Saturday, March 7, 2009

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga...

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Sejak akhir-akhir ini, waktu solat subuh agak lewat. Dalam erti kata yang lain, waktu terbit matahari juga lambat. Keadaan masih gelap ketika jam mencecah 7 pagi. Ketika itu juga, ramai ibu bapa keluar bekerja. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Anak-anak pula tentulah sibuk ke sekolah.

Awal Jumaat, 6 Mac 2009, aku baru sahaja memulakan perjalanan menghantar anak-anak ke sekolah. Tidak jauh dari rumah, berdekatan simpang Tebuk Bidan, aku melihat kemalangan yang baru sangat berlaku. Sebuah motor, masih terbaring di tengah jalan, dan orang ramai sibuk membantu mangsa.

Hati terdetak, mungkin anak muridku terlibat? Aku memberhentikan kereta, lalu turun meninjau. Anak-anak kupastikan selamat setelah ku parkir di tepi jalan berhampiran.

Kak Aisyah, seorang daripada pekerja swasta di sekolah lantas menerpa lemah ke arahku. Dalam samar-samar disuluh lampu kenderaan, aku melihat kain tudungnya dipenuhi darah. Motor Kak Aisyah tumbang di sisi jalan. Ada seorang mangsa terbaring di tepi jalan.

"Kak Esah?" aku spontan menyebut namanya.

"Cikgu, Nabila,.. cikgu..." kata Kak Aisyah lemah, dengan helmet masih di kepalanya. Dia masih dalam keadaan terkejut.

Aku meluru melihat Nabila yang masih terbaring. Nabila juga dalam keadaan stabil, tetapi darah di kepalanya membuatkan kami risau. Orang semakin ramai menghampiri. Abang Lias, Abang Murad dan beberapa orang yang aku kenali turut sama membantu.

Rupanya, Kak Aisyah terbabit dalam kemalangan pagi ini. Sebuah motor yang ditunggang laju oleh seorang anak muda menghentam belakang motor Kak Aisyah. Kak Aisyah dan anak sulungnya Nabila, (anak muridku) terpelanting ke tepi jalan dan luka parah di kepala. Mujurlah tidak patah, tapi kecederaan di kepala membimbangkan.

Aku cepat-cepat menghubungi seorang rakan di Poliklinik Lekir. Manakala orang ramai sibuk membantu urusan trafik yang tergendala.

"Nal(Zainal),.. Tolong hantar ambulans, ada kemalangan di Batu 11,"

"Baik, cikgu.." katanya tanpa banyak bertanya.

Kurang 10 minit, sebuah ambulans datang dan membawa mangsa terus ke Hospital Seri Manjung.

Pada petang tadi, aku menziarahi mereka di wad 6, HSM. Kak Aisyah stabil., tetapi cedera di kepala. Mulutnya berjahit dan hilang 4 batang gigi. Ada juga luka di lutut dan betis. Nabila luka di kepala dan kaki. Ramai juga rakan dan saudara maranya yang datang, termasuk 3 lagi anak perempuan Kak Aisyah yang masih kecil.

Aku simpati dengan Kak Aisyah. Wanita pertengahan 40-an ini, ditinggalkan suaminya, seorang pemandu lori sejak 8 bulan lalu. Dialah satu-satunya sumber pencarian keluarganya sekarang. Nasibnya tak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

5 comments:

  1. Takziah. Hidup ini macam-macam dugaannya

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan Kak Aisyah tabah menghadapi dugaan hidup...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

    ReplyDelete
  3. Pokli, makaseh nyinggah.

    Guane Ganu kite? Hujang ker?

    Tirana,

    Nape pompuan begini selalu ditinggalkan? Siannn..

    ReplyDelete
  4. BrahimNyok..
    Kadang aku pun tak faham lelaki begini... Gembirakah hati itu kalau ada tanggungjawab yang tak selesai?

    ReplyDelete
  5. salam cikgu..jue baru nak tanya ttg kemalangan tu..sbb masa kejadian tu jue ada lalu kat situ nak g sekolah.tapi tak berhentipon sbb nanti sesak lak..tu rasa takut jer nak memandu jadinyer...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan