Wednesday, October 29, 2008

Langkawi Bumi Bertuah (1)

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Kali ini, tajuk postingku ialah Langkawi Bumi Bertuah. Memang Langkawi pulau yang bertuah.
Asalnya adalah perkampungan nelayan dan pesawah yang rata-ratanya masyarakat Melayu.
Kononnya Langkawi disumpah oleh Mahsuri, seorang wanita Melayu yang difitnah kerana kecantikannya. (Orang Melayu memang tak lekang dengan sikap PHD ini?) Kini semua cerita Mahsuri menjadi produk pelancongan yang berjaya menggamit kedatangan pelancong ke sini.

Perigi Mahsuri, Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Telaga Tujuh dan Gunung Mat Cincang mempunyai tarikan yang tersendiri. Semasa zaman Tun Dr Mahathir, Langkawi menerima limpahan ekonomi yang bukan sedikit.

"Paklah tak pandai jaga pulau ni,.." Kata seorang pemandu teksi yang kutemui tempoh hari. Kebanyakan orang Langkawi rasa terhutang budi dengan Tun sebenarnya.Langkawi berubah dari sebuah pulau yang berteraskan pertanian kepada ekopelancongan pada awal 1980-an. Bagaimanapun, kesan-kesan tanah sawah masih boleh dilihat di belakang Institut Latihan Peladang Langkawi. Lihatlah kawasan padang yang kehijauan ini, sebenarnya bekas bendang yang sudah tidak diusahakan.

Langkawi terkenal dengan replika Helang Raksasa di Pekan Kuah.Sesiapa yang berkunjung ke sini pasti akan singgah ke sini, sekurang-kurangnya sebagai bukti pernah ke Langkawi.

Hampir 130 orang guru dan pegawai teknik Bahasa Melayu seluruh negara berkampung selama 4 hari untuk memurnikan kertas konsep aktiviti bahasa tahun 2009.

Dalam kesempatan inilah, aku bertemu dengan rakan lama, seperti Dyamim Bahari, kawan sekuliah semasa di UPM dahulu. Dyamim kini kembali ke Perlis menabur budi di tanah tempat tumpah darahnya. Wajahnya masih seperti dulu. Ramahnya masih sama, cuma kami telah punya komitmen terhadap kerjaya dan keluarga. Dalam sibuknya, dapat juga dia menyambung ke peringkat Master.

Daripada Dyamim, aku dapat tahu kisah rakan kami, Cikgu Abdullah yang telah meninggal dunia. Kak Zawiyah rupanya sudah pencen. Cikgu Shukor diserang stroke, dan baru pulih dua tiga minggu yang lalu. kami dapat bertukar-tukar cerita tentang rakan lain dalam PBMP dulu.

Aku juga dapat bertemu Abang Masri Karjah, seorang lagi rakan yang pernah bersama menginap di Kolej 5 UPM. Abang Masri merupakan guru yang banyak pengalaman dalam dunia pendidikan. Dia kini sedang menyiapkan buku kerja untuk dihantar ke penerbit buku.


Seorang lagi rakan baruku, Hisham, dari Terengganu , tapi berkhidmat di Labuan. Bangganya aku kerana berkawan dengan orang yang hebat-hebat seperti mereka, biarpun aku hanya orang kecil. Tak mengapalah. Masing-masing sudah ditetapkan rezekinya oleh tuan punya dunia ini.

Sepanjang pemerhatianku, Langkawi semakin pesat membangun. Kedai-kedai yang menjual pinggan mangkuk serta coklat, biasanya menjadi tumpuan pelancong luar. Aku tak terkecuali menghabiskan duit yang semakin menyusut untuk ole-ole buat anak-anak nanti. (Macamlah banyak sangat duit...)

Ada beberapa buah kedai yang popular dalam kalangan pelancong tempatan. PAStinya nama Ismail Group terlintas dalam fikiran mereka yang biasa mengunjungi pulau lagenda ini. Biarpun pengasasnya telah tiada, ia tetap berkembang maju selaras dengan nama Ismail Group yang melambangkan kekentalan jiwa Melayu pulau ini untuk bersaing dengan kaum lain.

Malam ini, kami diraikan oleh urus setia seminar dengan hidangan yang enak seperti udang, sate dan seumpamanya. Petang esok, kami dibawa menaiki kereta kabel pada sesi darmawisata.Aku bersama ahli kumpulan seperti Kak Roslah, Dyamim, 'Datin' Zahara, Hisham, Yahya, Ain dan lain-lain mempersembahkan nyanyian lagu Sabah bertajuk Sayang Kinabalu. Lagunya menarik, apatah lagi apabila dinyanyikan bersama Penolong Pengarah Kanan dan Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum KPM, En. Sabri dan En. Jem.

Moralnya, setiap insan ada anugerah yang mungkin tidak disedarinya. Kita perlu meneroka kemampuan diri, agar nilai diri dapat dipertingkat dan dimajukan.

*Siri (2) bakal menyusul..


8 comments:

  1. Langkawi memang cantik. Saya dah beberapa kali ke sana. Suka tengok pantai2 yang ada di sana. Agaknya sumpahan mahsuri 7 keturunan telah berakhir sebab tu mahsuri semakin dikenali sekarang..Apa pun ceritanya, kita wajar bersyukur atas kurniaan Allah ini..bumi Langkawi yang indah dan damai..

    Seronok kan cikgu dapat bertemu dengan kawan-kawan lama..Saya pun berharap dapat bertemu semula dengan kawan-kawan lama yang entah di mana mereka berada sekarang ni..

    Dan saya suka ayat yang terakhir itu.."setiap insan ada anugerah yang mungkin tidak disedarinya. Kita perlu meneroka kemampuan diri, agar nilai diri dapat dipertingkat dan dimajukan". Betul apa yang cikgu katakan..kita mempunyai keistimewaan dan anugerah masing-masing, Terpulang pada kita sendiri untuk menggilap keistimewaan yang Allah kurniakan..

    ReplyDelete
  2. Tirana,

    Terima kasih masih sudi ke sini.
    Sebenarnya, anugerah Allah yang tak ternilai ialah kesihatan. Dua hari sebelum kenduri lalu, tiba-tiba sahaja kepala sakit, berdenyut dan menyebabkan saya pitam selepas maghrib.

    Saya takut mengakui hakikat, sebenarnya tanda-tanda itu jelas, bahawa saya mewarisi darah tinggi warisan ayah.

    Bimbangnya saya Tirana, anak-anak pun masih kecil.

    Saban waktu, seleps solat, saya titiupkan doa agar tak diuji sakit yang berat.

    Sekarang, stabil, tapi saya mula amalkan pemakanan yang tidak melampau.

    Tentang kelebihan setiap insan, memang telah Allah berikan kepada kita,termasuk nikmat hidup seperti umur yang panjang, kesihatan yang baik, anak yang sihat dan isteri/ suami yang setia.

    Syukur padaMu Allah..

    ReplyDelete
  3. Astaghfirullah...ada darah tinggi rupanya.. Saya bukan doktor yang boleh bagi nasihat pasal darah tinggi..saya cuma isteri kepada doktor saja..hehehe..tapi cikgu, yang boleh saya katakan, mari kita sama-sama amalkan permakanan yang sihat dan senaman yang berterusan. Tentu banyak maklumat yang cikgu telah tahu pasal darah tinggi ni kan..Kita hanya berusaha, ajal dan maut di tangan Allah belaka.. Saya do'akan cikgu Izzuddin sentiasa dalam keadaan yang terbaik agar terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  4. Tirana,
    Sebenarnya kata Doc, saya di borderline, dan saya berisiko untuk dapat sakit ini berdasarkan sejarah keluarga.

    Tapi boleh jadi saya terlalu penat. Hari berkenaan, saya puasa, dan sebelah petang membantu isteri menanam pokok keliling rumah.

    Mungkin lah penat (agaknya....)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..belum teruk..InsyaAllah jaga permakanan elok2..tentu ok..Banyakkan berehat..jangan lupa tapi jangan pulak terlebih rehat..hehehe..

    ReplyDelete
  6. "Kecil" dan "besar" adalah sama saja antara kita. Yang membezakan adalah jiwa. Mari kita fikirkan...

    ReplyDelete
  7. salam..dari dulu kau idolaku..semoga jue akan dapat ruang dan peluang untuk menjadi sehebat cikgu dan rakan2...doakan kejayaan jue yer..doa seorang guru kan makbul..segala nasihat yang cikgu beri masih terpahat dihati ini..jue akan jadi anak yang soleh..insyaAllah..

    ReplyDelete
  8. bila ler saya dpt nak ke sana ek

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...