Wednesday, February 25, 2009

Proses Penuaan

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Apa Itu Penuaan

Manusia dalam hidupnya akan melalui empat tempoh masa iaitu masa kecil atau kanak-kanak, masa remaja, masa dewasa, dan yang terakhir masa tua. Setiap makhluk Allah akan melewati empat tempoh masa ini.

Pada masa kanak-kanak dan remaja, hidup manusia rata-rata mengalami kesihatan yang sempurna. Kalau ada pun mereka sakit, proses penyembuhan mereka secara relatif sangat cepat.

Bagaimanapun, ketika mulai menginjak ke alam dewasa dan masa tua, hidup manusia akan mengalami masalah-masalah pada kesihatan tubuh badannya seperti misalnya kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, dan pelbagai lagi penyakit yang biasanya disebut penyakit tua.

Sudah nyatalah ketika seseorang menginjak masa dewasa, mereka mengalami proses yang dikenal dengan proses penuaan. Jadi proses penuaan ini adalah proses menurunnya kualiti organ yang ada di dalam tubuh manusia.

Menurut hasil penelitian Dr. Daniel Rudman yang diterbitkan di New England Journal of Medicine, merumuskan penuaan dikategorikan sebagai suatu penyakit, dan penyakit penuaan disebabkan kerana kekurangan salah satu hormon. Hormon tersebut adalah hormon pertumbuhan manusia.


Gambar 1 Dr Daniel Rudman


Kesan kekurangan hormon pertumbuhan manusia ini ternyata mempengaruhi ukuran dan fungsi dari organ-organ yang terdapat di dalam tubuh. Sebagai contoh adalah pada otak dan ginjal.


Gambar 2 Otak Mengecil

Pada gambar 2 terlihat terjadi pengecutan otak sebanyak 30% pada otak seseorang yang berumur 70 tahun. Tidak hairanlah jika manusia pada umur 70 akan mengalami simptom-simptom dan penyakit-penyakit yang berhubungan dengan otak seperti Parkinson.


Gambar 3 Ginjal Mengecil

Pada gambar 3, gambar organ ginjal pada manusia berumur 70 tahun yang mengalami pengecutan dan warnanya yang kehitam-hitaman.

Akibat pengecutan menyebabkan menurunnya fungsi ginjal dan pada tingkat terendah, seseorang akan kehilangan fungsi ginjalnya yang biasa dikenal dengan nama kegagalan ginjal.

Selain otak dan ginjal, hakikatnya seluruh organ yang ada di tubuh manusia seperti kulit, jantung, paru-paru, dan organ yang lain juga turut sama menurun fungsinya.

Bukanlah sesuatu yang menghairankan pada seseorang yang berumur 70 tahun, mereka akan mengalami komplikasi berkaitan kesihatan mereka.


Persoalannya, mengapa seseorang mengalami penuaan? Ada tiga faktor yang sangat mempengaruhi penuaan tersebut. Mengikut jurnal perubatan, tiga sebab utama penyebab proses penuaan ialah:

  1. Cara hidup
  2. kekurangan hormon
  3. Persekitaran

Dua faktor penyebab penuaan datangnya dari luar diri manusia yaitu cara hidup dan persekitaran. Cara hidup yang tidak sihat seperti jarang atau tidak pernah bersukan, makan makanan yang berlemak, kurang makan serat, kurang istirahat, Stress yang tinggi, dan merokok yang diamalkan oleh masyarakat moden hari ini.

Persekitaran yang negatif seperti asap rokok, asap kenderaan bermotor, zat-zat pengawet, dan bahan-bahan kimia yang ada di sekeliling kita. Kedua-dua penyebab inilah yang datang dari luar tubuh manusia.

Penyebab kedua yang tidak kita sedari iaitu kekurangan hormon.


Gambar 5 8 Hormon Utama Manusia

Pada gambar 5 ada lapan hormon utama pada manusia. Testosteron, progesteron, dan estrogen adalah hormon yang bertanggung jawab atas reproduksi manusia.

Kekurangan hormon ini akan mengakibatkan menopause pada wanita dan andropause pada lelaki. Hormon DHEA adalah hormon yang bertanggungjawab menurunkan risiko seseorang menghidap kanser. Seseorang yang kekurangan hormon ini, amat berisiko menghidap kanser berbanding mereka yang kadar hormon DHEA-nya normal. Hormon insulin adalah hormon yang bertanggung jawab dalam metabolisme glukosa (gula) di dalam darah. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan seseorang berisiko menderita penyakit diabetes mellitus (kencing Manis).

(disesuaikan daripada jurnal perubatan Jakarta)

Ironinya, kita selalu minta berdoa agar panjang umur, tetapi 'takut' melalui proses penuaan. Tidakkah kalau panjang umur menjadikan kita semakin tua?



12 comments:

  1. tua mengejar kita-fauziah latiff

    ReplyDelete
  2. Waduhhh, lama sekali enggak ketemu. Gimana kerjaan bapak? Udah selesai?

    Lama dok cektong, mu sihat ko, Razor?

    ReplyDelete
  3. Semoga hidup tua yang berkat, bukan melarat

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Apakah benar lelaki yang berusia 30an ke atas merasakan diri Berjiwa MUDA walaupun diri TELAH berusia TUA?

    ...err tolong jawap soalan Kak Hida dalam entry 'BAHASA kita'. Cikgu Bahasa kan?terima kasih.

    ReplyDelete
  6. kalu nak pjg umur kena jadi tua juga ler, dan mengalami segala proses penuaan dan pengecutan tu, kan.

    kalau tak, minta berkat dan rahmat dari Allah swt, cukup ler :)

    ReplyDelete
  7. Kalau masa muda kita berminyak wangi...dah tua berminyak angin. Itu tanda jelas kita dah tua. Kan?

    ReplyDelete
  8. Betul Pokli,

    Makin lama usia, itulah yang kita pohon, "..moga hidup diberkati.."

    Tapi ada orang yang makin lupa diri dan Tuhan apabila makin berumur..

    ReplyDelete
  9. Huy, susah gak soklan tu. Nanti saya bagi pandangan di blog kak..

    ReplyDelete
  10. Maksu,

    Kita doa minta Allah berkati hidup, tak perlu panjang umor, kot?

    ReplyDelete
  11. Sdr Rozlan, minyak wangi masa muda, minyak angin ketika tua... Simbolik sungguh...

    Tapi brgitulah hidup kita, bertambah usia bermakna makin dekatlah dengan penghujung.

    Tapi masih ramai yang tak sedo2..

    ReplyDelete
  12. hidup - insya-allah.
    mati - kemestian.

    penuaan - alam yg terpaksa ditempuhi jika umur panjang.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...