwah atuk yang sangat besar. Basikal itu digelar "Basikal Tua", dan saiz pelantar belakang membolehkan penumpangnya duduk 'terkangkang'.


Basikal tua yang popular tahun 50-an

Apabila belajar, saya menyendengkan badan di celah palang, kerana saiz badan yang agak kecil menghalang saya duduk di pelana seperti orang dewasa. Kata orang, naik basikal, kalau tak jatuh, takkan lengkap sesi pembelajaran tersebut. Saya pasti, mereka yang sezaman dengan saya, boleh membayangkan kaedah tunggangan basikal yang amat memeritkan itu. Dengan badan yang kecil disengetkan, dua tangan memegang hendal basikal, kayuhan dibuat berhati-hati supaya imbangan badan kekal stabil.

Pernah satu ketika, saya nak menunjuk kepandaian menunggang basikal tua atuk. Lalu saya tunggang dan bawa adik bersama. Malangnya, ketika mendaki bahu jalan yang agak tinggi dan curam, saya gagal mengawal basikal. Kami jatuh dan adik lelaki saya itu cedera, luka di lututnya. Parutnya ada sehingga kini.

Kini, basikal tua sudah tidak kelihatan di jalan-jalan raya. Kebanyakannya digantikan dengan basikal buatan Jepun dan China yang mempunyai bentuk yang lebih menarik dengan pelbagai saiz dan sesuai mengikut golongan penunggangnya. Berbasikal juga menjadi aktiviti riadah yang semakin diterima dalam masyarakat. Malah, kebanjiran pekerja asing di negara ini turut merancakkan penjualan basikal, kerana mereka tak perlukan lesen untuk menunggangnya.

5 comments:

  1. Hidup sezaman, pengalaman adalah hampir sama. Badan senget di celah palang. Tangan kiri pegang handle kiri. Ketiak tangan kanan 'tekap' atas pelana. Siap 'race' dgn kengkawan. Jatuh, bangun, jatuh bangun membuatkan diri lebih mantap skill tunggangannya. Kan?

    ReplyDelete
  2. ehhh... aku pun dah lama tak nai beskal

    ReplyDelete
  3. salam bang..
    rasanya..mmg tak pernah kot saya naik basikal tua cmtu.huhu

    ReplyDelete
  4. Salam Lan,

    Hang memang faham. Hang memang 'kaki race' masa kecik-kecik dulu. Zaman tu, tunggang beskal tak pakai baju pun selamba..

    Pakai seluar pendek, kaki ayam dan lastik kat pinggang.

    Hahahaha..

    ReplyDelete
  5. Shifu,

    Entah-entah dah tak reti tunggang?
    Hahahaha..

    Iqbal,

    Tunggang basikal tua ni penuh cabaran. Zaman kami, berlumba guna basikal gini dh biasa.
    Jatuh? Kalu tak jatuh, tak namanya 'hero'..

    Lewat 80-an, BMX amik peranan. Masa tu, siapa yg ada BMX, kira-kira, hebat sangat...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...