Saturday, November 21, 2009

Saman Untuk Keadilan?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Keluarga mangsa jambatan runtuh tuntut RM105 juta (Utusanonline)


KETIGA-TIGA ibu bapa mangsa mati lemas akibat jambatan runtuh di Kuala Dipang bergambar selepas memfailkan saman ganti rugi berjumlah RM105 juta di Mahkamah Tinggi Ipoh, semalam.


IPOH 20 Nov. - Bapa tiga murid yang mati lemas dalam tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang pada hujung bulan lalu memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM105 juta.
Mereka terdiri daripada K.Mageswaran, K.Vasudevan dan T.Nathan - masing-masing bapa kepada mendiang M.Dava Dharshini, 11; V.Divyashree, 12; serta N.Dina Deve, 11.
Setiap plaintif terbabit menuntut ganti rugi am RM35 juta daripada 10 defendan yang dinamakan dalam saman tersebut.
Turut dituntut adalah ganti rugi khas RM19,120, ganti rugi teladan RM100,000, faedah lapan peratus bagi jumlah penghakiman, kos dan relif-relif lain.
Defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan; guru besar SJKT Gopeng; Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan dan Pengarah Pelajaran Perak.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar (MDK); Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak dan Komandan Kem 1Malaysia Kuala Dipang.
Defendan-defendan lain ialah penderma jambatan gantung itu iaitu syarikat GS Synergy Sdn. Bhd., syarikat kontraktor CWL Enterprise, Menteri Pelajaran dan kerajaan Malaysia.
Writ saman difailkan melalui firma guaman, Tetuan A. Sivanesan & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 26 Oktober lalu, tiga murid terbabit menyertai 298 murid tahun empat, lima dan enam dari seluruh Kinta Selatan mengikuti Perkhemahan 1Malaysia selama empat hari di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.
Dalam pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa, pada masa kejadian, kawasan itu dipercayai gelap gelita dan tidak ada lampu besar dipasang untuk keselamatan murid.
Mereka mendakwa, keadaan itu menunjukkan wujudnya kecuaian kerana jika ada lampu besar, kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai boleh dilihat dengan jelas serta mempunyai peluang lebih baik untuk menyelamatkan diri atau diselamatkan.
Plaintif turut mendakwa, tidak ada seliaan atau kawalan yang baik di jambatan oleh pihak penganjur sedangkan penggunaannya perlu diawasi dengan menentukan bilangan murid yang boleh menggunakan kemudahan itu pada satu-satu masa.
Murid-murid juga didakwa tidak dilengkapi jaket keselamatan ketika menyeberangi sungai, guru-guru tidak terlatih untuk mengendalikan kem dan tiada doktor atau pegawai perubatan disediakan untuk keselamatan peserta kem tersebut.
Plaintif turut mendakwa jambatan gantung tersebut tidak diperiksa oleh MDK dan JKR Perak bagi memastikan ciri-ciri keselamatan telah dipatuhi.
Kematian kanak-kanak tersebut juga amat menyedihkan plaintif sehingga mengugat ketenteraman mereka sekeluarga selain mengalami kerugian.

ULASAN SAYA:

Sebagai orang Islam, kita menerima tragedi ini sebagai takdir, biarpun ia pahit untuk ditelan. Unsur kecuaian boleh diambil kira, tetapi jika tujuannya untuk mendapat keuntungan daripada kematian  mangsa tragedi, ia tidak sepatutnya berlaku.

Saya bimbang ini memberi kesan negatif kepada kepada usaha guru untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti luar bilik darjah pada masa hadapan. Sewajarnya guru berasa bimbang kerana takut disaman oleh ibu bapa dan penjaga pelajar.

4 comments:

  1. tengok la pula kat belakang tu siapa... geng2 mamat tu la yg suruh saman sampai banyak tu... kalau ye pun nak saman, biarla munasabah kann... silap2 mak bapak budak tu tak dapt apa2 pampasan langsung lepas ni.... kalau itu berlaku, geng2 mamat nga ngeh tu tak rugi apa2 pun

    ReplyDelete
  2. salam..
    Moga bukan niat utk mencari keuntungan semata2..!
    Terkdg manusia suka mengambil kesempatan ke atas apa yg berlaku ....
    Bagi di pihak guru..begitulah adabnya..pantang tersilap..terus dipandang negatif!Adilkah?

    ReplyDelete
  3. Salam Shifu,

    Agaknya dicucuk supaya melatah, tak mau terima takdir agaknya.

    Pn. Kartini, makaseh sudi jengah ke sini.

    ReplyDelete
  4. Heya! I just wanted to ask if you ever have any problems with hackers?
    My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing several weeks of hard work due to
    no data backup. Do you have any solutions to protect against hackers?


    Here is my web site - how to get more followers on twitter for free fast

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...