Saturday, March 14, 2009

Masa Cuti, Masa Kerja..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Semalam, aku berbual dengan rakan-rakan di kantin. Ada dua orang guru praktikum yang turut serta, Yazid dan Sham.

Kami bersembang tentang cuti yang bakal bermula. Sebenarnya, cuti hanya untuk pelajar. Guru tidak bercuti. Guru tertakluk kepada Perintah Am dan arahan Pengetua, sebagai ketua jabatan.

Ramai juga yang mengadakan kelas tambahan masa cuti. Aku juga bertugas mengikut jadual yang sudah ditetapkan. Bagi yang bujang seperti Yazid dan Sham, sudah tentu ada perancangan sendiri.

"Mujur juga kita ada masa bercuti," kata Mior.

"Mengapa pula?" aku meminta penjelasan.

"Ada rakan yang jadi jurutera (di sebuah syarikat carigali minyak), gaji memanglah besar, tetapi merungut kerana masa bersama keluarganya terhad." katanya sambil menghirup teh.

"Sebenarnya, ada kos melepas," kataku.

"Iyalah, kita mungkin dapat suatu perkara, dalam masa yang sama kita juga kehilangan satu benda. Tak semua kita boleh dapat dalam dunia ini." kata Ustaz Amin menambah. Ustaz Amin adalah contoh yang boleh aku ikuti. Anaknya, Munqeedz memperoleh 10A dalam SPM baru-baru ini, sekaligus menjadi pelajar terbaik sekolah. Cara Ustaz Amin mendidik anak-anak, wajar dijadikan contoh.

Benarlah, memang kita patut bersyukur dengan apa yang Allah beri. kekadang, kita terlalu mengejar keduniaan, sehingga kita 'kehilangan' masa untuk bersama keluarga.

Kelmarin aku berjumpa bekas murid, yang dulunya jurutera di sebuah kilang.

"Tak bolehlah cikgu, kalau masa bujang, bolehlah bekerja hingga lewat malam." katanya.

Dia sudah pun tamat KPLI dan lebih suka kerjaya guru, sebab mudah bersama anak isteri, dan lebih penting, ada masa untuk menguruskan keluarga.

Tak mengapalah, asalkan dia tidak menganggap kerjaya guru sebagai pilihan akhir, sebab jika mengajar ada kadar, yang merana nanti adalah anak murid satu generasi.

6 comments:

  1. kawe betul2 cuti.... pasal kawe awal2 tak isi borang jadi cikgu yg mengajar SBT... walaupun bayarannya RM50 sejam... tapi rasanya... baik la kawe duk rumah dgn family... tak jadi kaya pun kalau mengajar SBT tu.... hehehe

    ReplyDelete
  2. sape lg best student kat skolah kt ckgu???ady fitri n the geng??

    ReplyDelete
  3. salam cikgu izzuddin...cikgu/mengajar merupakan cita2 saya sejak kecil lagi...insyaALLAH saya akan terus menabur bakti untuk anak didik sya...sama seperti yg cikgu lakukan...sy akan contohi cikgu..

    ReplyDelete
  4. Shifu67,

    Selamat bercuti. Balik Perak?

    Ke mana pun demo g, yang penting cuti dapat dimanfaatkan.. dok gitu?

    ReplyDelete
  5. Put, Munqeedz 10A (pecah rekod, tak penah ada sebelum ni)

    Ady 5, Mai 8,.. Jatuh ckit tahun ni. (9 orang gagal BM.. Teruklah kena 'bancuh' dgn bos), 66 org gagal Sejarah (pergh.. KP- Cikgu Rozila dah tak ceria dua tiga ari ni)

    SMKBS No. 10 drp 20 buah di Manjung, Masih top ten..

    ReplyDelete
  6. Jue, tugas mulia memerlukan pengorbanan. Cikgu bangga sebab Jue dah jadi sebahagian warga pendidik.

    Bukan Jue saja, ada lagi pelajar yang bergelar guru:
    Fairuzima, Fadzilah, Azmi Mokhtar, Salihah, Jaja (Azliza), Juzaidah, Shariff,..

    Anak-anak cikgu pun, kini di'ajar' oleh bekas murid cikgu dulu...

    Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan