Monday, October 20, 2008

Benarlah Malang Tak Berbau..

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Lewat petang Ahad, 19 Oktober 2008, aku meninjau-ninjau kemalangan antara dua buah lori dan sebuah kereta Wira yang berlaku betul-betul di depan Stesen Minyak Mobil hampir 2 km dari teratakku.

"Rasanya Wira itu bagai pernah kulihat, tapi di mana ya?.." hatiku tertanya-tanya.

"Dah dibawa ke Hospital Manjung, cikgu." Kata Abang Ya menyapa, ketika aku masih terjenguk-jenguk di celah orang yang begitu ramai melihat kemalangan itu.

Mengikut cerita Abang Ya, mangsa merupakan suami isteri yang dalam perjalanan ke sini, tetapi bertembung dengan lori sawit yang menghala ke stesen minyak.


Keadaan Wira itu sangat teruk, dengan bahagian depannya remuk. Mudah ceritanya, kereta itu sudah dikategorikan "Total Lost".

Akhirnya kutahu juga, Wira milik Abang Fawzi dan ustazah Faridah, yang dalam perjalanan melihat anak mereka di asrama sekolahku. Bukanlah asing kerana aku memang mengenali mereka. Malah, aku juga turut mengajar Hafifi, anak mereka yang akan berdepan SPM November ini.

Aku bergegas ke asrama, dan telahanku benar. Anaknya masih ternanti-nanti kedatangan ayah dan ibu tanpa mengetahui kemalangan yang menimpa mereka. Mujur aku terdetik hati untuk memaklumkannya.

Maghrib itu juga, aku membawa anak Abang Fawzi ke wad kecemasan, bimbang juga andainya berlaku sesuatu yang tak dijangka.

Kami menuju wad kecemasan, dan kutahu berita terkini, bahawa Abang Fawzi patah kaki dan luka-luka kecil, tetapi Kak Faridah lebih parah. Tulang pinggulnya remuk, dan kakinya juga patah. Begitu juga tangannya. Matanya cedera terkena kaca.

Ketika kami tiba di wad kecemasan, sempat juga Abang Fawzi membalas kataku.


"Bang, saya bawa Fifi ke sini,"

"Terima kasih, cikgu..." katanya lemah.

Kubiarku Fifi menyalami ayah dan maknya yang masih terbaring bersebelahan. Aduh, sayunya, melihat keadaan itu.

Hampir mengalir air mataku dan ketika troli membawa Kak Faridah ke Bilik X-ray, kulihat Hafifi menyeka titisan jernih yang mengalir laju dipipinya. 'Kalah' juga dia dengan tuntutan perasaan, biarpun dia kelihatan tabah pada awalnya.



15 comments:

  1. btl ckp ckgu 2...
    kdg2 kt x jangka benda 2 blh jd...
    hafifi yg kwn dgn ady fitri 2 ke???

    ReplyDelete
  2. cikgu, moga hafifi kuat semangat. pengalaman sebegini pasti akan tingkatkan lagi rasa syukur hafifi, syukur, umur ibu bapa hafifi masih panjang. saya berdebar nak menghabiskan kisah cikgu tadi, risau pengakhiran yang sedih. alhamdulillah, moga semua sudah selamat.:)

    ReplyDelete
  3. Saya bayangkan sndainya saya berada di tempat hafifi...mengalir jugak airmata saya... Mudah-mudahan hafifi tabah dan kuat semangat..insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Put, Hafifi yang itulah.

    Berita terkini, ayahnya di bilik bedah HSM, manakala maknya di wad 6, HSM. Dah stabil, tapi perlu dibedah untuk susulan

    ReplyDelete
  5. Dik Wilda,

    Betul, hanya orang yang sudah ketiadaan mereka yang tersayang lebih menghargainya.

    Dik Wilda bertuanh masih punya mak dan ayah yang sangat menyayangi. Hargai mereka, jangan sekali-kali ketepikan kedua-duanya kerana di sisi mereka ada rahmat untuk kita.

    ReplyDelete
  6. Tirana,

    Saya bukanlah mudah untuk mengalirkan air mata. Ketika arwah ayah dimandikan, saya masih bertahan untuk mengelakkannya menitis. Tapi ketika di wad menziarahi bapa Hafifi, entah mengapa saya rasa sayu ketika itu.

    Sebenarnya, HSM sendiri meninggalkan kesan yang bukan sedikit untuk saya. Sepanjang Ramadhan tahun 2007, saya bersahur di sana menemankan ayah di wad 7.

    Benarlah pengalaman adalah guru yang terbaik!

    ReplyDelete
  7. tragis, saya dpt bayangkan situasi itu. kerana pernah perngalaman dalam kemalangan bersama anak,isteri sewaktu pulang berhari raya ke kelantan tiga tahun lalu.

    ReplyDelete
  8. Malang memang tidak berbau, tapi inilah ketentuan Ilahi. Saya baru sahaja mengalami kemalangan. Walaupun tidak serius tetapi saya rasa 'serun'.

    ReplyDelete
  9. Rozlan,

    Begitulah resam ketentuan Allah. Kekadang, kita dah cukup berhati-hati, tapi pihak satu lagi pula yang 'memangsakan' kita...

    Berdoalah, agar kita sentiasa selamat dalam perjalanan.

    ReplyDelete
  10. Takdir Allah segalanya..
    Marilah sama2 selalu memohon keampunan darinya..datang sesuatu musibah tiada signal diberikan..

    ReplyDelete
  11. Ibnurashidi,

    Benarlah musibah selalunya tiada bertanda, sering tidak dijangka. Hadirnya ditakuti, malah cuba dielakkan. Tetapi apabila dah terjadi, terimalah sebagai dugaan.

    Apa lagi yang boleh kita buat, selain daripada menerimanya sebagai ketentuan Allah Yang Maha Kuasa.

    ReplyDelete
  12. Allah memberi ujian mengikut kemmpuan hambanya.Memang ujian ini berat bagi kita tapi hafifi lebih mengetahui betapa semangatnya lebih kuat dari kita semua.

    ReplyDelete
  13. malang tak berbau, seb bek ada yang mengenali

    ReplyDelete
  14. salam izzuddinali,
    saya link blog saudara

    ReplyDelete
  15. alhamdullilah ...kedua2nyer selamat walaupun cedera yang agak parah..tapi inilah takdir..bender dah nak jadi ...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...