Sunday, November 8, 2009

Perspektif Saya: Final Piala Malaysia

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.



Foto ehsan Utusan Online

Kekalahan Kelantan dalam final Piala Malaysia pastilah mengecewakan peminat dan sebahagian besar penonton yang membanjiri Stadium Bulit Jalil malam tadi.

Hemat saya, Kelantan tidak bermain seperti yang sepatutnya. Permainan yang diharapkan berkualiti ditenggelamkan oleh kekalutan barisan pertahanan dan kegagalan penyerang menyudahkan hantaran.

Gol pertama NS berpunca daripada kesilapan pertahanan Kelantan yang tidak membuat usiran atau 'clearence' dengan cepat. Gegak gempita di Stadium Bukit Jalil senyap seketika dengan gol pertama tersebut.

Selepas itu, permainan NS lebih menjadi. Kawalan bola dari bawah ke tengah padang sering menguji Halim Napi, manakala pemain Kelantan yang diterajui Indraputra Mahayuddin gagal menyinar. Ketika NS kerap melakukan serangan dari sepakan sudut, pemain lawan masih tercari-cari rentak. Mereka boleh membawa bola sehingga ke tiga suku padang, tapi apabila menjengah ke kotak penalti, pasti dirembat pertahanan NS.

Secara peribadi, saya berharap Kelantan menjuarai perlawanan akhir malam tadi, tapi selepas gol kedua oleh Hairuddin Omar, saya yakin harapan itu semakin mengubur. Zaquan Azha memang boleh merancang gerakan berbahaya, dan itulah yang menjadi kunci gol NS malam tadi.


Kepada semua peminat bola tanah air, terimalah keputusan ini. Yang terbaik pasti menjulang piala keramat tersebut. Tahniah juga kepada semua petugas media yang berjaya menghebahkan final ini menjadi lebih popular; diperkatakan di akhbar, radio, TV dan seumpamanya.

Tahniah juga kepada polis yang berjaya mengawal keadaan stadium yang berdentam dentum dengan mercun yang entah dari mana datangnya.

Tahniah juga kepada Bomba dan Penyelamat yang dapat mengawal kebakaran kecil di ruangan penyokong Kelantan ketika pemain sibuk di padang.

Adat pertandingan, ada kalah dan menang. NS memang layak bergelar Juara Piala Malaysia 2009.

3 comments:

  1. Salam sdr. Brahim.

    Hakikatnya N9 berhak untuk menang berdasarkan prestasi permainan malam tadi. Kalau Kelantan menang dengan corak permainan begitu, tidaklah membanggakan. Kalau menang pun menang nasib.

    Tahniah N9. Kesal juga kerana masih ada binatang-binatang yang terlepas ke dalam stadium menyusup bersama manusia menonton bola. Kerusi dibakar, orang diprovoke.

    ReplyDelete
  2. yop - teman bukan kaki bola tapi ikuti perkembangan..
    semalam ada kem - semua guru pengiring ( kelantan ) hilang dari kem....
    malam dapat tahu kelantan kalah
    keluar kem - dapatkan akhbar.
    kenapa ada aktiviti baling kerusi.......

    ReplyDelete
  3. Hurm....sy tak minat bola. Layan games masa2 tertentu aje...4 thn sekali...Piala Dunia.

    Itu pun sbb TV dikuasai sepenuhnya oleh suami...terpaksalah happy kan diri menonton sama.

    Ataupun time Liga Inggeris....samalah mcm td bila TV di rumah asyik tayang itu aje dan remote pula di tgn suami.

    Skrg ok skit sbb dh boleh beralih ke blog....haha.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan