Friday, November 6, 2009

Akhirnya Kekusutan Dr. MAZA Terlerai Juga

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Asri: PGSM janji mohon maaf, tarik balik tuduhan

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) telah memberi jaminan bertulis untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik semua tuduhan terhadapnya.
Katanya, jaminan bertulis itu ditandatangani dan diserahkan kepadanya oleh Presiden PGSM, Mohd Isa Abd Ralip selepas pertemuan dua jam di sebuah hotel di ibunegara petang semalam.

Dr Mohd Asri berkata, jaminan bertulis itu juga turut ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi halehwal Islam, Datuk Mohamad Jamil Khir Baharum sebagai saksi.

Katanya, pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz turut menghadiri pertemuan tersebut.

Menurutnya lagi, beliau akan menunggu PGSM memohon maaf secara terbuka kepadanya dengan disiarkan dalam lamanweb rasmi persatuan tersebut dan melalui saluran media yang lain.

Bercakap kepada pemberita selepas satu forum di Pulau Pinang malam tadi, Dr Mohd Asri berkata sekiranya persatuan tersebut memohon maaf dan menarik balik semua tuduhannya terhadapnya, maka beliau bersedia memaafkan mereka.

Ditanya sama ada beliau akan meneruskan tindakan menyaman PGSM jika persatuan itu gagal berbuat demikian, Dr Mohd Asi berkata beliau akan tunggu dan lihat apa pula alasan mereka, sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, beliau percaya, PGSM akan mengotai jaminan bertulisnya untuk berbuat demikian.

Sebagai sebuah persatuan Islam yang mewakili peguam Islam, Dr Mohd Asri percaya PGSM akan mengotai janjinya.

Sebelum itu, PGSM telah menghantar memorandum - yang disokong oleh 13 NGO Islam - kepada Yang di-Pertuan Agong membantah cadangan pelantikan Dr Mohd Asri sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Mereka membantah cadangan pelantikan Dr Mohd Asri ke jawatan tersebut atas alasan beliau telah menghina beberapa ulama Islam.

Berikutan itu, Asri telah menggesa persatuan tersebut mengemukakan bukti yang beliau telah menghina ulama besar Islam seperti Imam Nawawi, Imam Bukhari dan Imam Ghazali.

Dr Mohd Asri berkata, presiden PGSM telah menemuinya hari ini untuk mencari penyelesaian berhubung perkara tersebut.

Dalam pertemuan tersebut atas inisiatif menteri berkenaan, Dr Mohd Asri berkata, beliau menuntut permohonan maaf secara terbuka dan semua tuduhan terhadapnya ditarik balik.

Katanya, ini kerana semua tuduhan tersebut adalah tidak benar dan tidak masuk akal serta berunsur fitnah terhadapnya.

Sementara itu, katanya, Wan Sheikh pula menjelaskan kepadanya bahawa kenyataan seorang pegawainya, Zamihan Mat Zain, mempertikaikan ketulenan ijazah sarjana muda bekas mufti Perlis itu dari Universiti Jordan, bukanlah pandangan Jakim.

"Ketua pengarah Jakim itu memberitahu saya bahawa Zamihan bercakap atas kapasiti peribadinya," kata Dr Mohd Asri. 

 Dipetik daripada Malaysiakini

5 comments:

  1. Keruh betul sampai tak nampak apa2. bhy sbb akan timbul byk fitnah pada institusi Islam dan individu yang menjunjung Islam seterusnya mencemar nama baik Islam secara keseluruhannya. Kan?

    ReplyDelete
  2. kHAIRI,

    Saya pun lega kontroversi ni dah nampak penyelesaiannya, cuma dalam hati, tak siapa tahu parah lukanya.

    Harap-harap Dr. MAZA tetap istiqamah..

    ReplyDelete
  3. Salam sdr. Brahim

    Inilah masalahnya bila bertindak seolah-olah otak tertinggal kat rumah!

    Bukankah menyusahkan diri, memburukkan nama? Saya pasti banyak yang perkataan bangang yang diucapkan oleh public.

    ReplyDelete
  4. Eloklah isu ini diselesaikan secara harmoni....malu pada orang bukan Islam. Inilah angkaranya kalau hati dibelenggu hasad dengki, buruk sangka dan takut hilang pengaruh.

    Pernah dulu apabila seorang ahli agama (wanita) menyaman seorang ahli psikologi yg juga terkenal disebabkan rumput yg rosak di halaman rumah.....ramai yg hilang hormat pd beliau. Ceramahnya yg penuh ilmu pun dh tak kuasa org mendengarnya.

    Rendahkan diri memberi kemaafan itu akan lebih melapangkan hati dan perasaan.

    Itu kata kita org kecik2 ni...kalau org besar2 tak tau la macam mana...ye dak??

    ReplyDelete
  5. Pakdin,

    Saya dapat perkembangan terkini PGSM, mula nak minta maaf, tapi sidang media selepas itu lain ceritanya.

    Hilang hormat masyarakat kepada PGSM, cakap lain, bikin lain.


    Asyiq,

    saya ingat lagi kes motivator tu.. Senyap dah sekarang ni. malu kot?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan