Monday, March 16, 2009

Parah Dah Masyarakat Kita...


Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Sebak dan sedih membaca kisah seorang kontraktor menemui janin yang hancur dilanggar kenderaan. Apalah penyakit anak-anak muda kita sekarang. Berzina dan membuang anak merata-rata.

Memang tiada rasa takut dan kesal, menyebabkan seorang 'betina' membuang janin begitu sahaja. Jantan sundal yang membuntingkannya tanpa ikatan perkahwinan, pastilah juga seorang yang tiada rasa tanggungjawab.

Masyarakat kita semakin parah sakitnya. Bacalah di akhbar-akhbar, berita tentang persundalan, zina, buang bayi, merompak, membunuh dan segala perlakuan tidak bermoral, johannya disandang oleh......

ORANG MELAYU

15 comments:

  1. Takut bila baca berita-berita begitu. Anak-anak sekarang semakin pandai dan semakin berani. Tapi kepandaian dan keberanian mereka tidak disertai dengan keimanan...Salah ibubapa jugak la agaknya kerana tidak mendidik mereka dengan pendidikan akhlak dan agama

    ReplyDelete
  2. Brahimnyok,
    akak ada anak pompuan. brahimnyok pun ada anak pompuan. orang lain pun ada anak pompuan. kalau masing masing jaga baik baik..semua anak anak tak kira anak lelaki atau pompuannya, Insyaallah perkara begini tak berlaku.

    ............tapi tak semua orang dapat menjaga anak dengan baik. tak semua orang berupaya membentuk anak jadi baik. dan tak semua orang yang telah mendidik anak dengan baik tetapi mendapat hasil yang diharapkan......

    ada yang terpaksa menghadapi karenah anak yang pelbagai..

    maka

    beginilah yang TERJADI!

    (memang MEMILUKAN dan MEMALUKAN!!)

    ReplyDelete
  3. Salam sdr. Brahim.

    Manusia macam inilah yang sepatutnya dihukum bunuh bersama pengedar dadah. Sama zalim, sama kesyaitanan.

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana, Kak Hida,...

    Memang memilukan. Saya ada rakan yang sudah bertahun kahwin, tapi masih tidak berkeizinan dapat anak sendiri.

    Tapi dalam kes ini, kita menuju kehancuran tamadun, jika generasi muda kita semakin hilang akhlak dan sopan.

    Menteri-menteri dan pemimpin kita harus kurangkan politik, tetapi banyakkan usaha ke arah mentarbiyah masyarakat.

    (MASALAHNYA, PEMIMPIN PUN ADA YANG TERUK, CAMNE NAK TARBIYAH RAKYAT??)

    ReplyDelete
  5. Ini penyakit masyarakat kita yang semakin menular. Inilah akibat apabila ibubapa meletakkan sepenuh kebebasan kepada anak2 tanpa bimbingan iman dan takwa.

    Saya pun ada anak perempuan...na`uzubillah.Yang pasti kaji bagaimana saranan Rasulullah dalam mendidik dan cuba ikuti sunnahnya. Moga kita sentiasa diberkati.

    ReplyDelete
  6. Kak Tirana, Kak Hida,...

    Memang memilukan. Saya ada rakan yang sudah bertahun kahwin, tapi masih tidak berkeizinan dapat anak sendiri.

    Tapi dalam kes ini, kita menuju kehancuran tamadun, jika generasi muda kita semakin hilang akhlak dan sopan.

    Menteri-menteri dan pemimpin kita harus kurangkan politik, tetapi banyakkan usaha ke arah mentarbiyah masyarakat.

    (MASALAHNYA, PEMIMPIN PUN ADA YANG TERUK, CAMNE NAK TARBIYAH RAKYAT??)

    ReplyDelete
  7. Pakdin, tak boleh ke kita laksanakan hudud? Siapa yang berzina, dihukum ikut yang dinyatakan dalam Quran, kalu tak semua, untuk orang Islam shj.

    Dalam masa yang sama, pendidikan agama dan nilai moral diperkukuhkan. Segala ruang untuk maksiat ditutup, termasuk lesen hiburan dan kelab malam, rumah sundal dan kedai ekor.

    Mungkin bunyinya senang, tapi hakikatnya, dah jadi barah dalam negara kita. Tahap 3,...

    ReplyDelete
  8. Asyiq,

    Pendidikan agamalah benteng akhir untuk mengelakkan perkara seumpama ini.

    Kesian janin tu, hak untuk dia hidup telah dirampas oleh binatang bertopengkan manusia.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Pakdin, tak boleh ke kita laksanakan hudud? Siapa yang berzina, dihukum ikut yang dinyatakan dalam Quran, kalu tak semua, untuk orang Islam shj.

    Dalam masa yang sama, pendidikan agama dan nilai moral diperkukuhkan. Segala ruang untuk maksiat ditutup, termasuk lesen hiburan dan kelab malam, rumah sundal dan kedai ekor.

    Mungkin bunyinya senang, tapi hakikatnya, dah jadi barah dalam negara kita. Tahap 3,...

    ReplyDelete
  11. Salam...

    saya menggeleng kepala laju melihat perkara ini!

    mula-mula di tong sampah dan longkang..sekarang atas jalan dan dilanyak pula oleh kenderaan..masya'Allah!!!

    ReplyDelete
  12. Semoga Allah selamatkan Malaysia, saya sudah mengupas isu yang saudara minta kan itu.

    ReplyDelete
  13. sedih mengenangkan kisah2 seperti ini. belum lg kisah pelajar sekolah minum arak beramai2, merompak, buli, dll..

    salam cikgu izzudin..ingat sy lagi? apa khabar? :)
    -wilda

    ReplyDelete
  14. Salam sdr. Brahim.

    Itulah masalahnya. Allah sudah turunkan undang-undang untuk Muslim tetapi kita menentangnya dan guna pakai undang-undang kafir. Dan inilah akibatnya.

    Bagi Pak Din, sesiapa saja dari orang yang menggelarkan dirinya Islam tetapi menentang hudud, "imannya telah rusak".

    Nak berfatwa Pak Din bukan Mufti juga bukan Ahli Majlis Fatwa. Ilmu pun sekuku labah-labah saja tapi alhamdulillah Allah kurniakan mata hati yang celik.

    ReplyDelete
  15. salam..

    masya Allah. sedihnyaa. buang anak macam buang sampah. yg inginkan terus berusaha. sebaliknya yg hanya nakkan keseronokkan trus menerus membuang anak..

    hm..doakn moga saya tak macam remaja2 tu, insya Allah!

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...