Tuesday, February 10, 2009

Biawak

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Dalam masyarakat Melayu, binatang dan tumbuhan sering dijadikan perumpamaan dan teladan. Misalnya, pokok enau (kabung) hidup menyendiri, tegak tanpa mendapat sokongan pokok lain, menerbitkan perumpamaan, "bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing" yang membawa maksud orang yang pentingkan diri sendiri, tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya.


Biawak juga sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu, mungkin disebabkan ia sebahagian daripada haiwan reptilia liar yang sering ditemui di Malaysia.

Mengikut web wikipedia, biawak air atau nama saintifiknya, Varanus salvator adalah spesis biawak yang besar dan boleh mencapai ukuran lebih 3 meter;

Water Monitor is a large species of monitor lizard capable of growing over 3 meters (9.8 ft) in length, with the average size of most adults at 2.5 meters (8.2 ft) long. Maximum weight of Varanus salvator can be over 75 kg, but most are half that size. Their body is muscular with a long powerful laterally compressed tail. Water monitors are one of the most common monitor lizards found throughout Asia, and range from Sri Lanka, India, Indochina, the Malay Peninsula and various islands of Indonesia, living in areas close to water.
(dipetik daripada Wikipedia)

Dalam masyarakat Melayu,
dua peribahasa melibatkan haiwan ini selalu digunakan:

1. Bagai mendukung biawak hidup; maksudnya membela atau menjaga orang yang tidak tahu mengenang budi. Sesuai dengan perilaku biawak, ia tidak akan diam, sebaliknya orang yang mendukungnya akan dicakar atau dicederakan. Ini menjelaskan bahawa tiada gunanya melakukan kerja untuk orang yang tidak tahu membalas kebaikan orang.

2. Lidah biawak; maksudnya percakapan atau janji yang dikhianati. Kadang kala ia juga disebut lidah bercabang, dan memanglah biawak merupakan reptilia yang mempunyai cabang di hujung lidahnya. Dalam masyarakat Melayu, sesuatu janji atau ikrar yang dikhianati merupakan tindakan yang tidak beradab, melanggar tatasusila masyarakat dan tidak wajar diteladani.

Kesimpulannya, biawak adalah lambang perilaku buruk dan tidak elok. Tidak pernah kita menerima perspektif positif tentang biawak. Bagaimanapun, seperti makhluk Allah yang lain, biawak tetap memainkan peranan penting dalam kitaran ekosistem semulajadi. Dalam rantaian makanan, biawak memakan bangkai serta rodensia kecil seperti tupai dan tikus, ikan, ular dan burung. Apa yang tidak elok ialah sikap yang digambarkan dalam peribahasa di atas, seharusnya tidak menjadi sebahagian daripada nilai dalam diri kita.


20 comments:

  1. lama tak masuk sini.

    haih..

    biawak makan telur

    ReplyDelete
  2. salam cikgu,

    biawak in tamil is udumbu...arwah abah saya panggil gudumbu. ramai kawan abah orang india, datang ke rumah saya, mencari udumbu, untuk di buat kari....

    depa bagi duit, untuk upah kami makan aiskrim. abah x bagi ambik. nanti, kami juga jadi macam biawak, lidah bercabang...

    masa tu, saya betul2 percaya, makan duit biawak, lidah akan bercabang dua....haha, moral of this story of yours , saya rindu arwah abah! AlFatihah!

    ReplyDelete
  3. sedih benor tgk kat blog upacara pengkebumian YB PAS yg meninggal - talkin Saudara MB Perak baca.........
    ini semua kerja Allah - yang menyediakan skrip yg amat2 cantik untuk kita tafsirkan.
    biawak hidup 2 alam kan - macam setengah orang ke kiri dia masyuk ke kanan pun dia masyuk.......

    ReplyDelete
  4. Kejadian Allah memang banyak iktibar bagi mereka yang berfikir.

    ReplyDelete
  5. Di kampung saya banyak biawak. Kadang-kadang menjalar naik ke halaman rumah dan saya ketika kecil dulu cukup takut dengan biawak sebab nampak seakan-akan buaya..

    ReplyDelete
  6. Razor,

    Orang kampung saya selalu guna telur untuk umpan biawak. Telur tu dibubuh racun, atau dicucuk jarum. Biasanya biawak yang curi telur akan mati dua tiga hari selepas makan umpan tu...

    Dulu lah...

    ReplyDelete
  7. Shifu67,

    Banyak perumpamaan menyentuh tentang sikap manusia, dan ia dikaitkan dengan haiwan, sebab ia 'dekat' dengan masyarakat dahulu.

    Itu sebabnya kita ada peribahasa berikut:
    1. Gajah, sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

    2. Pekak badak

    3. Bagai kera mendapat bunga

    Semuanya mempunyai maksud yang tersendiri

    ReplyDelete
  8. Jane,

    Saya dapat belajar Tamil dengan anda.

    Tapi yang sama, ialah perasaan terhadap arwah ayah (abah). Saya kekadang 'rindu' dengan kata-kata, nasihat dan sembang ayah.

    Tapi ia jadi kenangan sahajalah.

    Memang orang India suka buat kari, yer? Sedap sangat, kot?

    ReplyDelete
  9. Oh, rupanyer Bro Jinggo ke pengebumian Jenazah YB Ruslan. Moga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Orang yang mulia di sisi Allah, kekadang Allah tunjukkan sejak di dunia lagi.

    'Turun' ke Bukit Gantang?

    Jangan jadi, 'biawak', dah le Bro Jinggo. Maksud teman, perangai biawak ni, dibenci orang.. Akhirnya diri sendiri yang rugi.

    ReplyDelete
  10. Pokli,

    Lama tak dengor kabo..

    Sihat? Moga-moga dalam perlindungan Allah hendaknya.

    Tapi kebanyakan reptilia biasanya diberi konotasi negatif, kan?

    Buaya darat

    Bagai ular kena palu

    Kurus macam cicak

    ... hmmmmmm

    ReplyDelete
  11. Tirana,

    Biawak makan mangsanya selepas menggigit mangsa dengan mulutnya yang penuh bakteria berbahaya. Selepas itu, ia akan menunggu tindak balas bakteria tersebut terluka luka mangsa. Mangsa yang semakin lemah akhirnya menjadi habuan biawak.

    Orang Melayu dulu, lama dah perhatikan sikap biawak ni.. Tu sebab peribahasa melibatkan haiwan ini, negatif sifatnya.

    ReplyDelete
  12. Satu lagi yang saya pernah dengar dari orang kedah "Kerkejut biawak" Juga bermaksud huduh.

    Kalau buat kerja dengan tidak ada perancangan dan cetek pengetahuan, bila berdepan masalah, dia akan gelabah tak tentu hala. Akan dirempuh, akan dicakar!

    ReplyDelete
  13. Mountdweller,

    Terima kasih tambah satu lagi peribahasa berkaitan biawak.

    Pernah juga saya dengar 'terkejut biawak' tu..

    ReplyDelete
  14. lidah biawak ada bersepah-sepah

    ReplyDelete
  15. Mendukung biawak hidup.... mmglah tak nak. Tapi kalau terdukung, macam mana ye?

    ReplyDelete
  16. Abe Hab,

    Terdukung? Guane tu? Kira tak sengajalah, yer?

    Hmm, payah jugak kalu nak terdukung biawak..

    ReplyDelete
  17. Apa apa pun maksudnya biawak ini..kalau masuk rumah, kena panggel BOMBA!!
    he he he..akak terkeluar tajuk sikit ye Brahimnyok..

    ReplyDelete
  18. jangan lah jadi lidah biawak. Kejab kata ni kejab kata tu. Kejab janji ini kejab janji tu. Kejab sokong tu, kejab sokong ni.


    Orang politik

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan