Tuesday, March 3, 2009

Kriket, Sukan Yang Berpotensi Di Malaysia

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Pada 2 hb hingga 4 hb Mac 2009, aku dan beberapa orang rakan mengiringi dan membawa pelajar yang menyertai kejohanan Kriket Sekolah-sekolah Menengah Daerah Manjung 2009. Ia bertempat di Pangkalan TLDM Lumut dan disertai 5 buah sekolah.Inilah padang kriket TLDM, berlatarbelakang hangar KD Rajawali

Kriket sebenarnya bukanlah sukan asing di SMKBS. SMKBS telah menjadi johan 4 tahun berturut-turut. Itulah yang menyebabkan Cikgu Hakim berasa bangga dengan pencapaian anak didiknya.

Kali ini, jawatankuasa kejohanan menetapkan hanya 15 over bagi setiap perlawanan. Dua pasukan akan memasuki padang (diameter standard 70 meter, tapi di peringkat sekolah menengah hanya 50 meter) iaitu pemadang (fielder) dan pemukul (beating).
Sesi 'berebut baju jersi' dipantau oleh Cikgu Mior Hanip

Dalam perlawanan pertama semalam, kami menentang SMK Seri Manjung dan menang dengan kelebihan 1 wiket. Wiket maksimum ialah 10. Wiket bermakna pembaling bola di pihak pemadang berjaya membaling tepat ke arah kayu tiga batang selari, atau mana-mana pemadang berjaya menyambut (tanpa jatuh ke tanah) bola yang dipukul pihak lawan. Ini juga membawa makna pemain lawan yang berkenaan 'mati'.

Secara teknikalnya, sukar untuk menjelaskannya melalui penulisan, tetapi kita mudah faham permainan ini jika melihat cara permainannya. Bagaimanapun, untuk mengira jumlah mata (runs) ia memerlukan kemahiran yang lebih. Bahagian ini aku tak mahir lagi.

Bergambar sebelum perlawanan- Berdiri kanan dan nampak macho itu adalah aku. he..he..

Antara pelajar kami yang berpotensi ialah Azhar, Bubo (Arif), Kelin (Nasrullah), Zaman, Zidan (Zahidan) dan tidak keterlaluan jika aku katakan setakat ini, pasukan sekolah kami adalah pilihan.En. Rahman Adas, YDP PIBG sedang sibuk memberi tips akhir..

Kami juga bertuah kerana selain semangat kuat pelajar, pengerusi PIBG adalah peminat dan turut memberi sokongan.

Sebenarnya, sukan kriket tidak popular seperti mana bola sepak atau badminton. tetapi Malaysia tidak ketandusan bakat. Melalui Persatuan Kriket Melayu Malaysia, kriket turut dipertandingkan di dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, kita masih jauh ketinggalan dari segi taktik berbanding negara seperti India, Bangladesh, Pakistan dan England sendiri.

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...