Tuesday, February 17, 2009

Perubahan Iklim Semakin Menakutkan

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Petang tadi di radio SINARFM, berita yang dimaklumkan adalah banjir kilat di beberapa tempat di Kuala Lumpur akibat hujan lebat di bandar raya itu. Memang keadaan begini agak luar biasa, apatah lagi dalam seminggu dua ini, kepanasan cuaca agak melampau bagaikan mampu menggigit kulit.

Minggu ini juga, di Australia, kebakaran besar telah mengorbankan hampir 200 nyawa, dan ia juga berpunca daripada kecuaian manusia dan kepanasan melampau.

Sama ada kita sedar atau tidak, kepanasan melampau akhir-akhir ini (sebenarnya telah bermula sejak Revolusi Perindustrian di Eropah) telah menyebabkan ais di kutub Utara dan Selatan, mencair dengan cepat! Iklim yang berubah pula, terlalu mendadak dan kesannya tentulah kepada makhluk yang melata di muka bumi Allah.

Apakah kepentingan ais di kedua-dua kutub ini? Sebenarnya, Allah menjadikan ais di Antartika dan Artik demi memastikan kelangsungan hidup manusia, haiwan dan tumbuhan. Ais laut Artik dan Antartika memantulkan 80% haba matahari, sekaligus menstabilkan suhu sejuk lautan. Jika semua ais di kutub ini mencair, air laut akan bertambah panas, dan gas-gas yang terhasil akibat tindak balas kimia, memungkinkan ia beracun. Racun tersebut boleh memberi kesan langsung kepada hidupan akuatik yang menjadi sumber makanan utama manusia.

Mengikut Dr Gerald Dickens, dari Universiti Rice AS, "..kira-kira 90% gas karbon berada dalam lautan, bukan di pokok atau atmosfera. Apa yang berlaku kini (pencairan ais di lautan) adalah kita sedang menambahkan kandungan karbon di atmosfera. Jumlah CO2 meningkat dengan begitu cepat.."

Menurut laporan Institut Biologi Artik di Universiti Alaska Fairbanks, Metana iaitu sejenis gas daripada kesan rumah hijau kini dibebaskan melalui tasik dan telah mempercepatkan pemanasan global melalui cara yang belum dapat dipastikan.

Menurut laporan PBB dalam satu persidangan FAO di Rom, 2006 menyatakan punca kejadian malang ini:
1. Pemakanan daging adalah penyebab utama pemanasan global.
2. Penyahhutanan iaitu hutan ditukar kepada padang ragut untuk pengeluaran daging komersil.
3. Pembebasan karbon monoksida daripada enjin kenderaan bermotor

TINDAKAN KITA

Jika kita bertindak secara kolektif, dengan kerjasama seluruh masyarakat sedunia, kita mampu memanjangkan hayat bumi.

1. Kurangkan makan daging, sebaliknya sumber protin boleh diganti dengan kacang soya termasuk tauhu dan tempe.
2. Gunakan kenderaan mesra alam seperti kereta hibrid, kenderaan biofuel atau basikal.
3. Tanam pokok di keliling kawasan kejiranan. Lebih banyak pokok, lebih baik.
4. Berjimat cermat terutama dalam diet harian.

KESIMPULAN

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Dalam peristiwa Isra' Mikraj Rasulullah, baginda ditemukan dengan seorang tua, lalu dinyatakan oleh Jibrail, bahawa itulah perumpamaan usia bumi.

Maknanya, bumi kita ini semakin uzur, dan menanti masa untuk di'tamat'kan riwayatnya. Ketika itu, istilah yang tepat untuk kematian bumi ialah kiamat, iaitu satu daripada Rukun Iman yang wajib dipercayai setiap muslim. Moga Allah memberikan rahmat-Nya untuk kita hidup.

6 comments:

  1. Manusia yang membuat kerosakan di mukabumi ini jadi manusia jugak la yang kena tanggung akibatnya.

    ReplyDelete
  2. yop

    ' telah berlaku didarat dan dilaut disebabkan tangan2 manusia .....' surat Ar Rom 9 ayat 41 )

    itu janji Allah atas kealpaan kita membiar....
    langit yg biru menjadi hitam
    sungai mengalir umpama longkang2 besar....

    bagus fakta ni.

    ReplyDelete
  3. janji yang pasti sudah hampir sampai masa

    ReplyDelete
  4. Tirana, bagaimana 10, 20 tahun mendatang? Kita memang dianjak tua..

    ..Entah-entah, dah tak bersua (doalah dipanjangkan umur)


    Tapi yang pasti, keadaan pasti berubah. Alam sekeliling semakin terancam. Dunia semakin panas.

    Dah akhir zaman lah, katakan....

    ReplyDelete
  5. Bro Jinggo,

    Teman ghase bukan setakat alpa, tapi manusia semakin gelojoh..

    Gelojoh cari duit, gelojoh nak berkuasa...

    .. Bilalah Perak nak aman ni?
    (Berita terbaru 'MB' Zambry digantung exco 18 bulan oleh speaker DUN)

    Tu pun berpunca daripada gelojoh gak...

    ReplyDelete
  6. Maksu,

    Perasan tak iklim semakin berubah. Dalam 10 tahun lagi, salji mungkin ada di Cameron,.. segalanya mungkin

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...