Friday, December 18, 2009

Hukum Karma: Jahat Dibalas Jahat

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Selalu kita membaca berita betapa kejamnya peragut yang berhati binatang; meragut sehingga menyebabkan kematian insan yang tak bersalah. Siapa saja boleh jadi mangsa kepada peragut: Wanita tua, gadis remaja, lelaki dewasa malah perempuan hamil turut menjadi mangsa mereka.

Hari ini, saya puas membaca berita kisah peragut yang terbunuh akibat kemalangan selepas meragut.

Berita disesuaikan daripada Utusan online

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petang semalam, kira-kira sejam selepas kedua-dua peragut berkenaan meragut telefon bimbit seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di Taman Sri Gombak.
Orang ramai yang menyaksikan insiden itu cuba mengejar, bagaimanapun kedua-dua penjenayah, masing-masing berusia 16 dan 18 tahun itu berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z.
Tidak lama selepas itu, kedua-dua suspek mengalami kemalangan apabila dirempuh sebuah kereta di persimpangan Greenwood mengakibatkan suspek berusia 16 tahun meninggal dunia manakala rakannya parah.
Polis yang menyangka kemalangan biasa mula curiga apabila mendapati kedua-duanya memiliki tiga unit telefon bimbit dan siasatan akhirnya mendapati ia adalah milik mangsa-mangsa ragut.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sejurus sampai di lokasi kejadian, kedua-dua suspek dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian muka serta kepala.
Beliau menambah, hasil pemeriksaan menemui sebuah beg galas berwarna hitam mengandungi tiga unit telefon bimbit termasuk jenis Sony Ericsson milik mangsa di Taman Sri Gombak.
''Siasatan mendapati, kedua-dua suspek juga sebelum itu cuba menyamun seorang lagi pelajar berusia 15 tahun yang sedang berjalan kaki di Batu 5, Jalan Gombak, Sentul.
''Dalam kejadian pukul 4 petang itu, kedua-dua suspek cuba meragut rantai leher tetapi gagal kerana mangsa sempat memegang barang kemas tersebut,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa cedera ringan di kaki dan tangan kerana terjatuh manakala kedua-dua suspek pula melarikan diri.
Abdul Rahim memberitahu, suspek berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang manakala rakannya dilaporkan berada dalam keadaan stabil di hospital sama.
Beliau memberitahu, siasatan terhadap motosikal yang ditunggangi suspek mendapati kenderaan itu milik keluarganya.


7 comments:

  1. Salam sdr. Brahim

    Dosa telah berbalas tetapi bagi Ibu Bapa mereka di mana nak letakkan muka?

    ReplyDelete
  2. Oh!mati dalam buat dosa!sesapa yg boleh jamin saya mati dlm keadaan tak buat dosa,saya akan bagi semua harta saya padanya!tapi malangnya....takkan ada sesiapa yg tahu bagaimana saya mati.Oh!takutnya nak buat maksiat...!

    ReplyDelete
  3. tak lama balasannya. Didunia lagi dah dapat balasan. Memang cash dibayarnya

    ReplyDelete
  4. Salam Pakdin,

    Memang mak bapa juga yg terpaksa menanggung malu dek perangai anak remaja macam setan.

    Elok pun mati awal.


    Hans,.. Setuju.

    Iqbalsyarie,

    Agaknya masa buat jahat tu, deme tak pk yg nyawa ni bukan ada jaminan. Dah kena, ntah nyesal, ntah tidak...

    Anjang sahabatku,

    Dia dpt Cash on Delivery (CoD)
    Hahahahaha..

    ReplyDelete
  5. kan bagus kalo ade polis menyamar jadi mangsa peragut.. buat2 innosen... pastuh bile ade peragut.. senang ja nk tangkap guna pistol ke hapa.. huhu

    ReplyDelete
  6. Jard,

    Bagus kalau masyarakat belasah sampai mampus penyangak-penyangak ni. Memang geram dgn perbuatan diorang.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...