Wednesday, December 16, 2009

Jual Bayi Jadi Sumber Rezeki?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Lian Kim Wan (kanan) bersama dua anaknya, Ang Bee Ling (tengah) dan Ang Bee Churn dibawa ke Mahkamah Klang semalam untuk didakwa selepas terlibat dalam satu sindiket memperdagangkan tiga bayi perempuan di Hospital Metro Maternity, Jalan Pasar Klang, Disember lalu. – Utusan/ Mohd. Shaharani Saibi


KLANG 15 Dis. – Seorang ejen insurans dan dua anak perempuannya yang dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan bayi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdagangkan tiga bayi berusia sehari kira-kira dua minggu lalu.
Lian Kim Wan, 56, yang berasal dari Banting bersama Ang Bee Ling, 36, dan adiknya, Ang Bee Churn, 31, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sehari yang dilahirkan oleh warga Indonesia yang dikenali sebagai Kristina untuk maksud eksploitasi.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Hospital Metro Maternity, No. 34, Jalan Pasar Klang di sini antara pukul 2 pagi dan 5 pagi, 3 Disember lalu.
Mereka juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap bayi perempuan berusia sehari yang dilahirkan oleh warga Filipina, Anie Lida pada masa dan tempat yang sama.
Sementara bagi pertuduhan ketiga, Kim Wan, Bee Ling dan Bee Churn didakwa memperdagangkan seorang lagi bayi perempuan berusia sehari yang dilahirkan oleh warga Indonesia, Ninik Rahayu Suhaimi.
Bagi setiap pertuduhan, tiga beranak itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

ULASAN SAYA:

Dah makin parah keadaan masyarakat kita. Bukan setakat jenayah ragut yang tak mengenal mangsa, bayi yang tak berdosa pun jadi mangsa kepada binatang berjasad manusia ni.  

3 comments:

  1. Entah apa agaknya yang ada dalam fikiran orang yang buat kerja2 macam tu.. Untuk dapatkan duit, manusia sekarang sanggup buat apa saja tak kira samada ia salah atai tidak di sisi undang-undang

    ReplyDelete
  2. memang haram jadah betul, cina ni mereka buat kerja bukan-bukan akhirnya orang malaysia dapat nama. macam kes nirmala bonat. yang menderanya cina akhirnya malaysia dan indonesia berselisih paham. orang melayu terpalit sama. Sedangkan kita tak sanggup nak buat macam tu

    ReplyDelete
  3. yups....
    nak wat macam mana
    dunia skrg manusia jadi hamba duit

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...