Sunday, February 1, 2009

Burung Wakwak

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Waktu zaman kanak-kanak dahulu, selain bermain polisentri, galah panjang dan jengket-jengket, aku juga gemar 'melastik' burung. Suasana di kampung ketika itu memang sinonim dengan aktiviti tersebut. Kayu lastik yang berbentuk 'Y' akan diikat dengan getah dan pelapik kulit. Batu bersaiz sederhana dijadikan peluru. Biasanya kawasan 'perburuan' hanya sekitar 100-200 meter daripada rumah.

Antara burung yang menjadi sasaranku ialah burung wakwak. Rupanya seakan ayam, berdada putih dan berekor pendek. Keseluruhan badannya berwarna hitam, dan saiznya besar sedikit daripada burung puyuh.Burung ini amat pantas menyusup. Cuma, kelemahannya ialah tidak mampu terbang tinggi. Burung wakwak mempunyai mitos yang tersendiri, mengikut fahaman orang tua-tua di kampungku.

Pertama, burung ini dikatakan mempunyai ilmu halimunan (tak boleh dilihat). Mitos ini diperkukuhkan dengan sifatnya yang boleh hilang tanpa dikesan walaupun di semak yang kecil. Kononnya, barang siapa yang menemui sarang burung wakwak, boleh menjadi halimunan jika sarangnya diletakkan di kepala. Sangat mengujakan!

Siapa yang tak mahu jadi halimunan? Banyak 'kelebihan' orang halimunan. Aku pun berusaha mencari sarangnya. Seingat aku, di kawasan belukar dan pokok renek di sebuah hutan (yang kini merupakan kawasan perumahan dekat SM Teknik Seri Manjung), banyak terdapat burung wakwak. Aku akhirnya bertemu sarang burung wakwak, dan kuletakkan sarangnya di kepala untuk menjadikan aku halimunan. Malangnya, 'eksperimen' itu tidak menjadi. Aku tak jadi halimunan walaupun sekejap.

Kedua, mitos orang tua-tua menyatakan burung ini mempunyai 'penunggu'. Maksudnya, burung ini diternak oleh orang bunian. Kalau menangkap burung wakwak, perlu ada sedikit ilmu untuk berinteraksi dengan makhluk bunian. Aku pernah melastik wakwak di remang senja, dan tiba-tiba bulu roma meremang. Akhirnya, aku balik ke rumah tanpa seekor pun wakwak.

Sejauh mana kebenaran mitos kedua ini, tidak dapat aku pastikan. Apa yang jelas, burung ini tidak mempunyai kuasa halimunan seperti yang diwarwarkan semasa aku kecil dahulu.

Apabila mengenangkan zaman dahulu, aku senyum sendirian. Mana mungkin aku mengulangi dan kembali ke zaman kanak-kanak. Tapi ia adalah zaman yang menyeronokkan. Malah, zaman yang membantu aku meneroka banyak perkara.

19 comments:

  1. he..he....best tul mengenang hari-hari lalu...

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu Izzuddin...

    Kalau di kampung saya, burung wakwak ini banyak terdapat di sawah. Jika musim menuai, selalu terjumpa sarangnya berserta dengan telur sekali tapi biasanya saya tak kacau sarang dan telur-telur itu. Kesian pulak nak ambik. Tentu ibunya rasa sedih bila dia mendapati telur2nya hilang.Jadi saya biarkan saja.

    Saya tak pernah pulak tahu cerita mitos tentang burung wakwak..baru hari ni tahu ceritanya..terimakasih kerana memberitahu..

    ReplyDelete
  3. hehe

    batu rakit pun ada burung wak wak. masak kecik dapat tangkap sekor dekat alor tu.


    masa tu rasa mcm gembira gile a sbb burung tu kemain licik lagi. tapi tu antara burung sekilas pandang je tu. org yang dapat tenung burung tu mmg hebat. sbb dia mmg licik. no wonder la keluar mcm2 mitos.

    ReplyDelete
  4. tempat tera ni banyak hutan.. sll gak jumpa burung ni, kadang2 deret2 bawak anak2 dia... mcm anak ayam tp brbulu hitam penuh, cute je!

    masa tera kecik2 dulu, ayah pernah sembelih burung ni buat lauk... sedap mcm puyuh.

    ReplyDelete
  5. Jue, saje nak kenang semula kisah 'nakal' masa kecik dulu..

    hehehe... Tau main 'toi'?

    ReplyDelete
  6. Tirana, memang burung ni kat sawah banyaklah..

    Mitos orang tua-tua, sama macam kisah dongeng jer..

    Macam harimau, konon tulangnya menguatkan tenagalah, sumbu badak boleh ubat sakit lah.. akhirnya yang 'pupus' haiwan seperti itulah..

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum cg izzuddin
    masa kecil dulu saya tinggal di berek askar yang berdekatan dengan hutan.. saya pun pernah melastik burung wakwak nie ngan kawan2 walaupun tak pernah kena...
    mitos tue pun ada saya dengar...

    ReplyDelete
  8. Razor,

    Jangan percaya dengan mitos pasal wakwak ni.. tapi memang burung ni dikurniakan kemampuan menyelinap dengan cepat dan pantas.

    Tera,

    Daging wakwak ni memang sedap.

    ReplyDelete
  9. Siti,

    Wah, terer jugak lah kalu pompuan pun melastik burung.

    Dapat ker?

    ReplyDelete
  10. cgu membuatkan teman teringat maik ' combat ' kat kampung - sesekali balik : sedih sebab semua dah tak ada.

    burung wak2 - dulu ada orang yg pandai buat alat yg berbunyi semacam burung wak2.......

    rindunya...

    ReplyDelete
  11. Melastik tak pernah kena pun. :)

    ReplyDelete
  12. Bro Jinggo, teman baru dapat berita ADUN PKR dah letak jawatan.

    Aduhai, pilihan raya kecil lagi ler nampaknya..

    Sian Nizar, tak tenang dengan sikap tikjam dari belakang nih..

    ReplyDelete
  13. Pokli,

    Dulu-dulu, melastik burung ni, memang saya cekap. Tapi skang ni, nyesal pun ada. Kebanyakannya mati..

    ReplyDelete
  14. Burung ni ada lagi berkeliaran di kawasan sampah di perumahan saya. Tak tau pun itu burung wak2.

    ReplyDelete
  15. nak download bunyi wak wak ni kat mana bro??

    ReplyDelete
  16. Saya pon pernah dengar bro psal mitos ni.. Tpi laen skit.. Yg bleh wat halimunan bkn sarang die tpi jarum yg ad kt dlm mulut burung tu.. Nk dptkn jarum tu plak ad care2 die.. Heheh

    ReplyDelete
  17. Aq tangkap pakai serkap jaa mlm² p tepi sawah dia ada laa kat jln pelan² serkap

    ReplyDelete
  18. Salam.. Tak heranla kalau ada gangguan ghaib masa memanggil. Tambah lg dlm hutan. Waktu senja. Malam. Sebab dihutan dan laut memg Allah tmptkan segale hantu syaitan jin dan jembalang. Aku percaya tak mustahil wujud. Aku tinggal dlm hutan bertahun2. Mcm2 karenah pelik makhluk ghaib Allah tunjukkan

    ReplyDelete
  19. Sy pernah jgk kejar anak brung ruak2 ni..ibunya dh lari terbang..trbang rndah je tp jauh sgt..tinggal la anaknya yg xbleh terbang tp jlnnya punya la laju..kejar la sy..last2 msuk dlm semak sikit je.trus xjumpa..hairan sy semak sikit sgt..xjumpa..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...