Monday, February 2, 2009

Pilihan Raya Kecil?

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Sumber berita daripada sebuah web, iaitu Teranungkite, akhirnya disahkan oleh TV3, 5 minit kemudian, dalam siaran Buletin Utama malam ini. Berita 'kehilangan dua ADUN' yang juga Exco Pakatan Rakyat telah membawa kepada episod akhir, iaitu perletakan jawatan mereka sebagai ADUN.

Berdasarkan perkembangan semasa, aku anggap semua ini permainan politik, apabila dua ADUN tersebut disabit kesalahan rasuah sebelum ini. Semasa ADUN Bota 'melompat' ke PR, dua ADUN kontroversi ini sudah 'hilang' entah ke mana.

Menurut Mstar, dua ADUN berkenaan menafikan ada menghantar surat meletak jawatan. Aneh, apa yang jadi sebenarnya?

2 ADUN PKR: Kami masih wakil rakyat, mahu cabar Speaker

Menafikan ada hantar surat letak jawatan hari ini

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (tengah) menjawab soalan wartawan selepas mengadakan mesyuarat tergempar dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat di kediamannya hari ini. - foto The Star oleh ZABIDI TUSIN

[DIKEMAS KINI, 12.30 TENGAH MALAM] PETALING JAYA: Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, yang berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing semalam, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker.

Pendirian kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering itu, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang menafikan telah menghantar surat letak jawatan, dijangka mengusutkan senario politik Perak.


Apa pun episod selepas ini, kemungkinan pilihan raya kecil bakal diadakan di DUN Changkat Jering dan DUN Behrang. Kedua-duanya di negeri kesayanganku, Perak Darul Ridzuan.

11 comments:

  1. Dunia politik yang serba mungkin. Falsafah politik yang kadang-kadang saya tidak faham kerana mereka hanya ada pengikut bukan kawan. Hari ini baik esok boleh jadi lawan. Peninnnnn.

    ReplyDelete
  2. yop brahim

    malam tadi - ada sedikit program sembang2 sambil pekena teh tarik - gini ajalah yop

    meletakan jawatan adalah tindakan paling sopan daripada lompat parti berdasarkan perkembangan semasa.

    dengan kes rasuah yg ditangguh - keduanya mungkin tidak ada banyak pilihan.

    jadi apa lagi yop : pandangan teman : perak akan ada MB baru.itu aja.

    tapi pagi ni keadaan semakin tidak keruan...ini saja nak menambahkan trajisnya drama aja kut...

    ngeri yop dengan permainanan orang politik ( sama aja )

    ReplyDelete
  3. tak faham!

    tapi saya dapat agak pemikiran kita sama, cikgu.

    tunggu saja.

    ReplyDelete
  4. Pokli,

    Itu sebabnya saya selesa dengan dunia pendidikan, tetapi saya sentiasa ikut perkembangan politik semasa.

    Hakikatnya saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku, sebab saya juga sependapat dengan Bro Jinggo, dua ADUN tersebut tiada banyak pilihan.

    Dengan kes rasuah bakal dibicarakan, mereka buat keputusan yang elok lah tu..

    ReplyDelete
  5. Bro Jinggo,

    MB baru? Hish, ghasenye idak le kot? Teman selesa dah Nizar tadbir Perak. Kalu ikutkan, sama semuanya, tapi Nizar ada fiqrah.

    'Drama' ni macam nak bersambung je, takde kesudahannya, sebab tu saya nak tengok episod seterusnya.

    ReplyDelete
  6. Razor,

    hehehehehe... Sama tak serupa.

    ReplyDelete
  7. Seorang pemimpin nak cover malu dek tahi yang terpalit di pantai timur sehingga sebuah negeri bakal bergolak.

    Kenapa harga maruah seorang wakil rakyat sangat murah? Mereka tak fikir halal haram ke? Amanah pengundi yang diberikan, tak takut balasan dunia dan akhirat ke?

    Semua watak dalam sitcom ini adalah Melayu beragama Islam.

    Sungguh memalukan!

    Short Talk

    ReplyDelete
  8. Tak minat langsung sy dunia politik nih...

    ReplyDelete
  9. Mr Right, ntah apa nak jadi manusia ni.

    Peliknya dua ADUN ni, senyap jer, tunjuk muka pun tak mau. Press conf pun anto orang lain.

    Saya rasa ada sesuatu yang tak kena ni..

    ReplyDelete
  10. Azlin,

    Saya ikut perkembangan, tapi untuk sertai, rasanya tidak. Arwah ayah dah lalui sepak terajang dalam politik UMNO dulu. Kasihan dia, disingkir oleh orang yang pernah menyanjungnya.

    Sejak dulu lagi, saya anggap politikus ni banyak 'main' kotor. Maaflah, itu pendapat saya.

    ReplyDelete
  11. macam2 bab politik ni, lepas satu, satu.....

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan