Wednesday, March 4, 2009

Banjir Oh banjir!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Membaca berita banjir menyebabkan aku diam seketika.

Ribuan warga kota metropolitan Kuala Lumpur terperangkap ekoran banjir kilat.
TENGGELAM ... Berpuluh-puluh buah kenderaan ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Jalan Rahmat dan kawasan sekitarnya.
TERKANDAS ... Ribuan warga kota terperangkap dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Jalan Ipoh dan kawasan sekitarnya.-- foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Beribu-ribu warga kota terperangkap sama ada dalam bangunan, di jalan raya atau di stesen bas dan LRT ekoran hujan lebat sejak pukul 3 petang yang menyebabkan banyak jalan ditenggelami air antara satu hingga dua meter.

Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kira-kira 1,000 pengunjung dan kakitangan yang bertugas di tingkat 2, bangunan itu terperangkap berikutan bekalan elektrik terputus serta beberapa batang jalan di sekitar bangunan itu ditenggelami air.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Left Muda Shahrul Kamar Mohd Johari berkata hujan lebat yang luar biasa menyebabkan air dari sungai Klang yang terletak bersebelahan PWTC melimpahi tebing dan membanjiri jalan sekitar.

"Banjir berlaku kirakira pukul 6 petang tadi. Bagaimanapun kami mendapat panggilan sejam kemudian bahawa terdapat kirakira 1,000 orang gagal keluar berikutan bekalan elektrik yang terputus di PWTC," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Alangkah kasihannya warga kota yang mengalami kerugian harta benda. Kereta, rumah dan segala perkakas di dalamnya yang tak sempat diselamatkan musnah begitu sahaja.

Mujur tiada yang kehilangan nyawa, kerana itu lebih berharga. Ini malapetaka sebenarnya.




5 comments:

  1. Salam cikgu Izzuddin..

    Memang lebat sungguh hujan petang semalam..siap dengan kilat dan petir. Kak tirana terperangkap dalam kesesakan ketika keluar untuk ambil anak-anak balik dari sekolah. Alhamdulillah, kawasan kak tirana ni tak pernah jadi banjir kilat sebab tanah tinggi agaknya.

    Entah bila masalah banjir kilat nak selesai.. Dah buat smart tunnel tapi masih banjir lagi. Itulah akibatnya jika terlampau banyak sangat pembangunan.. buat bangunan banyak-banyak tapi tidak memikirkan kesan sampingan..yang jadi mangsanya rakyat... selalu kita lah yang jadi mangsa..Yang di atas sana nun, asyik dok berebut nak jadi pemimpin.. Kan ke elok kalau masa yang digunakan untuk bertekak tu..digunakan untuk memikirkan masalah rakyat.. Apa nak jadi dengan Malaysia ni...

    ReplyDelete
  2. sekali lagi yop.kalau negara lain -hujan adalah rahmat tapi dimalaysia....

    hujan kadang2 bala
    kenapa.
    pembanggunan yg nak untung !
    longkangnya.
    dahlah kecil - tak diuruskan.

    jarang ada pemantauan semasa prjk sedang dan mahu dijalankan.
    pemantauan bila berlaku sesuatu......

    akhirnya yop - ini nak salah diri sendiri ke...

    ReplyDelete
  3. Kak Tirana, begitulah keadaannya di kota yang jadi kebanggaan negara.

    Kekadang, saya rasa rugi tak dok di KL, banyak kemudahan, tapi bila jadi begini, bersyukurlah sebab saya tak dok di sana.

    Tapi saya simpati dengan warga kota. Sabo jer lah..

    ReplyDelete
  4. Bro Jinggo, setiap yang Allah bagi ada rahmatnya.

    Apa yang berlaku pasti ada hikmah terselindung.

    Moga kita selamat daripada laknat Allah.

    Bro turun ke Bukit Gantang?

    ReplyDelete
  5. saya basah berduaan, ehheeemm (di atas motor)

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...