Wednesday, March 11, 2009

Dup Dap Dup Dap Dup Dap Dup Dap.....

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Entah apalah di fikiran pelajar-pelajar yang mengambil SPM 2008 yang lalu. Esok, keputusan SPM akan diumumkan secara rasmi.

Tentulah degup jantung pun semakin kencang. Dulu, semasa aku nak ambil keputusan, berjanji nak pergi bersama-sama dengan rakan, balik pun sama-sama. Tapi bila dah dapat, kawan yang dapat keputusan tidak sebaik aku, akhirnya pulang dulu, sebab malu, katanya.

Sebenarnya, gagal atau lulus hanyalah di sekeping kertas. Yang penting, jika gagal, belajarlah daripada kegagalan, supaya kita menang satu hari nanti.

Buat semua pelajar SPM 2008, moga anda berjaya mendapat keputusan yang baik...

Jika menangis pun, biarlah yang menitis itu, air mata gembira dan kesyukuran..


10 comments:

  1. Semua orang mahu berjaya, tetapi tidak semua mampu mencapai kejayaan. Gagal dalam peperiksaan masih boleh dibaiki sekiranya kegagalan itu dijadikan pengajaran.

    Yang penting kehidupan tidak gagal. Ramai yang gagal dalam pelajaran tetapi berjaya dalam kehidupan (kerjaya). Tetapi seboleh-bolehnya mesti cemerlang dalam pelajaran barulah senang untuk berjaya dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  2. cerita pase keputusan SPM... banyak benor kenangan masa tu...
    teman mcm tahu aja - ada yg mankor...
    siap plan ' what next '...
    keputusan belum ambil tapi dah daftar nak ambil SPM sekali lagi...

    akhirnya - cukup2 makan.
    kepada adik2 besok....
    A bukan segalanya.walaupun suratkbor besok jenuh dengan muka org dapat A...dan...

    KEPUTUSAN SAINS & MATH dalam Bahasa Org Putih meningkat lagi......mesti ada.

    ReplyDelete
  3. masa result spm keluar 24 tahun lalu, saya tak pegi ambikpun. maklum saja sekolah jauh di kuantan. tapi buat selamba dek je sampailah pakcik telefon sekolah. nasib baik gred 1. kalau sap? kawin terus..

    ReplyDelete
  4. salam,
    kesempurnaan tidak serupa,
    ada yang berjaya,
    yang gagal kan turut serta,
    tangis hiba pelbagai rupa.

    ReplyDelete
  5. Puterabumi,ramai juga rakan yang kecundang dalam SPM, tapi mampu hidup selesa juga. Tapi peritlah juga.

    Ada kawan saya, Mat Zaini namanya. Kini dah jadi kontraktor, rapat dengan orang-orang politik. Nak cari makan, kenalah bijak cari ruang, katanya. Ada pekerja Indon lagi...

    Di sekolah dulu, dia tak 'berapa menjadi'..

    Saya tumpang gembira tengok dia berjaya dalam bidangnya.

    ReplyDelete
  6. Yop Harun,

    Mike perasan tak, sekarang ni, jarang beno nak tengok budak repeat. Mungkin budak sekarang banyak pilihan.

    Kalu dapat result tak 'strong', ramai yang kerja kilang, masuk army atau ambik kemahiran di GIAT atau IKM.

    Kalu repeat pun, mungkin ambik 'July paper'..

    Pengalaman teman sebagai cikgu ni, yang ghamey nego nanti, yang kurang dapat 'A' tu.. Yang banyak dapat 'A' tak beghape nak nego cikgu..

    ReplyDelete
  7. Hmm, Kak Lin,

    Dulu ada gred 1,.. untuk budak hebat-hebat.

    Gred 2 untuk kurang hebat...

    SAP,....Hmmm. Peluang untuk repeat atau kahwin.. hihihihihi

    Seronok masa amik result dulu.. Debo-debo hati. Saya berpeluang nengok reaksi bebudak SPM ngambiknya... Sama macam Kak..

    ReplyDelete
  8. Mazemiemaz,

    Kesempurnaan sebenonya tak diukur melalui jumlah 'A', sebab ada jugak yang banyak 'A' tapi kecundang di universiti.

    Itu lah yang selalu saya bagitau budak saya... Jangan mudah mengalah jika sekali kita gagal.

    Makaseh...

    ReplyDelete
  9. Tahun ni tak ada anak yang amik SPM so tak berdebar sangat.. Kalau tidak, mama yang lebih berdebar dari anak..hehehe..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan