Wednesday, February 4, 2009

Banggakah Bila Merogol Demokrasi?

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Kasar tajuk entry kali ini, sesuai dengan apa yang berlaku di negeri kesayanganku, Perak Darul Ridzuan. Keadaan politik yang haru biru menampakkan tanda-tanda akan bertambah kusut.

Kerajaan yang dipilih rakyat, melalui amalan demokrasi secara tertibnya dipilih melalui pilihan raya, sama ada pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum. Bagaimanapun, apa yang berlaku dalam seminggu ini sukar kutelan... Mana mungkin politik boleh bertahan melalui lompat parti dan memperjudikan kertas undi para pengundi?

Aku sebak apabila mengetahui kerajaan yang dipilih dalam pilihan raya lalu telah tumbang dek lompatan ADUN yang mengingkari hak kami yang mengundi mereka.

Sekarang, pastilah sudah BN kembali boleh membentuk kerajaan, melalui cara yang tidak demokratik, iaitu merogol dan memperkosa sistem demokrasi yang sepatutnya dipertahankan.

Aku semakin tidak faham, mengapa melompat parti boleh dibenarkan, semata-mata untuk survival politik golongan tertentu.

Jika ahli politik berkenaan sanggup menerima bayaran yang 'lumayan' untuk melompat parti dan mengetepikan kehendak rakyat, kepercayaan rakyat akan hilang.

Dan pada hemat aku, jika begini caranya TPM bertindak, malanglah nasib rakyat Malaysia selepas bulan Mac nanti.

Kata orang, ada duit, semua boleh jadi, cukup untuk menjelaskan maksud aku.

Sehingga berita ini kucatat, keputusan pembubaran DUN Perak masih tergantung kerana YAB MB Perak 'menyerahkan kepada sultan' tentang perkara itu.

Hemat aku yang kurang cerdik ini; Sultan akan menerima pembentukan kerajaan BN di Perak, dan pilihan raya DUN Perak tidak akan diadakan.

10 comments:

  1. Cikgu Izzuddin...

    Saya tak setuju kalau bagi terus kat BN, lebih baik buat semula pilihanraya..bagi kuasa pada rakyat untuk memilih sekali lagi.. Jahat betul la BN ni...Rasa macam nak sumpah jadi katak aje..hehehe

    ReplyDelete
  2. Nuha, secara peribadi, saya anggap mengadakan semula pilihan raya adalah lebih sesuai untuk mendapatkan mandat rakyat.

    Nuha? Macam nama anak saya...

    ReplyDelete
  3. yop

    teman rasa macam - kena tali gantung - apalah TAHANA besor benor ni....

    tapi jangan lupa yop - dari Peraklah akan tercetusnya berubah seterusnya.

    semua orang marah !!

    ReplyDelete
  4. Terkedu dgn apa yg berlaku...
    :(
    ~teman pun , Perakian jgk... ~

    ReplyDelete
  5. Siapa yg runtuhkan kerajaan PR... BN atau PKR? Kemana perginya DSR Anwar Ibrahim? Mungkinkah PAS hanya menjadi mangsa rakan sendiri?.... tambahan pula PAS dpt jadi MB pun hanya secara tak sengaja je... (Masalahnye PAS lupa dia dapat jadi MB hanya secara kebetulan je) .....renung-renungkann.

    sebagai klu.... lihat angka ini

    DAP 17 Bebas 3 UMNO 26
    PAS 6 MCA 1
    PKR 6

    masa ADUN Bota masuk PKR, dia dikatakan telah berhijrah bukan lompat.... dia telah menghidupkan demokrasi.... tidak bertentangan dgn perlembagaan negara yg mengatakan tiada halangan untuk sesiapa berpersatuan... YB nizar kata (masa tu)... akan ada 3 org lagi ADUN BN ikut langkah ADUN Bota.

    Sekarang.... bukankah kesnya sama je!

    ReplyDelete
  6. kpd jinggo.... tolong renung angka2 ni juga.... tapi bukan suruh renung tikam nombor ekor.... hehehe

    DAP 17
    PAS 6
    PKR 6
    -
    Bebas 3
    -
    UMNO 26
    MCA 1

    ko kata.... semua orang marah !!.... errr... rasanya kalau guna perkataan ramai orang marah!!, mungkin lebih tepat... pasal ada ramai juga yang tak marah!!.... hehehe

    ReplyDelete
  7. Bro Jinggo, rupenyer shifu67 lain pendapatnya,.. Takpelah, tapi saya harap dia masih mengekalkan adab budi bahasa dalam berbicara..

    ReplyDelete
  8. http://pkrpasdap.blogspot.com

    ramai orang tak cerdik dan buta...siapa mulakan lompat parti dan tergila-gila mahukan kerajaan lompat?

    bila jadi kat Pakatan, kenapa tak dikatakan adil????

    ReplyDelete
  9. Tindakan survival dan rencah nikmatnya dalam dunia politik kini bukanlah untuk golongan yang tidak berjiwa seperti mereka...

    Kaedah bersilat dan pasak kuda2 amat berbeza setiap pemain silat. Orang di luar gelanggang akan kebingungan apabila melihat mereka berpencak..

    Itulag bezanya dunia politik dalam kehidupan realiti.... Menarik bukan?

    ReplyDelete
  10. Pembangkang mengata dulang paku serpih
    Oleh ZULKIFLEE BAKAR
    zulkifli.bakar@utusan.com.my

    MASIHKAH kita ingat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun lalu, arena politik negara berada dalam keadaan tidak stabil apabila Barisan Nasional (BN) yang tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen 'telah diancam' akan tumbang.

    Segalanya kerana karenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan sasaran untuk memastikan kerajaan BN tinggal sejarah pada tanggal 16 September 2008. Ketika itu Anwar dengan penuh angkuh menyatakan bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang atau dalam istilah politiknya melompat parti.

    Walaupun ketika itu usaha Anwar dianggap tidak demokratik tetapi beliau tidak mempedulikannya malah pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dijadikan medan untuk 'menggemparkan' lagi negara dengan slogan 'dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.

    Tetapi akhirnya impian hanya tinggal impian. Tanggal 16 September berlalu begitu sahaja dan BN terus memerintah. Namun malangnya apabila BN kembali menguasai Perak berikutan langkah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti dan diikuti oleh ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang kembali kepada UMNO selepas 10 hari menyertai PKR, pembangkang menganggap apa yang berlaku adalah tidak demokratik....... Utusan Malaysia Online, 6 Feb 2009

    Terimalah apa yg telah terjadi dengan redha.... kerana segalanya dalam ketentuan Allah yang maha kuasa..... tak payah melatah, mencarut tak tentu hala

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan