Tuesday, March 17, 2009

Sayang Merbah Kepada Anaknya

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Jika kita tinggal di kawasan pinggir hutan atau sub urban, mungkin kita berpeluang melihat burung merbah.

Merbah kapur
Paling mudah kita menemui Merbah Kapur (Yellow-vented Bulbul) atau nama saintifiknya Pycnonotus goaivier. Burung merbah memang sinonim dengan kawasan luar bandar kerana itulah habitatnya. Dietnya ialah makanan seperti ulat dan serangga kecil.

Sepasang merbah bersarang di pokok mangga di halaman rumah sejak tiga minggu lalu. Dua biji telur yang dieram oleh ibu merbah sudah pun menetas.

Dua ekor anak merbah sedang tidur..

Kerap juga aku menjenguk dan melihat anak-anak burung ini. Kekadang rasa nak bela, tapi fitrah alam, burung liar tidak betah tinggal dalam kurungan.

Sungguh cepat ia membesar. Dalam tempoh kurang dua minggu, bulu pelepahnya semakin lebat, dan mampu terbang.

Uniknya ibu merbah, ketika aku 'mengunjungi' sarangnya, pasangan merbah itu membuat bunyi bising, mungkin sebagai amaran kepada anak-anaknya. Anak-anak burung yang baru belajar terbang itu pun 'melarikan diri', walaupun terbangnya masih tidak sempurna. Ketika itulah aku dapat melihat keunikan ibu merbah.

Ia cuba menarik perhatianku untuk memastikan anak-anaknya selamat. Pasangan merbah itu seolah-olah patah sayap, dan melompat-lompat sambil merebehkan kepaknya. Aku yakin pasangan merbah itu berlakon supaya 'musuhnya' terpedaya dan tidak mengganggu anak-anaknya yang baru belajar terbang.

Begitulah sayangnya burung merbah kepada anaknya. Allah memberi haiwan naluri untuk menyayangi anaknya.

12 comments:

  1. Binatang pun tahu sayangkan anak-anaknya sedangkan manusia yang Allah bagi akal, sanggup campak anak merata-rata..

    ReplyDelete
  2. tq, cikgu belajar dari merbah, kita plaks belajar dari cikgu :)

    ReplyDelete
  3. Sememangnya Allah menjadikan alam dan kehidupannya sebagai perbandingan....dan hanya orang2 yang menggunakan akal shj yang mendapat hidayah untuk mengagungkan kekuasaan Allah.

    Syukur...moga kita di antara manusia yang mendapat hidayah selalu.

    Info yang menarik.

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana, betul seperti yang kak nyatakan. Itulah maksud saya.

    Maksu,
    Uniknya merbah, kita belajar sesuatu daripadanya. Rela perjudikan nyawa demi anak yang baru belajar terbang.

    Asyiq,
    Benar, sebenar-benarnya. Moga kita sentiasa dirahmati Allah.

    Bang Jinggo, jangan teringat jer, jadi balik?

    ReplyDelete
  5. Salam sdr. Brahim.

    Kalau burung sebegitu sayangnya pada anak-anak, apa gelaran pula kepada manusia yang buang anak?

    Kalau nak dibandingkan dengan binatang, binatang sayang anak. Kalau nak dibandingkan dengan setan, rasanya setan pun sayang anak sebab ada kes anaknya diganggu dan sipengganggu kena rasuk.

    Nak dinamakan apa ye?

    ReplyDelete
  6. Brahimnyok,

    tetiba jer akak jadi syahdu..
    teringat lagu Rapeah Buang ke sapa ke..

    'Anak Punai anak merbah,
    Terbang tinggi buat sarang..
    Anak sungaikan merubah..
    Inikan pula hati orang..mengapa dikenang..'

    he he he
    tu senikata lagu tu!

    ReplyDelete
  7. Pakdin,

    Saya pun tak tau nak gelar apa pada manusia yang berzina dan buang anak merata-rata ni. Lebih teruk dari haiwan. Haiwan pun tahu sayangkan anak.

    Tapi ada manusia yang sudah dikuasai nafsu, tidak menghargai langsung nyawa manusia.

    Dah akhir zaman, kita ni... Pakdin oi...

    ReplyDelete
  8. Wah, pandai nyanyi lagu lama ni, kak?

    Saya tambah..

    Asal kapas dari benang
    Dari benang dibuat kain,
    barang lepas jangan (di) kenang
    jadi milik orang lain
    Mengapa dirunsing

    hehehe..

    ReplyDelete
  9. salam singgah. terkenang masa lalu. Kecik-kecik selalu panjat pokok cari sarang burung. Tengok macamana anak burung citt citt ternganga minta makanan.
    Burung pandai carikan makan untuk anak-anaknya. Ada mnusia yang sanggup menghempas anak hingga mati semata-mata kerana tak tahan mendengar tangisan...

    ReplyDelete
  10. ini rupenya bunga merbah ya.. tak pernah tengok...cantik..subhanAllah

    beza manusia ngan haiwan, adalah diberi akal...tapi sayangnya manusia banyak mengikut nafsu dari menggunakan akal...

    ReplyDelete
  11. kg aku(naka, kedah) pnggil burung merbah ni dgn mna burung chapa

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

TUN DAIM YANG DERMAWAN

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Tun Daim Zainuddin, mantan menteri k...