Saturday, February 28, 2009

HARGAILAH HIDUP INI..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.
Pada sesi Perkembangan Staf bertajuk Mengubah Minda untuk staf akademik SMKBS, Puan Marhaini (kalau tak salah aku) menyampaikannya dengan baik dan menarikPuan Marhaini sedang memberi ceramah

Ada dua tugasan untuk kami selesaikan.

Pertama, senaraikan 100 sebab untuk kita bersyukur. Banyak sebenarnya, tapi setakat yang aku senaraikan, baru ada 45 sebab.

Kedua, jadikan prinsip "For the next 7 days, I'll never ever ever complaint" . Katanya, Ketua Jabatan dan orang bawahannya mesti selalu berfikir positif, dan membentuk team building yang kuat tetapi hakikatnya, orang bawahan selalu 'mencebek' dan memprotes arahan yang tidak mereka gemari.Dari kiri, Cikgu Hayati, Cikgu Haizan dan Cikgu Normah.. khusyuk dan tawadduk

Akhirnya, beliau mengajak kami berfikir: Selalunya, apabila bangun pagi, kita selalu memikirkan apa yang nak dibuat untuk hari itu. Jarang sekali kita mensyukuri nikmat kerana Allah masih panjangkan usia kita. Ada orang mati dalam tidur, dan seumpamanya.

Secara peribadi, banyak perkara menarik yang menyebabkan aku suka sesi Perkembangan Staf kali ini.

6 comments:

  1. jom nyanyi lagu..... alhamdulillah syukur nikmat, kepada tuhan yg memberi rahmat... 2x.... oooo oooo ooo oooo.....

    ReplyDelete
  2. salam cikgu..nie yg bersemangatnak berubah kearah yg lebih baik nie...

    ReplyDelete
  3. Banyak sekali nikmat yang Allah bagi pada kita semasa hidup di dunia ini. Kalau kita tidak menghargainya jadilah kita seperti kacang lupakan kulit.

    ReplyDelete
  4. Shifu67,

    Kita inginkan kereta beso sebab selalu tengok orang berkereta beso, dan nak kaya sebab sebahagian daripada kita percaya "ada duit, sume boleh jadi.."

    Hakikatnya, kita jarang tengok orang yang lebih rendah hidupnya daripada kita, menyebabkan kita jarang bersyukur.

    Teman tak kata oghang lain benonyer, diri teman ni, ada unsur-unsur tak bersyukur..

    Ya Allah, buanglah sifat mazmumah dalam diri aku ini.. Amin..

    ReplyDelete
  5. Jue, apa yang penting, kalu kita rasa bahagia asalkan tak bertentangan nilai budaya dan agama.

    Bersyukur itu adalah nikmat ALlah..

    Ada orang yang Allah tarik nikmat syukur, menyebabkan dia sentiasa rasa tak cukup dengan apa yang ada.

    ReplyDelete
  6. Kak Tirana lebih banyak ilmu untuk dikongsi.

    Itu sebab saya kerap singgah di blog kak.

    Syukur..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...