Wednesday, February 4, 2009

Mesyuarat..

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Apa yang aku faham tentang mesyuarat, ialah ia merupakan satu proses membincang, merumus dan membuat keputusan dalam sesuatu organisasi.

Kadangkala, mesyuarat boleh menjangkau masa hingga 2 atau 3 jam. Efektifkah mesyuarat, jika ahli mesyuarat keletihan, hilang fokus atau tidak turut serta dalam perbincangan?

Dalam satu mesyuarat, kekadang pengerusi mesyuarat atau Ketua Jabatan hanya bercakap apa yang ingin dikatakan, tanpa mengambil kira kehendak ahli mesyuarat. Akhirnya, masa mesyuarat terbuang begitu sahaja kerana hanya pengerusi yang bercakap dari awal hingga ke penamat mesyuarat.

Asal perkataan mesyuarat ialah musyawarah; iaitu perbincangan. Oleh yag demikian, seharusnya ada rasa tanggungjawab untuk pengerusi memastikan mesyuarat menjadi efektif dan berkualiti. Elakkan membebel, atau menceritakan hal-hal yang tidak perlu.

Sekiranya pengerusi berjaya, mesyuarat yang 30 minit pun mampu menghasilkan keputusan yang hebat.

8 comments:

  1. dalam maksud nih...


    gi la pejabat lama saya.

    start jam 4, habis jam 8setengah malam

    non muslim katanya....

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang nama je mesyuarat, tapi lebih pada taklimat sebab tue jadi satu hala sahaja

    ReplyDelete
  3. Terjadi begitu...

    Adakah kerana ahli mesyuarat tidak dapat menerima hari, masa untuk bermesyuarat?

    Adakah ahli mesyuarat tidak mahu turut serta dlm mesyuarat (memberi idea) kerana takutkan idea itu memakan diri?

    Apa-apa pun bergantung pada fokus ahli mesyuarat sering atau tidak dengan kehendak pengerusi mesyuarat... ketuk kepala tanya minda...

    Apa komen sdra?

    ReplyDelete
  4. itu mesyuarat tingkap namanya...

    ReplyDelete
  5. Razor,
    Laaaaaaaaaaamanyeeeeeeeeee...

    Mesyuarat ke tu?

    Sabo jer lah..

    ReplyDelete
  6. Siti, kekadang masa tu saya surf itnet, tapi point-point penting memang saya alert..

    ReplyDelete
  7. Lan, adakalanya aku rimas dengan jumlah mesyuarat yang banyak, tapi hasilnya tidak seberapa. Maksud aku, dari segi keputusan, tidak jelas, tergantung dan dibawa ke mesyuarat akan datang... Tu yang 'hangin' satu badann tu...

    p/s: Hang siok la BN dapat balik Perak, yer?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan