Friday, December 11, 2009

Tahniah Malaysia! Layak ke Separuh Akhir.

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Jauh di sudut hati, saya masih berharap skuad bola sepak kita menyinar di persada antarabangsa, atau setidak-tidaknya di ASEAN.

Baru sekejap tadi, skuad bola sepak negara mengalahkan Thailand 2-1, dalam perlawanan peringkat kumpulan di Sukan SEA di Laos. Berita itu tentulah memeranjatkan biarpun tidak mustahil.

Tahniah kepada Rajagobal dan skuadnya. Harapan saya, janganlah jadi skuad yoyo.

Kepada media cetak, jangan terlalu ghairah mengisi berita ini di dada akhbar, sebab ia boleh menjadi racun yang membunuh semangat.

Apa pun, saya rasa semua kita gembira dengan keputusan perlawanan ini, apatah lagi, jika dilihat dari sudut rekod, kita sering kalah dengan Thailand sepanjang 3-4 tahun sebelum ini.

3 comments:

  1. wah,gila best
    macam xpercaya pun ada....
    cayalah
    jgn kalah dgn laos sudah dkt semi final nanti

    ReplyDelete
  2. Tahniah Malaysia. Dah lama tak lihat Malaysia hebat diperingkat Asia

    ReplyDelete
  3. Tahniah Malaysia..dh lama kita tunggu Malaysia mengalahkan Thailand...hanya ini satu petanda yang baik...hope pemain malaysia jgn terlalu 'angkuh' keputusan tersebut...teruskan perjuangan untuk pingat emas bolas sepak sukan SEA yang telah lama rakyat Malaysia impi-impikan itu....

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...