Thursday, November 5, 2009

"Renyang" Pasal Sikat

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.



Renyang...


Tau tak apa maksud 'renyang'? Perkataan ini diguna pakai oleh penutur dialek Perak untuk situasi yang tak menyenangkan, atau perasaan yang sedang gundah.


Pagi ini, si abang ngah (anak kedua) sibuk mencari sikat.


"Sikat ada, baba?" Tanya dia sambil matanya mengelewar di bilik bacaan.


"Entah. Kamu letak di mana?"


"Tak tau."


"Pergi cari. Baba nak bersiap ni,"


Dia pergi ke bilik bacaan, tapi kemudiannya datang lagi.


"Ada sikat tak baba?" dia bertanya soalan sama.

Alahai, dari tadi dia bertanya perkara yang sama. Selepas dapat sikat, dia tersengih sambil menyikat rambutnya.



Renyang dibuatnya pasal sikat ni.

5 comments:

  1. Salam Sdr.

    Faham.... "Perkara yang tidak menyenangkan"

    Kalau Kelantan kata "Serabut perut!"

    ReplyDelete
  2. Lama tak dengo perkataan tu. Faham tp jarang guna.

    Mak sy dulu kalau tak nak hilang sikat merata2 diikatnya dgn tali ropia.....haha.

    ReplyDelete
  3. renyang dengan libang libu sama ke?

    ReplyDelete
  4. Pakdin,

    Serabut perut,..hahahaha

    Gi dok stadium, Pakdin? Tengok kat TV jelah.

    ReplyDelete
  5. Asyiq,

    Selalu kita guna perkataan 'ghenyang' bila dah buntu.


    Anjang,

    Libang libu, samalah tu.

    Hihihihihihi..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...