Sunday, December 6, 2009

Kekalahan Chelsea Satu Petanda?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Perlawanan antara dua kelab kaya dan elit dalam EPL malam tadi, iaitu Manchester City vs Chelsea memang dinanti oleh peminat mereka, termasuk peminat pasukan tangga kedua, iaitu Manchester United.

Shay Given, penjaga gawang Ireland yang mewakili Man City dianggap wira apabila menyelamatkan penalti lewat Frank Lampard  dan serangan bertali arus Chelsea dalam 10 minit terakhir permainan.



Carlos Tevez, bekas pemain Man U turut menyumbang gol kemenangan

Chelsea mendahului melalui gol sendiri bekas pemain Arsenal, Emanuel Adebayor. Pemain tersebut membalas kesilapannya apabila menyamakan kedudukan dan kemenangan pasukan pimpinan Mark Hughes itu disahkan melalui gol Carlos Tevez pada minit 56.

Apakah kekalahan ini petanda Chelsea kembali ke rentak perlahan? Harapnya tidak, sebab perlawanan liga masih panjang. 

Seloka ini khas untuk para penyokong Chelsea dan mereka yang anti- Manchester United.

Garang wajah Carlo Ancelotti, mengharap tuah berdepan City,
firasatnya boleh dibenam pasukan ini, seperti pasukan lain sebelum ini.


Bola di padang ke sana ke mari, barulah nampak malang si Chelsea,
Drogba tak menjadi, pemain lain apatah lagi, tanda kalah semakin pasti.


10 Minit sebelum tamat, pemain Chelsea datang semangat
Penalti diambil oleh Frank Lampard, tapi sayang bola tak tepat.

Kepada Rashid di Kuala Berang, Imran di Bachok dan rakan lain yang anti Man U, terimalah kekalahan ini.

Hahahahahahahahahahahaha....

5 comments:

  1. M.City memang hebat dan dah hilanglah badi seri selama ni
    biasalah tu bro
    xkan nak menang selalu
    jgn risau..
    chelsea akan juara kali ni
    insyaallah

    ReplyDelete
  2. Yaya..
    Kali ini Insya'Allah Chelsea juara plak..
    Takkan Man U je bro..
    Wakakaka..

    ReplyDelete
  3. Sdr. Brahim.

    Saya gembira dengan berita ini. Kami anak beranak penyokong MU.

    ReplyDelete
  4. alamak aku tak tau nak sokong mana, apapun sedih jugak malaysia kalah dengan vietnam

    ReplyDelete
  5. Hans dan author,

    Sabarlah sayang... kuakuakuakua...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...