Friday, February 27, 2009

Keputusan SPM 2008 Mac Ini..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Keputusan SPM diketahui 2 minggu lagi

KUALA LUMPUR:Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada minggu kedua bulan Mac ini.

"Pelajar boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing pada hari terakhir hujung minggu tersebut," kata Ketua Pengarah Pelajran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Keputusan rasmi mengenainya telah pun diedarkan ke sekolah-sekolah di seluruh negara sejak beberapa hari yang lalu.

Seramai 442, 936 pelajar telah menduduki peperiksaan tersebut tahun lalu.

Buat semua pelajar dan calon SPM 2008, dup dap dup dup dap dup dap.. bunyi jantunglah tu...


5 comments:

  1. fuh!! berdebar-debar! saya dulu ler.

    :D

    hari ni saya posting cerita *antu.

    ReplyDelete
  2. ehmmm nanti proses nak masuk U pulak le tu. Siap duit!

    ReplyDelete
  3. Kak Hida,

    Peh dapat result, sedialah wang yang bukan sedikit untuk pelaburan menyambung pengajian.

    Bagi yang beringat, mungkin persediaan dapat membantu. Bagi yang tiada tabungan, memang perit rasanya.

    Masa saya nak masuk U dulu, mak dan ayah meminjam dari sedara mara.. Saya ingat sampai bila-bila..

    ReplyDelete
  4. Ramai lah anak murid yang ambil tu. Mungkin debaran guru melebihi murid......

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...