Saturday, March 28, 2009

Malunya...

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Tarikh mesyuarat pun dah mengelirukan. Surat PPD menyatakan sepatutnya semalam, kemudian ditunda ke hari ini. Aku jadi makin pening.

"Izzuddin, wakilkan saya ke mesyuarat tu, ya!"

"Baik, cikgu.. Err, apa nak bawa, cikgu?"

"Kamu bawa laporan pertengahan tahun, seperti dalam surat."

Jadi, bertambahlah satu cabaran. Aku pergi ke SMK**, walhal dalam surat menyatakan tempat mesyuarat di PPD. Akhirnya aku lewat tiba. Nak masuk ke bilik mesyuarat pun dah gabra.

Gulp!... Dengan doa yang entah apa-apa, aku beranikan memusing tombol pintu bilik mesyuarat, dan mataku terus menuju ke arah pengerusi mesyuarat.

Alamak! Tuan PPD sedang pengerusikan mesyuarat, dan aku pasti, akulah yang terlewat.. Aduhai.

"Maaf tuan, saya terlewat."

"Dari mana, ni?" Dengan wajah mencuka, dia memandang sinis ke arahku.

"Sekolah ***" Kataku.

Ketika itu, aku masih memagang tombol pintu. Daun pintu belum lagi kututup semula. Semua mata yang ada di bilik mesyuarat itu, terarah ke susuk tubuhku.

Rasanya, bagai ingin tercabut jantung. Apatah lagi di'layan' sebegitu, malunya kepada semua yang hadir. Rata-ratanya pengetua dan penolong kanan. Hanya aku yang bukan dalam kalangan itu.

"Mana pengetua? Mengapa pengetua tak datang?"

Aku terkesima lagi. Soalan 'maut' itu, kujawab dengan tergagap-gagap. Aku cuak sebenarnya, kerana tak bersedia ke mesyuarat tersebut. Banyak perkara yang aku tak tahu. Maklum, hanya wakil. Mana mungkin aku menjawab beberapa pertanyaan tuan PPD dengan berkesan.

Dua tiga kali aku memohon maaf kerana lewat, tapi ia tak dapat menghilangkan rasa malu ditegur oleh PPD tadi.

Memang nasib tak baik agaknya, hari itu.

3 comments:

  1. Tang lewat tu tak boleh nak kata apa la..
    Tang KENA GANTI tu, patut mau kena sekeh jer orang yang SEPATUTNYA pergi tuuu....( walau bagaimana pun terimalah pengalaman ini sebagai sesuatu yang berharga..mungkin suatu hari nanti, kut jadi penolong atau pengetua,paling tidak dah ada pengalaman berMESYUARAT ngan PPD...smile)

    ReplyDelete
  2. Salam sdr. Brahim.

    Kegugupan dan kecelaruan yang saudara alami sebenar adalah kerana saudara di timpa penyakit "Inferiority complex/rasa rendah diri". Sepatutnya bila saudara mewakili GB/Pengetua, anda adalah bertaraf pengetua ketika itu. Saudara perlu angkat diri anda ke tahap yang sama dengan hadirin. Barulah anda tidak gugup dan mampu berhujah dengan baik walau pun saudara kurang persediaan.

    Saya pernah di tanya oleh Timbalan Ketua Pengarah bagaimana saya berhadapan mesyuarat yang Menteri sebagai pengerusi, ada KSU, ada Ketua Pengarah. Saya jawab yang saya hadir dengan diri saya juga ada Menteri atau KSU.

    Bila kita angkat diri kita dengan duduk sama rendah barulah kita boleh berhujah dan menuntut sesuatu dengan berkesan. Itulah petua yang saya guna pakai.

    ReplyDelete
  3. Kak Hida,

    Pengalaman membantu kita jadi matang..


    Pakdin,
    makaseh tips yang sangat berguna. Memang gugup itu menyebabkan saya tenggelam punca.


    InsyaAllah,saya buat lebih baik selepas ini, jika diarahkan lagi.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...