Saturday, February 7, 2009

Cerita Di Sebalik Serangan Israel Di Gaza

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Biarpun secara lahiriah, kelihatan seolah-olah tentera Israel 'menang' pertempuran di Gaza, mereka sebenarnya tidak dapat mencapai matlamat serangan tersebut. Kematian ribuan orang yang dicatatkan hanyalah mengorbankan wanita, kanak-kanak dan orang tua, berbanding pejuang-pejuang Hamas.

Malah, Israel mendabik dada menyatakan kononnya berjaya memusnahkan terowong, sebaliknya hanya memusnahkan bangunan-bangunan awam seperti pejabat kerajaan, sekolah, balai polis dan prasarana awam yang tidak sepatutnya menjadi sasaran mereka. Kalau ada terowong yang rosak, ia kemudiannya diperbaiki penduduk Palestin dan boleh digunakan semula dalam tempoh 24 jam selepas itu.

Dalam satu temuramah dengan media, seorang wanita Palestin menyatakan, tentera Israel hanya melalui kawasan mereka selepas menghantar robot pemusnah bom dan pesawat peninjau tanpa pemandu. Begitulah ketakutan tentera Israel terhadap pejuang Hamas sebenarnya.

Aku ingin berkongsi 20 petunjuk kepada kegagalan tentera Israel dalam memerangi Gazza selama 22 hari:

Pertama: Pejuang2 Palestin konsisten melancarkan roket kearah Negara Israel., sehingga hari yang terakhir. Pada hari yang terakhir (ke-22) briged Qassam telah membunuh 9 tentera, mencederakan 18 yang lain, melancarkan 18 roket, 24 missil hown.

Kedua: Pejuang telah meluaskan kawasan sasaran bagi roket sehingga sampai lebih 50 km(ini adalah kali pertama) dan mengenai kawasan Askar Israel yang berhampiran Tel Aviv.

Ketiga: Dof Vesglas Penasihat bekas Perdana Menteri Israel Arial Sharon (yang khabarnya masih koma) mengakui bahawa tentera Israel tidak mampu untuk menghentikan penguasaan Hamas di Gazza.

Keempat: Akhbar Haaretz berbahasa Ibrani dari Israel telah menyatakan bahawa tentera Israel telah tersalah strategi yang besar dalam perancangan.

Kelima: Akhbar Lonofel Oserfatour (Perancis) berkata Israel mengulangi kesilapan yang sama dalam perancangan ketenteraan.

Keenam: “New York Times” menyatakan Israel bukan sahaja bermatlamatkan untuk melemahkan Hamas bahkan untuk menguatkan gerakan sekular di Palestin. Dengan andaian, rakyat Palestin akan menyokong Fatah, namun semakin Gaza dibom, Hamas semakin bertambah disukai oleh rakyat Palestin, dan Presiden Mahmood Abbas dianggap tali barut barat.

Ketujuh: Penulis Jad’un livy menulis di Yediot Ahronot (akhbar Israel bahasa Ibrani) berkata “Tujuan utama bagi Israel memerangi Gaza adalah menggugurkan dan menjauhkan Hamas dari kerajaan. Tetapi perkara ini tidak boleh dicapai dengan operasi ketenteraan. Operasi ini dihentikan kerana ia gagal."

Kelapan: Prof Richard Folk pelapor khas PBB bagi hak-hak kemanusiaan di Palestin berkata “Israel telah kalah dalam peperangan untuk mendapat kerajaan yang diiktiraf oleh seluruh dunia.”

Kesembilan: Jackson Dell penolong editor di Washington Post telah menulis di bawah tajuk “Pelajaran yang keras kepada Israel”, dia telah menyatakan: “ Operasi ketenteraan Israel di Gaza telah gagal, tetapi mungkin di sana ada jalan keluar.”

Kesepuluh: Dalam akhbar yang sama, Tom Sgive menulis di bawah tajuk “Peperangan orang-orang bodoh Israel”. Dia menyatakan kebanyakan orang Israel percaya bahawa operasi ketenteraan adalah untuk waktu yang singkat dan keputusan pemutus. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Edward Copper telah menulis artikel yang bertajuk “Menghapuskan Hamas dengan kekuatan tentera adalah suatu cubaan yang kegagalan”

Kesebelas: Penulis Yahudi Doron Rewzinelm di dalam akhbar Haaretz (bahasa Ibrani) menuduh Presiden rejim Zionis telah menyebabkan Isreal membayar harga yang mahal dalam peperangan tersebut. Peperangan ini perlu dibayar dengan harga yang sangat mahal dan mengakibat kemudaratan yang tidak mampu untuk dipulihkan.

Keduabelas: Barisan tentera simpanan Israel diselubungi dengan ketakutan setelah menteri pertahanan Yahudi Ehud Barak mengarahkan supaya memindahkan ribuan tentera. Tentera ini mendapat latihan keras di utara Palestin di bawah seliaan Ehud Barak sendiri. Ini disiarkan di tv 2 Israel.

Ketiga belas: 200 orang Israel yang enggan kepada khidmat ketenteraan telah melakukan tunjuk perasaan di hadapan bangunan kementerian pertahanan di Tel Aviv sebagai tanda simpati terhadap rakan mereka yang dihukum kerana tidak berperang di Gaza.

Keempat belas: Akhbar Yediot Ahronot berbahasa ibrani menyatakan bahawa serangan Israel ke atas Gazza membawa kepada protes masyarakat dunia yang memusuhi syarikat serta premis berkaitan Israel di sarwajagat termasuk di Eropah, dan Asia.

Kelima belas: Menteri luar Israel Tzipi livni menyatakan bahawa dia menerima tanggapan baru dari media barat terhadap rejim Yahudi ketika sidang akbar di pusat akhbar Washington Amerika Syarikat pada petang Jumaat 16/1. Salah seorang wartawan telah memanggilnya sebagai pengganas.

Keenam belas: Laman web Israel ynetnews.com telah melaporkan kata-kata pegawai tentera Israel Kolonel Yigal Slovik “Saya menyarankan apa yang berlaku sekarang, kita tidak patut menyingkirkan Hamas, kerana Hamas akan mengambil pengajaran daripada konflik yang telah berlaku dan tampil lebih kuat untuk permusuhan seterusnya.” Kata2 kolonel ini menjadi tajuk utama “Hamas will grow stronger'

Ketujuh belas: Dalam laman web alzoa.com menukilkan dari akbar Tisyrin Siasah (Damascus) menyatakan bahawa dua akhbar Perancis menyebut bahawa Hamas adalah satu-satunya pihak yang mendapat keuntungan daripada peperangan 22 hari itu.

Kelapan belas: Laporan ekonomi Israel menyatakan bahawa roket pejuang Hamas menyebabkan kepada kerugian jutaan dolar yang ditanggung oleh kilang-kilang di selatan Israel.

Kesembilan belas: Laporan ekonomi Israel menyebutkan perbelanjaan untuk 50,000 tentera simpanan Israel sahaja telah mencapai 225 juta shekel.

Kedua puluh: Laporan ini juga menunjukkan perbelanjaan perang gazza sehari mencapai 130 juta shekel.

Akhirnya, ketika di sidang forum ekonomi dunia di Davos, Switzerland, baru-baru ini, Perdana Menteri Israel ditempelak dan menerima aib di hadapan khalayak forum oleh seorang pemimpin dunia iaitu PM Turki, dan jelas dia tidak dihormati kerana dosanya di Gaza.

Hakikatnya, Israel mengumumkan genjatan senjata kerana tidak mahu menyebabkan kerugian dan kekalahan yang lebih besar lagi.

Firman Allah taala:
“Orang-orang musyrikin akan dikalahkan dan akan balik lari dalam kekalahan.” (45-54)
Nabi saw bersabda;

لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا اليهود حتى يقول الحجر وراءه اليهودي: يا مسلم يهودي ورائي فاقتله.

Maksudnya: “Tidak berlaku kiamat sehinggalah kamu (orang2 Islam) memerangi yahudi sehingga mana berkata batu yang dibelakangnya yahudi “Hai Muslim yahudi di belakangku bunuhlah dia. (Hr Ahmad dan Baihaqi – Hadis sahih)

Cuba fikirkan; Kalau batu pun membantu untuk membunuh Yahudi pengganas, masih ada manusia yang beragama Islam ingin membantu mengembangkan ekonomi Yahudi dengan membeli dan menjual barangannya.

Ada juga pemimpin dan rakyat yang berkata, “Susahlah, macam ni semua nak boikot” .

Inilah tuhan sebut dalam al-Quran:
“Maka kamu akan melihat orang2 yang hatinya ada penyakit nifaq akan segera menolong musuh-musuh Islam Yahudi dan kristian dengan beralasan “Kami takut akan ditimpa bencana kalau tidak membantu mereka” Maka pasti Allah akan memberi kemenangan kepada ummat Islam atau memusnahkan mereka dgn azab dari Nya sehingga orang2 munafik yang menolong mereka akan menyesal kerana menolong2 musuh2 yahudi dan nasrani.” (52: al-Maidah)

Boikot bukan sekadar strategi tetapi suatu hukum yang diwajibkan oleh ulama haraki seperti Yusuf Qardawi, Mufti kerajaan Dr Ali Jumuah dan ulama Saudi syeikh Abdullah jibrin, ulamah wahabi syeikh albani, ulama ekonomi Islam Dr Husain Shahatah dan juga ulama sedrhana Dr Nasr Farid (Bekas mufti Mesir yang telah mengharamkan rokok).

Rujukan: Buku Al-Muqataah oleh Dr Khalid Said, Tafsir Sobuni, Sofwatul Ahadees oleh Abdul Qadir kattani, laman web 1. alalam.ir 2. ynetnews.com 3. alzoa.com

7 comments:

  1. nak kena singgah balik, dan baca

    ReplyDelete
  2. Maksu tau tak, suasana di perak cool jer, tapi tak menggambarkan keseluruhan.. Ada rasa tak puas hati yang terpendam... Saya dapat rasakan, di mana-mana di kawasan saya..

    ReplyDelete
  3. Cikgu Izzuddin..

    Tuan Guru Nik Aziz minta MB Nizar menurut perintah Sultan. Kemudian PR kena kaji semula kenapa situasi di Perak itu berlaku. Ramai yang kata salah DSAI sebab dia yang memulakan idea "lompat" parti. Masa 16 Sept tahun lepas, idea lompat parti tu bermula..yang sebenarnya DSAI cuma buat havoc untuk mengelirukan UMNO, tak sangka pulak UMNO betul-betul gunakan idea tu untuk ambil Perak. Namun saya percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hari ni di Malaysiakini menyebut, Karpal Singh suruh DSAI step down sebagai ketua PR.

    Entahlah cikgu Izzuddin..penat memikirkan pasal politik sekarang ni..

    ReplyDelete
  4. nak tengok betapa dahsyatnya serangan bom fosforus putih di sini:

    http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/2009/02/gambar2-dahsyat-kekejaman-israel-hujan.html

    ReplyDelete
  5. Tirana, setuju dengan pandangan TGNA, dan sebagai rakyat Perak, saya turut sedih dengan apa yang berlaku sekarang.

    Saya sedih dengan cara kita melihat institusi raja, kerana sultan, adalah simbol perpaduan rakyat.

    Saya rasa konflik ini tak jadi jika tiada kes lompat parti daripada ADUN yang berkenaan.

    Kalau tiada sultan, kita akan jadi seperti Tibet. Tapi sultan juga harus ingat, sebenarnya hal ini takkan berlaku jika DUN dibubarkan, sebab rakyat berhak menentukan siapa yang akan memerintah.

    Allah menguji, dan rakyat atau sultan, sedang menerima ujian itu sekarang.

    ReplyDelete
  6. Kasim, makaseh sudi tinggalkan jejak.Insya Allah saya ke blog berkenaan.

    ReplyDelete
  7. apa yang berlaku di perak adalah politik kotor puak yang busuk hati dengan gerakan Islam khususnya PAS.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan