Thursday, November 12, 2009

Jambatan Runtuh, Yang Naya Cikgu Juga!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Dalam siasatan KPM yang dimaklumkan oleh Menteri Pelajaran, kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Kuala Dipang dikatakan berpunca daripada struktur asas binaan jambatan yang lemah.

Struktur binaan tidak kukuh mungkin punca jambatan runtuh: Muhyiddin (Berita Harian Online)

KUALA LUMPUR: Siasatan awal kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar, mendapati struktur binaannya yang tidak kukuh mungkin punca kejadian yang mengorbankan tiga murid bulan lalu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan awal Jabatan Kerja Raya (JKR) itu juga mendapati pembinaan jambatan berkenaan tidak mempunyai pelan lengkap.

Bagaimanapun, katanya, siasatan terperinci sedang dilakukan jawatankuasa khas dengan membabitkan pelbagai agensi termasuk JKR, polis negeri Perak dan kerajaan negeri.

Hakikat yang berlaku selepas tragedi itu, guru di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil, turut mendapat tempiasnya.

Menurut Setiausaha Agung NUTP, guru berkenaan menghadapi trauma dilabel sebagai pembunuh oleh rakan taulan ibu bapa mangsa yang terbunuh dalam tragedi berkenaan.

Kasihan cikgu, niat yang baik disalahertikan. Memanglah kehilangan nyawa dalam tragedi itu sesuatu yang sukar diterima, tetapi itulah takdir yang perlu dihadapi oleh pihak yang terlibat.

Menyalahkan guru adalah satu tindakan yang tidak baik, kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada profesion ini pada mata masyarakat.

Biarpun tragedi itu mengorbankan tiga nyawa murid yang tidak berdosa, janganlah ada pula guru yang menjadi mangsa akibat tindakan segelintir manusia yang kurang akal. Dalam hal ini, KPM, JPN dan PPD wajar membuat sesuatu jika didapati nyawa guru terancam. Jangan bertindak lambat, seolah kurang aspek penjagaan kebajikan warga pendidik. 

4 comments:

  1. yg saya tak boleh terima kalau murid kena pukul dengan cikgu, pastu mereka kepada ibu bapa..

    pasti ada sebab cikgu itu memukul bukan?

    ReplyDelete
  2. Amir,

    Cikgu terikat dengan perintah am dan etika perguruan. Tak boleh sambalewa pukul murid.

    Salah jika bertindak melebihi batasan. Tapi saya yakin cikgu ambil tindakan sebab ada kesalahan disiplin yang dilakukan pelajar.

    Ibu bapa jangan cepat 'melatah', sebaliknya bersyukur sebab masih ada yang sudi membetulkan kesalahan anak-anak mereka.

    Tapi zaman dah berubah..

    ReplyDelete
  3. sy suspect ni ada unsur2 rasuah. cikgu rasa bagaimana?

    ReplyDelete
  4. susah nak fikir... byk berkait sana-sini :(

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan