Saturday, February 21, 2009

Kenangan Lucu Bersama Arwah Mak..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Senario 1 (Satu hari dalam tahun 80-an)

Trettttt..tet..tet....... Bunyi motor ayah memecah suasana petang itu. Mak yang tunggang Honda lampu bulat keluaran 1977 itu. Mak baru belajar sebenarnya. Sebelum itu, ke mana-mana pun mak hanya berbasikal. Ke kelas mengaji, ke kedai, hanya basikallah kenderaan yang mak guna.

Tapi dua tiga hari sebelum ini, mak tercabar apabila jiran-jirannya sudah pandai bermotor. Mak pun belajar tunggang motor. Itupun jika ayah tak gunakan. Sebenarnya, hanya itulah kenderaan keluargaku pada waktu itu.

Ketika itu, Oun, adik lelakiku berada di laman rumah sambil membersih laman. Mak sempat melambai tangannya ke arah Oun, dan berlalu. Oun terus menyambung kerjanya membersih laman rumah.

Dalam tempoh sedetik, bunyi motor tidak lagi kedengaran. Oun mendongak lalu memerhati sekeliling.

"Oh, mak dah pusing seluruh kampung nampaknya," getus hatinya.

Tidak lama kemudian, Oun terdengar bunyi merintih memanggil-manggil namanya.

"Oun...... Oun..." suara mak kedengaran sayup dan lemah.

Oun bingkas cepat-cepat ke arah suara itu. Dia pasti suara mak memanggilnya.

Rupanya, mak 'ter'pulas trotel minyak Honda sehingga motor tersebut mencanak masuk ke belukar lalang di tepi jalan. Mak dan Honda lampu bulat terus terbabas masuk ke hutan lalang yang setinggi pinggang orang dewasa.

Yang kelakarnya, mak bimbang kalau-kalau ada jiran yang nampak dia terbabas masuk ke hutan lalang.

Dalam keadaan kami risaukan kecederaan yang mungkin dialaminya, mak bertanya dengan suara perlahan, " Ada orang nampak mak terbabas ke?" tanyanya sambil tersenyum sumbing.

Syukur, mak tak apa-apa.

Senario 2 (Tahun 90-an)

Ketika belajar di Serdang, Selangor pada tahun 90-an, aku sering menghubungi mak dan ayah dengan surat dan telefon awam. Zaman itu, mana ada telefon bimbit. Kalau ada pun, hanya mampu digunakan oleh orang kaya.

Memang aku ada sedikit kelebihan mengajuk suara lelaki India.

Satu hari, aku telefon mak, seperti biasa untuk bertanya khabar. Entah mengapa, tiba-tiba, rasa nak 'menyakat' mak, lalu aku ajuk suara seperti India mabuk todi.

Aku : Incik Ali (ayahku) ada ka?
Mak : Sapa ni?
Aku : Saya mau kasi tau, itu Incik Ali ada hutang sama saya. (nada marah)
Mak : Hutang? Iya..iya ke? (nada suara mak ketakutan). Tak tau... Tak tau. PAP!!

Mak letak telefon, tanpa sempat aku menjelaskan keadaan sebenar.

Aku telefon semula mak, dengan rasa bersalah. Aku harap mak akan sambut panggilan itu. Mak sambut sambil menangis, memberitahu aku yang ayah ada berhutang dengan seorang lelaki India. Mak bimbang ayah akan 'diapa-apakan'.

Aku rasa bersalah sangat, kerana 'berlakon' dengan niat menyakat mak. Aku jelaskan keadaan sebenar dan memohon maaf daripada mak. Hakikatnya, ayah bukan seperti itu. Kami ketawa sama-sama selepas semuanya jelas. Apabila hal itu diceritakan kepada adik beradik lain, ia menjadi modal untuk kami gelak sampai tak kering gusi.

Sebenarnya, aku rindu pada mak. Biarpun mak dah tiada di dunia ini, aku masih rindukan senyuman mak, masakan mak (aku rasa, masakan mak paling sedap di dunia) dan kenangan bersama mak tetap kekal dalam hati. Tiada ganti untuk mak.

Moga mak dan ayah ditempatkan dalam kumpulan orang beriman. Al-Fatihah...


14 comments:

  1. salam cikgu..sedih la pulak...alhamdulillah saya masih ada kedua org tua.tapi takut jugak kehilangan mereka...memang semua yg hidup ini akan mati,tapi..iyalah.takut untuk menghadapinya....semoga kedua arwah org tua cikgu ditempatkan dikalangan org yg beriman..amin..

    ReplyDelete
  2. Jue, hargai mak ayah ketika masih ada depan mata..

    Senangkan hati mereka, jangan mudah sentuh hati dan perasaan mereka. Sangat sensitif pada usia senja..

    ReplyDelete
  3. Kenangan manis yang tak dapat dilupakan biarpun mereka telah tiada..Sesekali bila terkenang sekurang-kurangnya menjadi pengubat rindu. Saya pun ada kenangan dengan arwah ayah..memang tak boleh lupa hingga sekarang..

    ReplyDelete
  4. Kenangan mungkin beribu. Tapi yang pergi pasti tak kembali lagi. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  5. Brahimnyok,
    oleh kerana anda rasanya sebaya ngan adik, meh sini saya nak tolong sekeh sebab menyakat..!

    Memang sedap nak menyekeh orang ni.

    smile..

    ReplyDelete
  6. Cikgu ein.. kenangan akan tetap segar dalam ingatan walau selama mana pun masa itu pergi.. sama ada mereka ada atau sudah pergi hanya kenangan sahaja yang mampu membuatkan kita gembira dan sedih apabila mengenangkannya.. Bila rindu.. hanya kenangan yang ada untuk dikenangkan ;)

    Semoga roh arwah mak cikgu bersama mereka yang dicucuri rahmatNya..

    ReplyDelete
  7. Tirana,

    Mak dan ayah, kedua-duanya amat bermakna dalam hidup. Saya 'cemburu' tengok orang yang masih ada kedua-duanya. Tapi andainya mak ayah tak dihargai, alangkah sedihnya.

    Pokli,

    kekadang kisah begini bukan lucu, sebaliknya menyebabkan saya bertambah haru... terkenang deme.

    ReplyDelete
  8. Kak Hida,

    "Adoi!... Adoi,... sakitnyer."

    hehehehehehehehehehe

    Iina,

    Begitulah keadaannya. Bertambah hari berlalu, bertambah pulak usia kita.

    ReplyDelete
  9. Aku juga ada pengalaman mengajar emak aku naik motor. Emak tunggang, aku bonceng, sekali masuk parit, lepas tu emak tak berani naik lagi. Sampai sekarang emak aku tak pandai tunggang motor.

    ReplyDelete
  10. Salam Din, lama tak jengah blog hang rasa rindu pulak. Almaklum sibuk sokmo. Sebut pasal mak ni, sayapun rasa terpanggil untuk berkongsi perasaan. Memang 'air tangan' mak tiada siapa boleh lawan. Kepada Din, perbanyakkanlah menziarahi sahabat mak yang paling rapat kerana dgn itu akan menjalinkan hubungan silaturrahim sesama manusia dan mengekalkan hubungan tersebut. Impaknya roh simati akan bahagia dgn amalan anaknya itu. Hal ini memang ada disebutkan dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. yang muktabar. Semoga amalan kita diterima Allah s.w.t. Insya Allah.

    ReplyDelete
  11. amvoi brahimnyior... sian kat mak.

    al-Fatihah.

    ReplyDelete
  12. Puterabumi,

    Teman buleh bayangkan mike dan mak jatuh terbabas tu,... hehehe..

    ReplyDelete
  13. Cikgu Rasid,

    Betoi tu. Insya Allah saya ziarahi rakan taulan mak..

    Bila nak kursus sama lagi, yer?

    Buku yang kita buat ari tu, KPM dah terbitkan ker? Senyaaaaaaaap jer..

    ReplyDelete
  14. Maksu,

    'Kesian' bertukar jadi kisah lucu semasa kami bersembang dengan arwah mak, dulu...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...