Friday, February 27, 2009

Kenaikan Kadar Tol Membebankan Rakyat


Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin meleset, kehidupan rakyat telah terjejas. Semakin ramai yang diberi cuti tanpa gaji, dan lebih malang lagi apabila ada yang dibuang kerja. Majikan yang ingin mengurangkan kos, akan mengecilkan saiz pekerja bagi 'survival' syarikat dalam suasana yang tidak menentu ini.

Ibarat "sudah jatuh ditimpa tangga", pengumuman Kementerian Kerja Raya tentang kenaikan kadar tol di lima laluan lebuh raya pasti mengundang masalah tambahan kepada rakyat. Ia juga menimbulkan reaksi kurang senang Perdana Menteri, beberapa orang menteri dan pihak pembangkang. Rasanya, itu jugalah yang dirasakan rakyat sekarang.

Dalam reaksi segera, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri yang sedang berada di Pattaya, Thailand berkata, beliau akan meminta Kabinet memperhalusi kewajaran menaikkan kadar tol dalam keadaan ekonomi sekarang.

Pondok tol PLUS yang menangguk di air keruh

Seorang rakan yang kebetulan pengguna tetap lebuh raya berkenaan menghubungiku, dengan rasa geram melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan membuta tuli kerajaan ketika rakyat dihimpit kemelesetan.

"Syarikat tol lebuh raya tiada hati perut, kementerian (Kerja Raya) hanya pak turut." Katanya sambil mengharapkan rakyat memberi amaran kepada kerajaan melalui pilihan raya kecil yang bakal berlangsung April nanti.

Aku faham perasaannya, tetapi ramai menteri dan pembuat keputusan di 'atas sana' tidak memahami apa yang sedang dilalui rakyat sekarang.

Tidak hairanlah, mengapa parti pemerintah sekarang semakin tidak mendapat sokongan rakyat.



6 comments:

  1. Cikgu Izzuddin...

    Orang2 yang kat atas sana tu mana nak faham situasi orang2 kat bawah ni..sebab mereka boleh main lompat katak, dapat juta-juta.Lalu ikut tol kena bayar rm100 pun tentu masih tak terasa. Rasa saya, ketika saya tinggal di Australia dulu, satu tol pun saya tak pernah jumpa. Jalanraya mereka lagi hebat daripada jalanraya kita. Tak tahu kenapa di Malaysia ni banyak sangat tol.

    ReplyDelete
  2. Kak,

    Rakyat Malaysia sering dimomokkan dengan berita yang tidak tepat, kononnya kitalah yang paling berkebajikan..

    Sudahnye, hampeh semuanya..

    Sabo jer lah..

    ReplyDelete
  3. kalaulah boleh sepakat pulau je tol tu. semua pakat lalu takyah bayar.

    bankrap depa.

    ReplyDelete
  4. dorang tu mana ada mengenal rakyat, except simbol 'dot dot dot' tu jer :(

    ReplyDelete
  5. Khairi,
    makaseh singgah.

    Itu le masalahnya. Kalu boikot, nak lalu mana lak?

    Jalan alternatif tak dinaiktaraf.. Rakyat takde pilihan, akhirnya terpaksa guna hiway dan bayar tol dalam paksa rela..

    ReplyDelete
  6. Maksu,

    Wah, dah macam ahli politik lak Maksu...

    Dah Ok? postinglah cerita macam dulu-dulu.. tersengih saya membacanya..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...