Saturday, December 12, 2009

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Di tengah-tengah keributan isu dana untuk masjid oleh Ahli Parlimen DAP, saya ingin berkongsi pandangan dengan anda tentang perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipersetujui semua pihak pada tahun 1948. Biarpun ia sudah lama, perlembagaan inilah yang menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan Malaysia yang kita sayangi ini.

Pada tahun 1946, orang Melayu ketika itu bangun menentang Malayan Union yang secara jelas bercanggah dengan pendirian orang Melayu dan Raja-raja Melayu ketika itu.

Pada tahun 1948, British yang ketika itu masih menjadi 'tuan' telah memperkenalkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bertujuan menggantikan Persekutuan Malayan Union.

Antara kandungan perlembagaan PTM 1948 ialah:
1. Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar.
2. Sultan diperakui melalui Undang-undang Tubuh negeri, manakal MB bertanggungjawab mengetuai pentadbiran negeri dalam persekutuan.
3. Kuasa kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri tertakluk kepada Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
4. Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera diperakui semua pihak
5. Perlindungan terhadap agama Islam sebagai agama rasmi
6. Bahasa Melayu diperakui sebagai bahasa yang dilindungi
7. Kontrak sosial menjadi asas pembentukan masyarakat majmuk
8. Perkongsian kuasa antara kaum di Tanah Melayu dijadikan teras kemajuan negara

Moga dengan memahami sejarah, kita akan lebih menghargai apa yang kita miliki pada hari ini.

7 comments:

  1. Geng-geng roket ni bukannya mahu membaca sejarah, yang mereka buat ialah mencari ruang di dalam perlembagaan untuk dieksploitasi, yang mana tidak menyokong aspirasi perjuangan mereka tidak akan di dokong. Aku memang langsung tak yakin geng-geng roket ini. Mereka ada negara mereka sendiri,kita hanya ada bumi bertuah ini.

    ReplyDelete
  2. semuga kita tidak bersorak sampai kampung kita tergadai.....
    kadang2 ilmu yg dikaitkan dengan sejarah ni perlu dilebarkan...

    ReplyDelete
  3. Anjang dan Bro Jinggo.

    Makaseh kongsi pendapat.

    ReplyDelete
  4. Sememangnya sejaran ini perlu d perluaskan. ruangan ini sedikit sebanyak boleh memberi informasi. kita boleh fikir sendiri mana yang betol dan salah, so pandai2 la menilai. ketahui sejarah sebelum membuat sejarah.aku pcya manusia skrang semuanya bijak2..

    ReplyDelete
  5. AKU bukan geng roket, tapi aku sedih dgn sejarah kita yg di putar belit oleh yahudi. suruhanjaya reid la yg mengehadkan kuasa sultan kita hnya utk upacara ritual dan rasmi shj. bayangkan kuasa sultan yg begitu luas di sempitkan oleh mereka. jadi la kita yg agungkan sejarah buku teks tingktn dua ni..sejarah tu tak betul..maaf klu anda marah dgn cakap saya..

    ReplyDelete
  6. Mana yang relevan untuk Malaysia 2011.

    Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Tanah Melayu 1948?

    ReplyDelete
  7. saya anak Malaysia!!!

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...