Monday, November 16, 2009

Pengemis Tua di IPT

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Seorang pensyarah yang sering berulang alik mengajar di universiti, terserempak pengemis tua yang kusut masai. Keadannya uzur, manakala kakinya tempang. Pensyarah tersebut kerap memberi sedekah ketika melalui kawasan pengemis tua, tetapi tidak pernah   berbual dengannya.

Satu hari, pensyarah itu nekad untuk mengetahui latar belakang pengemis tua itu.

"Berapa hasil yang pakcik dapat dalam sehari?" Tanya pensyarah itu sambil merenung mata kuyu pengemis tua.

"Adalah,... RM30, kadang-kadang boleh dapat RM40.." Pengemis tua itu menjawab lemah.

"Pakcik takde keluarga?"

"Ada. Isteri Pakcik di rumah, dan anak lelaki ada tiga orang."

"Anak-anak pakcik masih belajar?" Tanya pensyarah itu kembali.

"Dah kerja." Pendek jawapan pengemis tua itu sambil merenung ke arah padang kampus.

"Dah kerja?" Tercengang pensyarah itu mendengarnya.

Anak-anak sekarang tak mengenang jasa mak ayah, sanggup biarkan bapa mengemis, getus hati kecil pensyarah tersebut.

"Anak pakcik kerja di mana?" Dia bertanya diam seketika.

"Yang sulung, di UIA, yang tengah di UKM, dan bongsu di UPM." Kata pengemis tua itu sambil mengurut-ngurut kakinya. Mungkin kakinya lenguh kerana terlalu lama duduk.

"Hah? Anak pakcik kerja di universiti?" Pensyarah itu tercengang, menahan marah. Dia benar-benar terkejut mendengar jawapan pengemis tua itu.

Pengemis tua itu mengangguk perlahan-lahan. Mukanya berkerut menahan panas mentari yang semakin terik.

"Apa kerja anak pakcik? Bahagian apa, dan nyatakan namanya. Saya  tak boleh biarkan pakcik begini. Anak-anak Pakcik patut bertanggungjawab." Kata pensyarah itu bersemangat.

SAYA AKAN SAMBUNG CERITA INI DALAM ENTRY SETERUSNYA. JIKA SUDI SAMBUNGKAN, SILALAH.

8 comments:

  1. Agaknya anak-anak pakcik tu pun jadi peminta sedekah jugak kot di universiti ..hehehe...kak tirana teka aje..

    ReplyDelete
  2. Sy menyokong jawapan kat tirana itu 100% hehe.

    ReplyDelete
  3. Kehkehkeheh.. Betul lah kak.. Sebenonya, pagi-pagi lagi saya 'terkena' dengan sorang kawan di sekolah. Dia bagi saya dengor khusyuk, sehinggalah last, baru tau dia kenakan saya.

    Pastu, saya gelak sendirian.

    Tapi bila kak dan khairi tau kesudahan cite ni, ok lah.

    ReplyDelete
  4. kah kah kah memang lawak antarabangsa tahap 8 skala ritcher ni.

    ReplyDelete
  5. Penah dah terbaca cerita nih...

    Anak2 pak cik tu pun keje mengemis kat universiti juga....

    ReplyDelete
  6. Anjang,
    aku le yang dapat 'lewat' cerita ni..

    Asyiq,
    Cite ni takde kena mengena dengan sesiapa, agaknya memang perekanya mencipta watak, tapi yang di atas tu saya tokoh tambah, saje nak bagi syioook..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...