Wednesday, March 18, 2009

Sudahlah Jahil, Sombong Pula..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Maaflah, kalau saya katakan tidak semua artis di Malaysia hari ini bijak dan pandai bawa diri. Pelbagai gosip dan publisiti murahan segelintir artis ini menyebabkan mereka sering dipandang serong.

Jawablah!: 'Berbisik bukan berpeluk'

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my


JOHAN akui adegan mesra antara dia dengan Ozlyn hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

Johan mengaku sedang dilamun cinta dengan Ozlyn

AKSI mesra pengacara dan pelakon, Johan yang bakatnya dicungkil daripada program Gelanggang Raja Lawak bersama pasangannya pelakon TV, Ozlyn Wati nampaknya terus menjadi bahan bualan ramai. Kedua-duanya didakwa melakukan 'aksi berani' mati seperti bercumbu, suap menyuap dan berpeluk sakan di khalayak ramai walhal antara mereka masih belum ada ikatan yang sah.

Terbaru, beberapa akhbar arus perdana turut mengkritik perbuatan Johan dan Ozlyn yang dilihat kurang manis kerana secara tidak langsung memberi persepsi buruk terhadap golongan artis.


Sudahlah macam belangkas, ke mana pergi asyik bersama, ditambah pula gemar membuat 'wayang percuma', pastinya ia menimbulkan perasaan meluat bagi mereka yang menyaksikannya.

Menurut cerita yang kini tersebar luas, kelakuan sumbang mereka ini dilihat pada dua acara iaitu pada Gelanggang Akhir Raja Lawak musim ketiga baru-baru serta sebuah majlis amal. Merpati dua sejoli ini didakwa bersikap selamba dan tenggelam dengan dunia mereka walaupun ketika itu banyak mata yang memandang.

Hip mendapatkan maklum balas daripada Johan. "Bukan untuk menegakkan benang basah atau cuba mencari publisiti murah," jelas Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohammad Aziz yang pada masa ditemani kekasihnya, Ozlyn di sebelah turut berkata mereka mempunyai alasan kukuh di sebalik peristiwa yang berlaku itu.

AKSI mesra pasangan kekasih yang sedang hangat dilamun cinta yang turut mengundang kontroversi.

Hip: Mungkin ramai yang hendak tahu apa sebenarnya hubungan Johan dengan Ozlyn?

Johan:
Terus terang, saya akui memang kami bercinta dan kami memang dalam perancangan mendirikan rumah tangga. InsyaAllah, kami akan berkahwin pada Jun nanti, tapi tahunnya belum tahu lagi. Kami memilih bulan Jun kerana bagus untuk mereka yang berbintang Gemini.

(Main-main bab nak kahwin, tentulah kamu tak serius. Bulan Jun, tapi tahun bila, kamu pun tak pasti? Maknanya kamu tidak merancang untuk kahwin, hanya merancang berseronok sahaja)

Hip: Sebelum ini Ozlyn pernah bercinta dengan Acong, bekas vokalis kumpulan Sweetchild. Apakah Johan sebenarnya orang ketiga atau perampas dalam hubungan itu.

Johan:
Saya tidak merampas sesiapa. Seperti yang pernah Ozlyn tegaskan sebelum ini, dia bukanlah menjadi hak sesiapa, jadi terserah kepadanya untuk berkawan dengan sesiapa yang dia suka. Lagi pun, dalam hubungan ini, terbukti ia lahir dari perasaan suka sama suka dan bukannya ada paksaan. Jadi macam mana hendak dikatakan saya merampas kekasih orang. Mengenai hubungannya dengan Acong, saya tak masuk campur sebab saya kenal Ozlyn selepas dia mengaku yang dia tidak dimiliki oleh sesiapa pada masa itu.


Hip: Sejak kamu bercinta, macam-macam cerita tersebar. Terbaru, Johan dan Ozlyn dikatakan tak tahu malu apabila beraksi kurang sopan di khalayak ramai. Boleh ulas sikit?

Johan:
Kami tahu dan kami baca sendiri cerita itu di akhbar. Saya ingin membuat pembetulan di sini bahawa kami sebenarnya bukan bercium atau berpeluk. Apa yang kami buat sebenarnya adalah berbisik. Mungkin perbuatan itu menyebabkan ramai yang menyangka yang kami sebenarnya bercium. Kami berbisik pun ada sebab iaitu pada masa kejadian itu, saya terdengar ada orang yang bercerita hal yang kurang baik mengenai diri kami. Terlanjur individu itu sudah mengata kami, jadi saya sengaja mendekatkan diri di wajah Ozlyn sambil menjerit perkataan I Love You di khalayak ramai. Kira kami berlakon, buat begitu sebab nak bagi individu itu lagi panas dengan kami.

(kamu ingat masyarakat bodoh macam kamu ke, Johan? Foto kamu tu jelas menunjukkan kamu berpeluk. Nak bagi individu itu lagi panas dengan kami? Tak payahlah, api neraka lagi panas)

Hip: Tapi tidakkah Johan tahu perbuatan seperti itu kurang manis?

Johan:
Saya hairanlah, mengapa apabila kami berbuat begitu, orang pandang serong, tapi bila artis lain buat perkara sama, tidak ada siapa yang pertikaikan. Kami cuma laga pipi, dan perkara ini juga dilakukan artis lain apabila mereka berjumpa. Lagi pun, adalah lebih baik apabila kami, yang memang mengaku bercinta buat begitu, daripada mereka yang tidak mengaku bercinta, tetapi buat perkara yang serupa. Mengenai isu peluk itu, ingin saya jelaskan walaupun kami berpeluk tapi tidak sampai melekapkan dada masing-masing. Ozlyn hanya bergantung di leher saya dan saya sifatkan pelukan itu sebagai pelukan memberi semangat.

(Kamu laga pipi tak salah? Artis perempuan tu isteri kamu? Berpeluk tidak sampai melekapkan dada masing-masing? Teruklah kamu, mana adab kamu sebagai Melayu Islam?)

Hip: Tak rimas ke bila sentiasa berdua walau ke mana saja?

Johan:
Saya tak pernah rimas dan begitu juga dengan Ozlyn. Lagi pun buat apa nak sorok-sorok apabila ada yang sudah tahu bahawa kami sedang bercinta. Kalau saya ada shooting dan Ozlyn ada masa terluang, dia akan menemani saya, begitu juga sebaliknya. Lagi pun keluarga kami sudah mengetahui hubungan kami dan mereka merestuinya.

Hip: Tak takut ditangkap khalwat apabila ada yang mula meluat dengan kelakuan anda berdua?

Johan:
Kami tak pernah takut. Kalau ada yang merancang untuk menangkap khalwat kami, silakan sebab kami tidak pernah dating di tempat yang mencurigakan. Kalau kami berjumpa pun, semuanya di tempat awam. Kami tak pernah bercinta di tepi tasik atau mana-mana lokasi yang boleh mengundang padah. Daripada menghabiskan masa bercinta di tempat seperti itu, lebih baik saya balik rumah dan tidur. Itu lebih baik.

(Kalau ada yang merancang untuk menangkap khalwat kami? Siapa yang rancang, kalau kamu tak buat perangai?)

Sebenarnya, artis seperti Johan dan Ozlyn inilah yang menyebabkan artis baru kini semakin tidak dihargai peminat. Bang, kita bukan Hollywood, baik kau kahwin daripada buat dosa. Kalau tak ada duit, peminat boleh pakat-pakat tolong artis sengkek macam kamu.

14 comments:

  1. salam cikgu...malas nak ulas ttg artis ni..kalau dah terbabit ngan dunia hiburan nie..tak usah cakap lah..kita doakan jer lah mereka...mana tau kot2 bleh bertaubat..

    ReplyDelete
  2. Cikgu Izzuddin..

    Jika mereka tu tahu beradab, dari mula lagi mereka tak involve dalam dunia hiburan. Tapi tak semestinya orang yang tak involve dalam hiburan tu beradap semuanya.. tapi rata2 yang termasuk dalam golongan artis ni..macam tu la gayanya..tak reti dan tak pandai jaga diri..asyik nak berseronok aje.. kebanyakan mereka low self esteem..sebb tu la buat yang bukan-bukan..tak sayang diri sendiri..

    ReplyDelete
  3. Dunia artis adalah dunia yang merusakkan peradaban melayu dan perusak akidah sekiranya lalai dan jahil.

    Sialim pun akan rebah, inikan pula yang tidak di tengah dan tidak pula di tepi.

    ReplyDelete
  4. Jue, nasib baik juga saya bukan artis. Kalu tidak, entahlah...

    Syukur tak terlibat dalam dunia mereka yang memang terdedah dengan dosa...

    p/s: Tapi diorang tau ke bab dosa?

    ReplyDelete
  5. Kak Tirana,

    Saya setuju, kebanyakan artis tak reti dan tak pandai jaga diri, low self esteem dan ego tinggi.

    Maaf cakaplah, kebanyakan artis kita pun, rata-rata setakat SPM, hanya bermodalkan wajah dan bakat yang tak seberapa.

    Jadi, gosip dan publisiti murahan diperlukan supaya nama mereka kela disebut.

    Yang berilmu, kurang. Yang tak berilmu, ramai. Bila kurang ilmu, kuranglah adabnya..

    ReplyDelete
  6. Si alim pun rebah...(?)

    Siapa tu, Pakdin,.. Mawi ke? atau Akil Hayy? Hahaha..

    Mujurlah saya artis bilik air... hehehe. Setakat nyanyi di bilik air, takpe, kan? kuangkuangkuang..

    ReplyDelete
  7. Ini budaya biasa bagi mereka terutama yg remaja dan belum kahwin.

    Ada artis lain yg dh tua, berpakaian seksi, minum arak... lagi geli geleman kita tengok.

    Doa je lah...moga mereka sempat bertaubat. Kekadang yang dh bertaubat tu lebih baik dari kita.

    ReplyDelete
  8. Salam...

    Itulah cikgu. Macam-macam hal mengundang parah berlaku kini. Kebanyakkan anasir buruk ini akibat dari artis itu sendiri. Tunjukkan perkara negatif untuk diajarkan kepada khalayak.

    Saya ada ulas sedikit tentang entri cikgu sebelum ini.

    http://ibnurashidi.blogspot.com/2009/03/kronologi-budaya-seks-umat-islam-di.html

    ReplyDelete
  9. itulah dia, bila kita cakap, dikata kita kolot, tak moden, berfikiran tertutup. entahlah, pandai sangat dah.

    ReplyDelete
  10. Salam Cikgu, sudah nama artis kebebasan dalam pergaulan sukar dibendung. Di lokasi bercumbu, di luar lokasi pun bercumbu. Dunia artis dunia maksiat. Ramai antara mereka tidak kenal dosa.

    Walaupun terdapat artis yang sopan dan baik tetapi hanya segelintir. Kebanyakannya berbudayakan nilai-nilai Barat.

    ReplyDelete
  11. tuan brahim sy rs baik lah tuan padam post ni sbb ia menimbulkan fitnah. johan raja lawak ni sudah pn berkawin dgn ozlyn sblum dia (johan) masuk raja lawak lagi.tak memasal ramai pembaca dalam ni turut sama terkene tempias sbb bercakap prkara tak benar. masa post ni tahun 2009 mereka tlh pun bernikah 4 thn yg lps. aksi mereka dikhalayak ramai krn mereka telah pun halal. harap maklum

    ReplyDelete
  12. kalau dah nikah kenapa nikah lagi?

    ReplyDelete
  13. Bodoh lahai kau ni. Perlu ke kau nak buat dalam kurungan tu pastu menghina cakap bodoh tu semua ? Nak kritik tu takpe la keje kau memang kritik atau gossip (fitnah). Ustaz cakap, gossip ni dari barat dan kalau dalam Islam maksud gossip ni same je dengan fitnah. Dalam kurungan tu kalau elok2 takpe. Ni aku bukannya belahkan sape2 tapi bila aku baca, kat johan tu memang ada rasa sikit tapi yang kau buat ayat2 tu lagi marah kat kau dari johan. Bila artist punya hal kau nak amek port, bila keliling kau bersepah kes sama ke apa kau lek2 cang je. Come on la, artist tu pun manusia biasa. Tegur tu tegur la nasihat, bukannya dengan buar statement macam ni pastu kecam dia macam tu. Kalau kau kata maruah artist2 sekarang makin takde, semakin tak bijak ke apa ke. Kau dah memburukkan lagi keadaan. Dalam alQuran cakap halang kemungkaran guna kuasa,kalau takde kuasa,guna mulut,kalau tak bole, guna hati je. Tapi kau buat apa ? Kecam ? Otak ada pikir la

    ReplyDelete
  14. Eh apa kes ni ? Cerita sebenar dah tahu kan yang johan dan kahwin dgn ozlynn 2005. Delete je la post ni. Memalukan pihak lain tau tak ? Kat description blog ni kata tak memalukan mana2 pihak la apa. Tapi ni dah kes memalukan jugak. Dah, perkara sebenar pon dah tahu, post ni delete je la. Kalau takde ayat2 atau perkataan yang menyumpah tu tak pe. Ni berlambak pulak tu. Kata Johan bodoh pulak tu. Dah, aku nasihatkan delete je dari terus collect dosa dari post ni.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan