Saturday, March 21, 2009

SIAPAKAH WANITA SOLEHAH?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya.
"Ayah..ceritakanlah kepadaku perihal muslimah yang sejati.."

Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu..

Anakku.......

Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat daripada kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.

"Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian"
(Hadis Riwayat Muslim)


Si ayah terus menyambung...

Muslimah sejati juga tidak dilihat daripada bentuk tubuh badannnya yang mempersonakan, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersonakan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dilihat daripada keikhlasan ketika dia memberikan segala kebaikan itu.


Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat daripada keahliannnya berbahasa, tetapi dilihat daripada bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah mempertahankan kebenaran.

Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibnAbbas, Ibn Omar, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat:

"Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya"
(As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Ass Fit Tafsir)


"Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik"
(Surah Al-Ahzab : 32)




Si ayah diam sejenak sambil melihat wajah manis puteri kecilnya itu...


Lantas apa lagi ayah..? sahut puteri kecil terus ingin tahu...

Ketahuilah wahai puteriku......

Muslimah sejati bukan dilihat daripada keberaniannya dalam berpakaian 'grand' dan 'up to date', tetapi dilihat daripada sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat daripada kekhuatiran dirinya yang mengundang orang lain jadi tergoda.


Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada beberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat daripada sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Allah..Dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.

Dan ingatlah anakku......

Muslimah sejati bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat daripada sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"
(Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu, si anak kembali bertanya, siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya..? Mampukah dan layakkah saya, ayah..?

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, pelajarilah mereka!
Supaya kamu berjaya nanti. INSYAALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita solehah kelak. Malah semua wanita boleh....Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi...

"ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W"

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang dia kehendaki."
(Riwayat Al-Bazzar)

"...Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahuinya? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna."
(Surah Az-Zumar:9)



P/S: Sedikit tambahan daripada pembacaan saya:

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi S.A.W, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang) :

"Aku berkata: "Wahai Rasulullah ! Adakah wanita di dunia lebih baik daripada bidadari?"

Baginda menjawab; "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."

Aku berkata: "Wahai Rasulullah!Bagaimanakah itu?"

Baginda menjawab:"Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning...(hingga akhir hadis)"
(Riwayat al-Tabrani)

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu ana sandarkan pd diri ana sendiri.. hakikatnya kedua2nya datang dari Allah s.w.t jua..


A beauty is a woman you notice; A charmer is one who notices you. "Don't walk in front of me, I may not follow ~ Don't walk behind me, I may not lead ~ Just walk beside me and be my friend."

Terima kasih adikku Ika, kiriman info menarik ini kukongsi bersama rakan blogger

6 comments:

  1. Salam Sdr. Brahim.

    Benar sekali. Wanita yang baik adalah wanita yang patuh kepada Allah dan patuh kepada suami.

    Suami yang baik adalah suami yang patuh kepada Allah dan kenal serta faham tanggung jawabnya terhadap keluarga dan masyarakat.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Doakan saya semoga bertemu wanita solehah itu..:)

    ReplyDelete
  3. Pakdin,

    Andai suami isteri jalankan tanggungjawab dengan baik, masalah sosial anak-anak remaja dapat diatasi.

    Ibnurashidi,

    Insya Allah.. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Saya doakan..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    Cikgu Izzuddin..
    Alhamdulillah, subhanaallah..akhirnya artikel saya ini telah disebarkan oleh rakan2 blogger yang lain..gembira dan bersyukur kerana artikel yang baik dapat dimanfaatkan untuk semua...:)Moga2 Allah memberi keberkatan kepada kita semua...aminn..
    http://wwwnurhuda-cahayapetunjuk.blogspot.com/2009/03/siapakah-wanita-solehah.html

    Wanita solehah adalah idaman semua wanita di muka bumi yang diciptakan oleh Allah...
    "Muslimah solehah...Mutiara Perhiasan Dunia"..

    Saya berdoa semoga saya dan semua wanita di dunia ini, menjadi wanita solehah yang mempunyai ahklak terpuji hingga ke akhirnya...aminn...insyaAllah

    ReplyDelete
  5. Mudah-mudahan kak tirana dan anak perempuan menjadi wanita yang solehah..:)

    ReplyDelete
  6. Nurhuda,

    Saya panjangkan renungan ini untuk memberi peluang sesama kita bermuhasabah. Rupanya puan 'pemilik asal' artikel ini. Syukran.

    Kak Tirana, saya doakan..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan