Thursday, November 12, 2009

Ketidakadilan Kepada Penjenayah?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kes seorang ibu berbangsa India, membunuh diri bersama anak-anaknya dengan meminum racun menarik perhatian masyarakat.

Kononnya, ibu tersebut berasa tidak adil seorang adiknya yang ditembak mati oleh polis. Adiknya dikatakan terlibat dalam jenayah melibatkan kumpulan PC BOY dan telah ditembak mati oleh polis baru-baru ini.

'Minum racun selepas adik mati ditembak polis' (Malaysiakini)
Nov 12, 09 2:46pm


Akibat kesedihan yang amat sangat selepas kehilangan adiknya yang mati ditembak polis, seorang ibu dikatakan bertindak meminum racun serta turut memberi minum racun itu kepada anak-anaknya.Menurut setiausaha agung penaja Parti Hak Asasi Manusia, P Uthayakumar, wanita tersebut kini sedang dirawat bersama dua anaknya di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

NONEIsnin lalu, adik wanita itu, R Surendran adalah antara lima orang suspek jenayah yang mati ditembak polis di Taman Klang Utama.

Polis mendakwa kelima-lima mereka - berusia 17 hingga 30 tahun - adalah anggota geng 'PCO Boy', yang bertanggungjawab dalam beberapa kejadian rompakan.

Mengulas mengenai percubaan membunuh diri itu, Uthayakumar berkata: "Keluarga tersebut tidak boleh menerima ketidakadilan tersebut."

Beliau mendakwa, oleh kerana tiada cara lain untuk menentangnya, maka mereka mengambil tindakan nekad tersebut ketika berdepan dengan saat yang amat memilukan itu.

ULASAN SAYA:

Apakah keadilan yang dituntut mengikut perspektif peguam tersebut? Adakah penjenayah seperti itu perlu diberi salam, sebelum ditangkap?

Atau polis perlu membiarkan mereka melakukan  jenayah lagi? Berapa orang lagi mangsa rompakan mereka perlu menderita, demi keadilan yang kononnya dituntut terhadap kematian kumpulan PC BOY?

Pemikiran sebegini adalah satu escapisme pihak yang suka menyalahkan orang lain. Mereka beranggapan kes jenayah seperti dilakukan oleh PC BOY tidak berbahaya, malah ia seumpama Robin Hood, barangkali? Hakikatnya, matlamat untuk hidup mewah tidak boleh dicapai melalui perbuatan merompak dan menyamun.

Tak masuk akal langsung! Negara kita ada undang-undang. Polis melepaskan tembakan setelah penjenayah bertindak menembak mereka. Dalam hal ini, saya sokong tindakan pihak polis. Sesiapa juga, tidak kira warna kulit dan agama, jika bersalah, wajar diambil tindakan. Jika berbahaya, tidak perlu dibiarkan. Ia boleh menjejaskan keamanan negara.

5 comments:

  1. Sy pun sokong apa yg polis dh buat. Mana pulak tak adilnya.

    Eloknya tak payah mskkan dlm ICU....biarkan aje dia pergi dengan tenang....haha.

    ReplyDelete
  2. Salam Sdr. Brahim.

    Saya sokong kenyataan sdr. Sememangnya apa yang Polis lakukan adalah patut dan kena pada situasinya.

    ReplyDelete
  3. biasalah mereka ni memang suka bising-bising kalau tidak tak de lahirnya istilah @#$$%^ karam (sensitif dalam suasana one malaysia sekarang, tak boleh sebut). Mungkin mereka ni nak jadi hero macam dalam filem #$%^& (lagi seklai tak boleh sebut).

    Minum racun ni bukan benda baru sejak dahulu lagi masalah ini berlaku. memang inilah cara penyelsaian jangka pendek yang mungkin dianggap terbaik oleh mereka.
    Takkan nak dibiarkan jenayah berlaku. ataupun polis tak perlu buat apa-apa cuma cakap "jangan la curi" "jangan la rompak" "duduk diam-diam".
    Tak payah pergi jauh kat sekolah sekarang pun kalau cakap elok-elok bukannya nak dengar. Kena jerkah ataupun dah ada sorang yang kena pang baru semua diam....

    ReplyDelete
  4. Asyiq,

    Hendaknya janganlah negara kita dipenuhi penjenayah. Tak selamat hidup kita.

    Pakdin,

    Saya masih percaya pada institusi kepolisan, biarpun adakalanya saya menyampah dengan tindakan polis rasuah. Tapi bukan semua begitu. Hanya segelintir yang begitu.

    Anjang,


    Yennadey, Pelik kan, dia nak masuk 'syurga' ka? Hahahaha...

    ReplyDelete
  5. Salam saudara!
    saya setuju bahawa kita takleh tunggu kita kena tembak baru kita nak tembak org.
    Dalam konsep jihad pun,disebut bahawa pancunglah musuh sebelum musuh memancung kita..
    lgpun mereka mmg da banyak buat kerosakan.Undang2 manusia,pasti akan berlaku ketidak adilan..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...