Sunday, March 8, 2009

Syukur, masih ada pejuang Bahasa Melayu





*Semua foto adalah ihsan daripada blogger http://www.pakkatib.blogspot.com/

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Hari ini begitu bersejarah dan akan dikenang oleh anak cucu kita. Pejuang bahasa, sasterawan , mahasiswa dan rakyat mengadakan rapat umum menyerahkan memo kepada YDPA agar PPSMI dimansuhkan. Peristiwa ini disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk orang bukan Melayu. Biarpun pihak polis menembak gas pemedih mata, itu semua tidak merencatkan hasrat rakyat melihat Bahasa Melayu dimartabatkan semula.

Jangan anggap mereka ini anti establishment. Sebaliknya, ia adalah manifestasi rakyat, khususnya masyarakat Melayu agar pemerintah (dibaca BN) lebih proaktif dalam mempertahankan Bahasa Melayu di negara ini.

Tanyalah guru dan pelajar di sekolah luar bandar, pasti jawapannya hampir sama: PPSMI tidak patut diteruskan. Malah, lebih efektif jika kerajaan menambahkan masa subjek Bahasa Inggeris dalam P&P, tingkatkan kualiti dan kuantiti guru, serta ABM yang lebih berkesan. Jangan korbankan Sains dan Matematik semata-mata kerana Bahasa Inggeris.

Berpijaklah di bumi nyata. Semua orang pernah buat silap. Tun Dr Mahathir juga tersilap, dan tidak salah jika kita betulkan kembali kesilapan itu.

Tahniah kepada semua. Berita terbaru daripada Mstar online, Paklah meminta KPM (baca Datuk Hishamuddin) agar cepat buat keputusan untuk mengelakkan masalahg lebih buruk pada masa akan datang. Itu memberi gambaran bahawa Paklah memahami isi hati rakyat.

3 comments:

  1. Cikgu Izzuddin..

    Seperti yang kak tirana kata dahulu, untuk menguasai BI, tidak boleh menggunakan bahasa lain melainkan BI itu sendiri.Kak tirana memberi pendapat sedemikian berdasarkan pengalaman sendiri.Wajar pihak KPM mengkaji semula cara pengajaran BI di peringkat tadika dan sekolah jika mahu murid-murid luar bandar menguasai bahasa tersebut. Kak tirana tidak nampak jalan dan cara bagaimana mereka menggunakan matematik dan sains untuk menguasai BI. Jika tiada langsung asas BI, bagaimana murid-murid nak apply bahasa tersebut dalam mata pelajaran Mathematik dan Sains. Jika telah mempunyai asas BI yang kuat, mungkin untuk memahirkan, itu tidak menjadi masalah untuk belajar apa sekali pun dalam BI. Yang sedihnya murid-murid luar bandar (kak tirana tahu sebab kak tirana pun berasal dari luar bandar)tidak mempunyai asas BI yang kukuh. Untuk belajar asas BI, kita kena guna BI itu sendiri. Malah untuk belajar asas bahasa apa sekali pun, kita kena guna bahasa itu sendiri. Boleh ke kita nak belajar asas BM dengan menggunakan subjek matematik dan sains? Dalam subjek matematik dan sains, tidak diajar tatabahasa jadi mana mungkin kita boleh menguasai BM melalui subjek tersebut.Untuk menambah perbendaharaan kata mungkin boleh tapi itu tidak bermakna jika kita tidak tahu tatabahasa, tidak tahu ragam ayat dan tidak tahu untuk membina ayat. Sama juga dengan BI. Mungkin melalui Matematik dan Sains boleh menambah vocabulary tapi jika tak tahu grammar, mana mungkin murid-murid boleh menguasai BI dengan baik.

    Cadangan yang terbaik untuk membolehkan murid-murid menguasai BI ialah tukar cara mengajar subjek BI kepada cara yang lebih efektif tanpa perlu kita ganggu gugat kedudukan BM sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah.

    p/s maaf..terpanjang pulak komen ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. Setuju kak.

    Guru-guru memang dah nampak impak PPSMI terhadap murid luo bando...

    Anak golongan elit dan duduk di bando, rasanya takde masalah.

    Tapi majoriti adalah murid luo bando..Sian..

    ReplyDelete
  3. Sejak diwujudkan PPSMI, berapa peratuskah peningkatan dlm BI dan berapa peratuskah penurunan dalam mate dan sains. Jangan kelirukan rakyat Malaysia dengan menurunkan markah lulus calon untuk menunjukkan kejayaan PPSMI. Karam Singh kata "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran" hehe.. (kalau karam tak kata, kena saman nie..)

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan