Friday, February 20, 2009

M. Nasir- Seniman Prolifik

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Ini sebahagian daripada penghargaan kepada Mohd Nasir bin Mohamed, atau lebih dikenali sebagai M. Nasir, seorang artis-komposer, penyanyi, penerbit, pelakon yang seusia dengan kemerdekaan negara. (sumbangan Luncai Emas)

Image

MOHD NASIR BIN MOHAMED (M.NASIR) AMN, AMP

Beliau merupakan penyanyi, penerbit muzik, pencipta lagu & lirik, pelakon, pengarah filem, penulis skrip & lakonlayar dan pelukis. Dilahirkan pada 4 Julai 1957, beliau diakui sebagai salah seorang seniman berbakat besar di negara ini.

Merupakan pengasas, pemilik dan salah seorang ahli lembaga pengarah Luncai Emas Sdn Bhd dan bertindak sebagai Pengarah Urusan. Dikenali sebagai seniman serba boleh, lulusan Diploma Seni Halus dari Nanyang Academy of Fine Arts, S’pura ini seakan berjaya menyatukan elemen seni halus dalam setiap karya beliau.

ImageKegiatan seni beliau mendapat pengiktirafan tertinggi kerajaan apabila dianugerahkan Ahli Mangku Negara, A.M.N pada 1995 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung dan pada tahun 2000 dianugerahkan Ahli Mahkota Pahang, A.M.P oleh DYMM Sultan Pahang.

Sebagai penyanyi, beliau telah melahirkan 12 album termasuk album solo dan berkumpulan. Kumpulan beliau iaitu ‘KEMBARA’ yang aktif pada era 80an telah banyak membawa perubahan dalam arus muzik Melayu. M.Nasir telah berjaya menaikkan nama ramai penyanyi sejak era 80an hingga kini.

Kemuncak pengiktirafan M.Nasir sebagai pencipta lagu ialah apabila menjadi juara tiga kali di Juara Lagu TV3, iaitu pada tahun 1994 untuk ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’, 1997 untuk ‘Ghazal Untuk Rabiah’ dan 1999 untuk ‘Andalusia’. Selain itu, beliau juga pernah merangkul juara kategori ‘Etnik keatif’ bagi 'Aduh Saliha/Mawi pada Juara Lagu 2005 dan terbaru juara kategori Pop Rock untuk lagu Juwita Citra Terindah/M.Nasir tahun 2007 ini.

M.Nasir pernah mengadakan lebih 10 buah konsert solo terbesar di Malaysia, Singapura dan Manchester, United Kingdom. Menyertai Perhimpunan Pencipta Lagu Asia di Bali pada tahun 1995 dan Perhimpunan Pencipta Lagu Sedunia di Goslar, Jerman pada tahun 2000. Album solo beliau berjudul ‘Phoenix Bangkit’ telah dianugerahkan sebagai Album Terbaik AIM 2002. Beliau sendiri telah menerima Anugerah ‘Wirama’ dalam AIM 2002 tersebut sebagai mengenang jasanya dalam industri muzik tanahair.

Selain itu, beliau terlibat dalam penerbitan lagu & muzik, lakon layar dan turut berlakon dalam filem ‘Kembara Seniman Jalanan’ arahan Nasir Jani pada tahun 1985. Pada tahun 1996 pula beliau mengarahkan filem pertamanya iaitu ‘Merah’ selain turut berlakon dan menerbitkan lagu & muzik. Beliau ada juga mengarah tiga buah klip video iaitu ‘Mentera Semerah Padi’, ‘Beradu Suratan’ dan ‘Kias Fansuri’. Dan beliau juga pernah mengikuti penggambaran filem ‘Puteri Gunung Ledang’ di mana beliau memegang watak utama sebagai Hang Tuah, yang telah ditayangkan pada tahun 2004.

Album ‘Sang Pencinta’ telah dilancarkan pada bulan Mei 2006 dan album ini dinobatkan Album Pop Rock Terbaik AIM 2007. Lagu Hitsnya Juwita Citra Terindah pula dinobatkan Lagu Terbaik dalam anugerah yang sama.

M. Nasir akan mengadakan konsert beliau 1 Mac nanti, di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut. Cuma aku tertanya-tanya, bilakah agaknya pembikinan filem arahan keduanya - Aduh Saliha - nak selesai?


8 comments:

  1. Saya tak minat sangat suara M. nasir atau si Mawi, anak didiknya itu. Tapi suami aku suka juga dengar suara mereka berdua ni..campur dengan suara sorang lagi, si Jamal Abdillah anak jati Perak tu.
    Cuma dulu saya suka melihat lukisan yang dihasilkan oleh M.Nasir..zaman zaman dok rajin melukis kat jalan lagi tu.Tak femes lagi waktu tu..

    ReplyDelete
  2. Kak Hida,
    Saya tak minat beliau secara fanatik.. Tapi masih minat M. Nasir kerana banyak lagunya yang sesuai dengan jiwa saya. Semasa belajar dulu, saya hafal Mentera Semerah Padi.

    Saya juga suka lagu semasa dia masih dalam Kembara: Ekspres Rakyat, Duit, Kerja, sebab bertemakan kehidupan rakyat marhaen..

    ReplyDelete
  3. saya suka lagu m nasir, menarik. boleh ditafsirkan ikut cara tersendiri. kebanyakannya menyentuh bab keTuhanan dan memberi semangat.

    izzudin, sekarang hidup saya dibelenggu pelbagai peristiwa, mungkin sebabnya saya kehilangan unsur ceria dalam blog saya.

    ReplyDelete
  4. waaa.... kawe pun minat kat shifu ni.... berjalan di tanah gersangggg........

    ReplyDelete
  5. Maksu, makaseh sudi jenguk. Saya dah perasan, ada sesuatu yang 'tak kena' dengan entry Maksu yang semakin hilang 'unsur humor'..

    Maksu, masalah datang dan pergi. Setiap satunya harus ditempuh.

    Banyakkan berdoa, kuatkan iman..

    Insya Allah, segalanya dapat Maksu hadapi.. Saya doakan.

    ReplyDelete
  6. Shifu67,

    ..mentari mencengkam dada,
    debu-debu berterbangan.......

    Saya sukakan lagu-lagunya sejak di bangku sekolah.

    Malah, kalu tak silap, lagu-lagu Alleycats yang meletup adalah hasil tangannya..

    "Hey Kursani, mengalirlah dikau,
    menjadi raksa mengisi belikat punggungku..."

    ReplyDelete
  7. Dulu akak suka SUDIRMAN..ha ha ha.

    ReplyDelete
  8. Iya, terkadang lagunya banyak berunsur nasihat berguna juga.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan